Sunday, March 28, 2010

HANTARAN CUPCAKE DARI HANI UNTUK EPUL

Menerima tempahan cupcake dari Hani untuk hantaran pertunanganya. Hani dari Skudai
memilih warna chocolate dan cream. Auntie harap Hani berpuas hati dengan design yang auntie
buat.
Bunga rose warna cream sah ada tapi ada kalau chocolate tak pasti lagi.Tapi apa2 layan aja lah!
Hani minta namanya diukir begitu juga nama tunangnya Epul.Maaf! saya ni pun satu lupa nak
tanya nama penuh kedua2 mereka. Sori Hani!
Cupcake sedia untuk di hantar kepada tuan punya selepas siap di mekup.

Delivery time! venue McDonald Kulaijaya, nampak Hani dan rakan nya berpuashati terima kasih
Hani memberi kepercayaan kepada Auntie. Terima kasih daun keladi jika berkenan dihati leh lah tempah lagi.






Tuesday, March 23, 2010

BARANGAN VANTAGE DAN SILVER PLATED CAKE STAND



Inilah sedikit barangan koleksi simpanan aku yang mampu aku beli dijualan murah Metrojaya al maklumlah orang tidak berkerja. Sesuatu barangan yang aku berkenan dan teringin memilikinya
terpaksalah korbankan wang saku....... tapi! tunggu jualan murah. Piring dari London tu cederahati dari anak sedara yang berbulan madu di sana, Nurul ikut suaminya yang berkerja
di Sudan.Anyway terima kasih Nurul kerana ingatan ini pasti jadi kenangan yang abadi.

Sunday, March 21, 2010

SPAGGETI CARBONARA SEAFOOD



Inilah menu makan tengahari (Ahad) kami sekeluarga. Hari ni anak saya Yesmin melaksanakan
tugas yang dimandatkan kepadanya. Nak senang kerja dia ,menu yang ringkas dan
mudah di buat. Nampaknya jadi orang Itali lah kami sekeluarga Hari ni.

MARBLE CHEESE CAKES LAGI



Inilah kelemahan aku pening kepala nak fikir tentang juadah minum petang nanti, lagi pun
ada tetamu bertandang kerumah. Jadi apa yang ada dalam peti sejuk tu aku pun buat
lah kek yang biasa dan diminati keluarga itu yang penting. Tapi yang pasti gambar memperoses
saja yang sempat diambil lepas tu hanya tinggal pinggan saja.

BREAKFAST YUMMY! YUMMY!

hari ni breakfast...malas nak masak
jalan2 di pasar tani...
terjumpa kuih cara berlauk dan nasi lemak
itu lah yang terbaik dr pasar tani...
rasa nya boleh tahan...
kena dgn kopi dan teh panas...
btul2 mengancam...hehehe

PROSES MEMBUAT BUNGA FONDANT


Ini lah proses membuat bunga dari fondant walaupun rumit tapi seronok! dah minat katakan
apa2 layan aja gambar ni

HADIAH CHOCOLATE BUAT EDDY

Hadiah buat Eddy dari Anna diatas kecermerlangannya
dlm SPM yang lepas dengan keputusan 8 A. Syabas diucapkan semuga Eddy agar akan terus
cemerlang ditahap yang lebih tinggi lagi. Eddy ni anak kepada besan saya. Chocolate ini
bukan lah ukuran kecemerlangan nya tapi tanda kasih kakak pd adik walau apa pun hadiahnya
ia tetap dihargai dan disanjungi

Saturday, March 20, 2010

FONDANT CHOCOLATE CAKE


Fondant Chocolate Cake ini dah lama dibuat tapi tak dapat dikemaskini akibat camera aku
berada nun jauh di Kl. Cantikkan! sesiapa berminat dan berkenan untuk menempah leh lah
call saya.

Friday, March 19, 2010

TEMPAHAN CUPCAKE UNTUK HANTARAN

Tempahan dari Puan Noraini Dari Bandar Putra Kulaijaya untuk dihadiahkan sebagai hantaran
perkhawinan keluarganya. Terima kasih Noraini kerana memberi kepercayan kepada saya untuk melaksanakan tugas ini.
Noraini minta warna merah dan putih kerana mengikut tema majlis, harapan saya Noraini
berpuas hati . Inilah cupcake yang telah siap didalam kotak dihiasi dengan reben untuk
diserahkan kepada empunya.
Zoom! Gambar dari jarak dekat.cantik
Camera Girl ni sukan sangat amik gambar aku walau dah bagi amaran tapi nak buat macamana
layan ajalah! Anak yang bungsu ni minat dgan seni macam mak nya juga terutama seni photography dan seni lukis, tp amek mechanical engineering...
mcm2 budak2 skrang......

Sunday, March 14, 2010

CHOCO MODEL

Ini lah model chocolate merangkap tester yang paling hebat dirumah saya , pantang lepa saja
choc yang
telah siap disusun didulang habis dikerjakannya. dia juga peminat setia choco saya, tenguk saja
gaya nya supermodel pun kalah!

TEMPAHAN CHOCOLATE DARI KUALA LUMPUR


Tempahan chocolate dari Kuala Lumpur untuk teman2 sepejabat anak saya
dan untuk hadiah perkhawinan temannya Suzie diKuantan. Selamat pengantin Baru Suzie
semuga bahagia dan berkekalan sampai keanak cucu.Terima kasih juga buat Danee diatas
sokongan yang diberi.

IS'AD BIRTHDAY





Hari ini menyambut ulang tahun Muhammad Is'ad yang ke 7 tahun kek pilihannya ialah
choc cupkek dan choc marble cheese cake. Semua dalam famili saya memang minat giler
dgn cake ni.So edible image yang dipilih Upin dan Ipin terlanjur birthday nya sama dgn Wan
nya maka disambut sekali. Sori Wan kena potong kek Upin Ipin!

LIGHT CHEESE CAKE


Pening kepala memikirkan apa juadah minum petang ari ni selongkar peti sejuk jumpa
cheese fikir punya fikir maka ini lah hasilnya Lembut gebu memang sedap dimakan
resipi simple dan mudah dibuat.

Saturday, March 13, 2010

WHITE CHOCOLATE

Nurul ni minat giler dgn White Chocolate, ini tempahan Nurul buat kesian kali nya.Aunty
ucapakan berbanyak2 terima kasih pada Nurul. Putih suci enak dimakan hati pasti puas.

CHOCO WAFER & CORNFLAKES

Testimoni chocolate waffer dan cornflake untuk minum petang dirumah bersama
keluarga. Rasanya sedap licin dalam masa 5 minit tinggal pingan saja. hebat kan!

CLASS



CHOCOLATE CHEESE CAKE



Marble Cheese Cake tempahan dari Nurul dari MMHE my
regular customer, katanya cake ni memang best untuk makan2
bersama keluarga.Thanks Nurul sudi2lah oder lagi ya nanti leh
bagi special discount! ha ha ha.

Saturday, March 6, 2010


s
Choc Marble Cheese Cake lagi! sedap lagi mengancam sekali rasa pasti nak lagi.
chocolate! chocolate! chocolate! lagi! ini menunjukkan home made chocolate memang
mengatasi chocolate dipasaran dari segi keenakan dan rasa chocolate asli.
Chef Asmah in action, seorang yang peramah dan tidak lokek menurunkan ilmu
banyak tips yang diberikan . Tapi tak tahu ari tu banyak chocolate yang demam
dari masalah mcm ni dapat kita pelajari cara2 utk mengatasinya. Ilmu yang
ditimba perlukan banyak pengorbanan jarak tidak akan membataskan kita.

MARBLE CHEESE CAKES

Tengah sibuk mengdeco Choc Marble Cheese Cake tak sedar anak gadis yg bungsu
snap gambar. Kek ini ditempah olih Zam Bear untuk Puan Shoba birthday mama
nya . Happy birthday Shoba semuga ulang tahun ini penuh bermakna buat u, dari saya dan famili.

Friday, March 5, 2010

Lotsss of Chocolate~~~~

Siaran tertunda lagi sibuk dgn tugas harian ku ini tempahan dari Nurazura dari MMHE
untuk keluarga tercinta. Chocolate mengeratkan kasih sayang ewah! hebat tu
thanks Zura bila2 nak call Yesmin ya!


berbagai jenis bentuk dan warna chocolate mengikut citarasa dan permintaan pelanggan ku.
sesiapa yang melihat pasti teruja untuk memilikinya.jika berminat bolih lah call saya ya!
Satu lagi tempahan dari kawan Yesmin , Huda dari MMHE juga, mereka ni pengemar
Chocolate saya dan pelanggan setia saya .......thanks kerana memberi sokongan
pd auntie.
Ini hasil kerjatangan Chef Asmah chantik kan! InshALLAH ada peluang saya akan
berguru dgn nya pd advance 2 nanti. TQ Chef diatas tunjuk ajar.
Kad ucapan drp chocolate dimana dibhg bawah chocolate penuh dgn berbagai jenis
kekacang. Eemmm yummy yummy!