Friday, December 31, 2010

MAKAN PIZZA DIMALAM TAHUN BARU

Makan malam hari ni di Pizza Hut saja.....habiskan cuti hujung tahun ni bersama anak2 dan cucu di Kulaijaya
tak pergi kemana2 masing2 malas nak treval jauh2 penat katanya so bercuti dirumah saja.Saya bersama Natasha dan Mohamad I'sad tengah pilih2 makanan.
Yang ni semua kawan2 dan pengunjung blog saya pasti dah kenal.....siapa lagi kalau bukan supermodel saya 
Izz Qeestina Balqees. Dimana dan apacara sekali pun pasti dia yang terlebih posing.Selamat Tahun Baru
 kepada semua sahabat, kawan2 dan pengunjung blog saya semuga tahun baru ni beri kecerian,kesihatan 
dan kebahagian dalam hidup kita..........Amin.

CUPCAKE HANTARAN PERTUNANGAN ZURA DAN FAIZ

Cupcake ni ditempah olih Mirda untuk pertunangan adiknya Zura dan Faiz...tahniah diucapkan.
Warna pilihannya pink ,hijau dan warna cream.

Warna pilihan nya memang lembut.......kali ni banyak bunga2 cinta kat atas cupcake tuuuuuu....Maklum lah
perjalanan dari Kulaijaya ke Segamat agak jauh.....so .nasihat saya guna fondant agar ianya tidak akan mengalami apa2 masalah cuaca dan kemalangan kecil dalam kereta nanti.




WINDOW SHOPPING BERSAMA QEESTINA DAN ANAK2 GADIS SAYA

Hari ni anak2 buat plan gi shopping kat sekitar bandaraya Johor Baharu...........yang paling sibuk bersip nak 
ikut si kecil Qeestina dia ni memang pantang kalau saya nak keluar pasti dia dulu yang siap. Konon2nya window shopingg aja tapi apa kat tangan tuuuu......
Si kecil yang sempat bergaya......pantang ajak bergambar macam2 gaya yang diperagakan.
Ala2 supermodel gituuuuuu.


Makan tengahari kami......ini makanan saya.
Dan yang ni hubby punya.........emm....lazatnya.



CUPCAKE UNTUK MAKAN2 TEMPAHAN DARI MIRDA

Cupcake ni Mirdah minta saya buat untuk makan2 bersama keluarga sempena majlis pertunangan adiknya.
Yang ni saya buat perisa chocolate bersama buttercream dan dihiasi dengan cadbury chocolate.

Mirda oder 25 pcs so ada lebih 6 pcs saya bekalkan untuk Mirda makan2 dalam kereta. Harap Mirda 
berpuas hati.........so layannn gambar buat terliur aja yaaaa.

Friday, December 24, 2010

KEK PERKHWINAN SITI ROKIAH TEMA UNGU DAN PUTIH

Kali ni kek ni tempahan jiran setaman dengan saya .....anak kepada Tuan Haji Osman...untuk majlis
persandingan anak perempuan beliau.Kek Chocolate Moist cover with buttercream.....2 tingkat ada bunga2
warna ungu dan putih.
Selamat pengantin baru semuga kekal hingga keanak cucu.......Amin!!.

KEK PERKHAWINAN BANDAR TENGGARA

Minggu lepas saya balek ke JB untuk memenuhi tempahan kek perkhawinan almaklumlah belum bergerak
ke Lumut lagi so jika ada peluang saya masih menerima tempahan2 dari pelanggan2 setia saya. Kek dan cupcake kali ni dioder olih Dayah untuk di hadiahkan kepada adik lelakinya sempena majlis menjemput menantu.Kami berhubung melalui e mail dan sms saja so jika ada kekurangan auntie mohon maaf.




CUTI CUTI MALAYSIA DI PULAI SPRING GOLF RESORT

Cuti kami kali ni dekat aja dalam negeri Johor .......maklumlah musim hujan ni takut nak gi jauh2
cukup sekadar bawa anak2 dan cucu2 berehat dan mandi2 dikolam.Kalau ke pantai pasti ada cerita
yang menakutkan maklumlah dah masuk musim tengkujuh....adaa aja kes lemas dan maut. Nak selamat mandi kolam aja ya sayang!...
Miss World tengah posing tepi kolam
Tersengeh bila dah masuk dalam air......hepi sungguh dia
Yang bongsu ni pula nak tido pun posing gak!......hai pakai stokin siapa tu.....nampak macam stokin pinjam aja.

Sarapan di hotel.....macam ni tak diet leee......sesekali jadi orang putih makan gaya mereka.


LAYAN MOVIE BERSAMA FAMILI

Last week balek ke JB ......tiap2 minggu balek JB rindu kat rumah ,rindu kat anak2 dan rindu kat cucu2
juga. Request dari mereka gi tonton movie....Hantu Kak Limah Balik Rumah, seronok ditonton seisi
keluarga..memang best! pechah panggung dibuatnya gelak hingga ke ending. 
Buah hati yang kecik2 ni pun tak tahu takut....seronok katanya kira2 terubat juga rindu pada mereka ni.
Salah satu aktiviti sihat agar tak boring cuti sekolah ni duk rumah aja.katanya....lepas abis tenguk
wayang memang kena buat postmortem agar mereka tahu isi cerita dan faham bahawa cerita tu bukan
cerita seram.......lawak adaaaaaaa!!!!!
Yang paling dahsyat....Qeestina makan popcorn sampai 2 bekas, adik tenguk wayang ke sibut makan
popcorn ni?

Tuesday, December 7, 2010

KELAS FANCY COOKIES ZIZIE DAN LYNN



Kelas fancy cookies ni diatas permintaan Zizie dan Lynn....sebenar nya mereka ni sememangnya pakar
dalam banking membaking cake.............. dah pun jadi taukeh . Syabas kepada mereka berdua, nampaknya 
kelas ari ni bukan mengajar tapi lebih kepada guide aja. Tenguk saja kepada hasil kerjatangan mereka dah tahu yang mereka memang berpengalaman.

CUPCAKE HANTARAN PERKAHWINAN NORA



 Salam Maal Hijrah kepada semua keluarga dan rakan2 yang dikasehi semuga ditahun baru ini
kita akan memulakan azam baru dengaern rasa penuh keyakinan dan hati yang suci......lupakan perasan
hasad dengki ,iri hati mahupun benci membenci antara satu sama lain.Biarlah yang berlalu itu pergi dgn
penuh kenangan.....'SELAMAT PENGANTIN BARU NORA'  cupcake ni ditempah olih Nora...kira2
Nora ni pelanggan setia saya dari majlis pertunangan hingga ke majlis persandingan masih mahu menggunakan
perkhidmatan saya terima kasih Nora.