Wednesday, June 22, 2011

KEDIAMAN KAMI DI VENICE OF PERAK



Kediaman kami di Venice of Perak yang disediakan oleh majikan Hubby......fully furnish lengang kangkong masuk rumah....termasuk sebuah kereta. Bukan kereta yg warna biru tu ya itu Sdn Bhd.....tapi sayangnya hanya kami berdua saja yg mendiaminya.Maklumlah anak2 dah besar dan dah pun berkerja cuma yang belum berkerja yang bongsu itu pun masih study di JB.


Laman yang luas......siapa lah nak join saya main bola atau berjogging ya......



Yang peliknya pagar di kejiranan ni rendah saja......kalau sesiapa jagoh lompat tinggi sekali lompat saja pasti lepas masuk ke laman rumah.....gaya inggeris katakan. Yang cantik nya rumah ni betul2 tepi sungai.

Pohon mempelam yang sedang rancak berbuah.......dapat juga merasa buah yang masak semalam..wow manis dan wangi. 



Hanya sempat snap gambar ruang makan dan dry kitchen......owner rumah ni berada di Texas, segala urusan sewa dan perjanjian bapa nya yang uruskan.

SEMALAM DI KUALA LUMPUR BERMALAM DI ROYAL CHULAN


Dalam perjalanan pulang ke Venice of Perak terpaksa bermalam di Kuala Lumpur......kereta tinggal di sini. Dari JB naik flight sampai KLIA dah malam....... so tidor semalam di Royal Chulan. Tempat yang selesa dan pilihan bijak untuk berehat.

Pemandangan malam.......menara berkembar Petronas....nampak dalam gambar aman dan damai tapi sebenarnya bunyi hiruk pikuk kenderaan cukup merimaskan......!!

Pentry dlm bilek hotel cukup cantik dan comel gaya hiasan bercirikan tradisional....tak salah pilihan jika untuk berehat disini......kalau lama2 kan besat ni cuma semalam saja! janji Hubby next time leh dtg lagi ....janji tau.......!

Thursday, June 16, 2011

SIAPALAH JURUGAMBAR SAYA YA!!!


Kesian jurugambar saya ambil gambar orang gambar sendiri tak ada......last2 ini lah gambar sendiri yang sempat diambil. Kaki pun kaki lah nak asal tinggal kan kesan dan jejak. Nama sebenar jurugambar merangkap anak bongsu saya ni Nabeela Ami binti Mohd Yusof masih belajar dalam jurusan mechanical engineering. Terima kasih kerana bersedia menjadi jurugambar saya pada bila2 masa saja.

ANAK DARA DAH PANDAI BERGAYA!!....


Kecik2 dah pandai bergaya kalah supermodel nampaknya ibu masing2 bersedialah untuk menerima menantu tak lama lagi. Dari kiri Qaisara, Putri ,Qeestina dan Natasha.


Comel kan


Kemesraan jelas terbayang apabila sesekali berjumpa seorang di Kuala Lumpur dan seorang lagi di Johor Baharu.Natasha dan Putri.

Wednesday, June 15, 2011

MAJLIS PERKHWINAN KHAIRUL ANUAR DAN YATIE


Kedua mempelai sedang besanding di atas pelamin....serta majlis tepung tawar.


Anuar dan Yatie jalan beriring ke pelamin.


Keluarga besar dari pengantin lelaki


Keluarga abang saya Hj Ahmad Murad Haji Ami


Bergambar bersama pengantin lelaki di hadapan Hotel Concorde Shah Alam.....tempat penginapan kami.



My eldest sister Puan Shahrizat Hj Ami


My sis Cik Nahariah Haji Ami


My sis Mas Haji Ami


My youngest sister Khairiah Haji Ami.


Puan Mariam


Ibu pengantin merngkap my sister Puan Khalidah Adibah Haji Ami bersama anak dan menantunya.


Adik bongsu pengantin lelaki Khairul Nazrin.......masih solo lagi leh lah antar borang kalau nak buat menantu....sori lah erin gurau aja.

NATASHAH BALQEES DAN IZZ QEESTINA BALQEES


Dua cucu perempuan yang sentiasa ikut kemana saja saya pergi.....buah hati gitu.Muka penat menunggu nak ke maljis perkahwinan........tapi sempat posing walau pun keletihan.

Gaya seorang model........kali ni saya akan muatkan gambar mereka untuk mengubat rindu saya pada mereka maklum dah duduk jauh begini.

Sikecil Qeestin ni memang pandai bergaya ....cita2 memang nak jadi model
 

Kakak memang seorang yang penyanyang bila ada kesempatan pasti dia mencium adik nya.





JALAN JALAN DI I CITY SHAHA ALAM


Sehari sebelum majlis perkhawinan anak saudara saya di Shah Alam kami sekeluarga telah membawa anak2 dan cucu ke I City , dah ada di Shah Alam maka tak sah kalau tak kesini.Yang paling happy 2 orang cucu saya Natasha dan Qeestina.......kanak2seronok tenguk lampu yang berwarna warni.



Yang ni anak saudara saya Erin yangt sempat posing kat pokok2 yang berwarna warni tu..

ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE 74


Shukur Alhamdulilah terubat segala kesedihan saya yang dilalui....Majlis Konvokesyen  anak ke 3 saya Danizad Ami di UiTM Shah Alam pemegang Bachelor Of Accountancy .Kini dah pun berkerja di Standard Chartered Taman Teknoloji Park Bukit Jalil sebagai juru audit....sekali lagi saya bersyukur kepada Tuhan dengan permudahkan segala2nya sehingga Danee mendapat perkerjaan tanpa megalami proses penganguran....Amin.

Gambar kami bertiga......Hubby pakai baju biasa saja, tapi waktu Konvo anak ke dua kami Yesmin dia pakai baju Melayu Teluk Belanga, entah kenapa kali dia ringkas saja.

Dapat ciuman dari Danizad.......terima kasih sayang!


Muka gembiran dan puas diatas kejayaan yang diperolehi.

Jambangan bunga untuk menghargai kejayaan seorang anak.

Danee dengan Papa nya.

Danee bersama rakan2 untuk meraikan kejayaan mereka, tergambar diwajah tanda kegembiraan.


UDANG GALAH TELUK INTAN


Udang galah ada lah makan favourite Hubby saya sejak pindah ke Lumut ni puas dia dok tanya org kat mana nak dapatkan udang galah. Cari punya cari dapatlah port nya kat Teluk Intan.....sanggup memandu ke Teluk Intan memakan masa dalam 45 minit dari Lumut, semata2 nak cari udang galah.

Udang galah goreng untuk penambat selera.....cuba lah kalau tak percaya manis dan kenyal isinya cuba sekali pasti nak lagi.

Yang separuh lagi saya masak lemak cili padi......selera sungguh makan tengahari tu. Hati2 kalau ada masalah kesihatan jangan makan selalau yang menanggunnya kita seorang. Tenguklah empat atau lima ekor muat2 satu periuk......makan berdua ok lah tuuuu................