Tuesday, February 22, 2011

KELAS FANCY COOKIES PUAN MENITA HASSAN

Setiap kelas yang saya ada kan adalah diatas permintaan.....sewaktu Puan Menita tel minta saya mengajar fancy cookies saya berada di Kuala Lumpur dan berjanji apabila pulang dari tugas luar kawasan saya akan memenuhi permintaan nya.Alhamdulilah sempat juga saya mengajar sebelum saya bertolak balek ke Lumut pada hari berikutnya. Seronok berkenalan denganya dia seorang yang peramah dan banyak pengalaman hidup .

ULANGTAHUN PUTRI YANG KE LIMA

Assalamulaikum kepada semua semuga semuanya berada didalam keadaan sihat sejahtera.....maaf dah lama juga saya tak up date blog ni kerana mengikut suami bertugas diluar kawasan..... di Lumut Perak.Kek Putri ni pun saya tempah pada Puan Fadzlina Fazli dari mycuppycake saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memenuhi tempahan saya. Semua famili kata kek ni memang cantik dan sayang nak dipotong, expecially birthday girl.Pesta harijadi ni berlangsung di Kampung Baru Kuala Lumpur pada 5 feb 2011 lepas.


Kedua2 cucu saya Gadees Nurbatrisya Aarafat [birthday's girl] dan Idzyana Natasha Balqees....wah! kecik2 dah pandai posing......kalahkan model pula, mereka ni sepupu paling ngam.

Thursday, February 3, 2011

FANCY COOKIES UNTUK GADEES NURBATRISYIA ARAFAT YG KE 5

Fancy cookies ni ditempah olih puan Aliah untuk Putri  yang ke lima tahun dijadikan door gift kepada tetamu yang hadir.
Terima kasih kepada anak2 mama Anna, Yesmin ,Bella dan juga Arin yang rela mengambil tugas mama
kerana mama terpaksa berada di Lumut bersama Papa.

Kerjatangan orang muda idea yang dicurahkan mengikut daya kreativiti mereka.....apa pun comel2 belaka.














Harapan Mama Qees agar Putri suka dengan fancy,cookies ni ya.....kalau sempat pulang dari Lumut
InshALLAH mama qees dan tok papa akan hadir di majlis u nanti salam peluk cium dari kami. Tunggu kek
Barbie Doll u esuk ya mama qees tak dapat buat tapi tempah dari Puan Fadzlina Fadzil .








KEK PORORO UNTUK ARHAM

Kek Pororo untuk hari lahir Arham yang ke 3 tahun.Puan Elia minta saya buatkan kek ni untuk anaknya 
maklumlah saya memang tak pernah tahu ujudnya kartun Pororo ni, zaman2 saya mana ada kartun2 ni dan ini
lah yang pertama kali saya dengar so buat lah homework sikit surf kat internet dapatlah gambarannya maka lahir kek Pororo saperti diatas.

Puan Elia dapat nama dan blog saya dari sifu saya Comel....thanks comel memberi kepercayaan pada saya dan Elia sangat2 berpuas hati dengan kek tu....anaknya Arham lagi lah suka sebab dia betul2 minat kat Pororo ni siap nyanyi2 lagi kat mama nya. Kepada puan Elia dan rakan2 serta keluarga yang suka dengan kerjatangan saya terima kasih diucapkan. Terima kasih daun keladi .....
Rupa2nya kartun Pororo ni cute padanlah kanak2 suka, Happy Birthday Arham....semuga bahagia dan ceria selalu dan dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki.
Puan Elia tersenyum puas ..........terima kasih Elia, tak silap saya .Puan Elia berkerja dgn NSTP cawangan Senai,