Saturday, October 23, 2010

ULANG TAHUN YANG PERTAMA ADEQ DAN NINE

 

Cupcake dan chocolate (maaf tak ada dalam gambar) ditempah olih Adeq untuk ulangtahun perkhawinan nya yang pertama dengan suami tersayang Zulkarnain bin Mohd Said. Happy Anniversary untuk Adeq dan Nine
semuga dipanjangkan jodoh kekal bahagia hingga keakhir hayat.....Amin!. Adeq ni seorang yang pemalu....nak tulis perkataan2 berbunga pun agak keberatan apa2 pun jangan malu nak luahkan perasaan kasih mahupun sayang pada suami sendiri ya.Terima kasih Adeq sudi tempah dengan auntie nampaknya rancangn nak buat kejutan buat Nine tak menjadi......dia outstations.

CHOCOLATE CUPCAKE.............. KILLAH


Chocolate cupcake tempahan dari kawan Killah. Kira2 Kilah ni orang perantaraan lah ni.....ooopp! sori
Kilah anyway terima kasih kerana bersusah payah memperomosikan bisnes kecil kami kepada kawan2. Dan kepada para pelanggan setia mahu pun pelanggan yang kebetulan saja mohon maaf jika ada kekurangan dan minta ampun jika ada yang tak puas hati maklum lah kita ni manusia biasa tak lari dari kesilapan.

BUTTER CAKE LAGI


Pure butter masih ada lagi dalam peti sejuk  fikir punya fikir nak buat apa untuk minum petang ni terlintas pula butter cake yang dah lama tak buat so masuk dapur godeh2 bahan yang dah sedia ada maka terlaksana lah hajat kudapan petang ni. So layan lah gambar butter cake yang enak ni..........


CHOCOLATE CHIP COOKIES


Assalamulaikum agak terlewat juga siaran ni maklumlah sibuk sejak beberapa minggu ni mencari rumah sewa atau service appartment kat Kuala Lumpur.Hubby dah pun lapur kerja di KLCC namun rumah masih lagi lum dapat....pening kepala dibuatnya...kalau ada rakan2 blogger yang ada yang nak sewa kan rumah atau dengar2orang nak cari penyewa leh lah call saya ya...yang nak duduk cuma saya dan hubby saja. Kat atas ni buat chocolate chip untuk makan bersama keluarga.....buat kudapan aja.

Thursday, October 14, 2010

100 FANCY COOKIES DATIN NARIMAH



Syukur Alhamdulilah rezeki yang Tuhan berikan kepada ku.... Amin!,.akan ku kongsi bersama keluarga kerana dengan sokongan anak2 dan suami aku masih disini untuk meneruskan minat ini. Kata orang bukan bakat saja perlu ada, malah minat turut memainkan peranan...kalau tak minat bakat tak dapat diasah untuk memperbaiki segala kesilapan yang ada. InshALLAH apa2 juga yang berlaku dimasa2 mendatang akan ku jadikan satu cabaran. Fancy cookies ni adalah tempahan dari Datin Narimah jiran kepada Ahmad Fakrrul terima kasih kerana sudi menempahnya. Harapan saya Datin berpuas hati dengan kerjatangan saya dan jika ada kekurangan mohon dimaafkan ya.




Monday, October 11, 2010

APA KES NI.......TERKURUNG ATAU CUBAAN UNTUK ...........


Ini lah gelagat Natashah dan Qeestina....tak dapat bermain diluar.....demi keselamatan lebih baik pintu pagar tu dikunci....lagi selamat.

HAPPY BIRTHDAY DURRA

CUPCAKE HANTARAN PERKHAWINAN


KEK PERKHAWINAN


Kek perkhawinan ni di tempah olih seseorang  yang mempunyai keluarga yang berbudi bahasa yang tinggi, saya amat kagum dengan kedua orang tuanya,,,,tapi sayang sekali anaknya........sebaliknya pula..... kenapa ya....sedih betul.Sewaktu menempah katanya dia baru kerja dan tak punya duit simpanan yang banyak maklumlah baru kerja katakan.....saya faham! deposit pun saya tak minta sampai kaki kek pun saya pinjamkan...terlampau percaya...tapi apa yang berlaku dia kata kenapa saya beri dia kaki kek bulat sedangkan kek dia empatsegi......dia sendiri maklum dan lihat sendiri. Nasihat saya jika anda mahu menempah apa2 juga kek please comfirmkan melalui talipon atau datang kerumah dan jangan guna sms atau e mail saja sebab kekadang orang tak faham bahasa dan ayat yang anda gunakan. Contohnya fullcolour dengan colourfull..kan senang gunakan bahasa melayu....bahasa Melayu kan bahasa kita tak salah kalau nak gunakan bahasa inggeris tapi biar betul ya nak!.....jangan nampak salah orang saja salah sendiri kita tak nampak.

CUPCAKE UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ADIK SURAYA


Suraya dari MMHE menempah cupcake untuk majlis pertunangan adik nya di KL cupcake ni ada filling ditengah2nya dengan chocolate  emmm....sedap. Tapi deconya simple aja......

CUPCAKE PERTUNAGAN ADIK SITI PULAI INDAH


Cupcake ni tempahan dari Siti.....maaf Siti akak tak sempat nak tanya nama penuh u....maklumlah sibuk sangat minggu ni dengan pelbagai tempahan. Siti dari Pulai Indah menempah cupcake ni untuk majlis pertunagan adik nya di Batu Pahat......tahniah diucapkan.

MAJLIS PERTUNANGAN AERYZUL DAN NORSHAILA

 Tarikh keramat yang diambil untuk majlis pertunangan Aery dan Illah ada lah pada 10. 10. 2010 mungkin tarikh yang senang untuk di ingati olih mereka berdua.....hari ini dalam sejarah! Kesemua barang2 hantaran telah digubah olih kakak saya Nahariah Haji Ami...maklumlah saya sibuk dengan tempahan cookies,kek dan cupcake.Lagipun kakak saya ni memang pakar dalam seni gubahan hantaran....kalau ada yang berkenan leh lah call saya untuk menggunakan perkhidmatan nya .


Bab kek ni memang tugas saya chocolate moist kek dibalut dengan fondant......warna tema pink dan putih termasuk dalam salah satu barang hantaran.


Dan kat bawah ni pula cupcake sebbagai doorgift.......

FANCY COOKIES 400 PCS SEBAGAI DOORGIFT

Majlis perkahwinan Ahmad Fakhrurrazzi Hylmy bin Dato' Haji Abdullaha bertempat di kediaman beliau no 8 Jalan Straits View 5 pada 9 Oktober lalu telah menempah sebanyak 400 keping fancy cookies untuk dibuat doorgift . Olih kerana terlalu sibuk sehinggakan tak sempat nak ambil gambar keseluruhan biskut  yang saya buat.....warna tema nya merah hitam dan putih. Alhamdulilah dengan majlis ni juga kami dah dapat tempahan seterusnya terima kasih Fakhrul dan Yan kerana sudi memanjangkan usaha auntie.

Auntie sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru semuga bahagia hingga ke anak cucu buat Fakhrul dan Nor Hairani.

Tuesday, October 5, 2010

TEMPAHAN CUPCAKE


Maaf tak ada idea nak tulis.......lupa nak tanya  nama orang yang menempah cc ni....apa2 layan aja dulu.

TEMPAHAN CUPCAKE DARI LINDA UNTUK ANAK2


Cuocake minnie dan mickey untuk anak2 Puan Linda....katanya untuk dihadiahkan kepada kawan2 sekolah. Alhamdulilah kecik2 dah pandai cari pahala....saya harap Puan Linda berpuas hati ya dengan cc tu.

MAJLIS PERSANDINGAN EKIN DAN BARD YANG DAPAT DIRAKAMKAN


Majlis persandingan Eekin yang sempat saja rakamkan.Pasangan pengantin sama cantik dan sama padan.

TEMPAHAN FANCY COOKIES DARI SHAZWANI TAMAN PUTERI KULAIJAYA



Fancy coolies ni ditempah olih adik Wani untuk dijual pada hari koko disekolahnya.Sebanyak 100 pcs ditempah pada hari tersebut untuk jualan amal..........kot. Tq Wani.

Sebahagian daripada cookiess yang dapat dirakamkam.