Tuesday, January 31, 2012

LKM KRUSUS USAHAWAN COKLAT BUATAN TANGAN



Saya diberi peluang menghadiri Kursus Usahawan Coklat Buatan Tangan Anjuran LKM di Hotel Seri Malaysia Johor Baharu pada 25 & 26 Jan 2012 yang lalu. Kalau tak silap saya hampir 3 tahun saya menunggu untuk menyertai krusus ni baru tahun ni saya terpilih,terima kasih LKM . Hanya menunggu sijil yang akan di poskan ke rumah.....yeh!,kira sudah diiktiraf jadi usahawanlah ni (perasanlah pulak). Terima Kasih juga pada En Hubby yang tak putus2 memberi sokongan dan dorongan kepada saya.


Gambar perserta krusus dan tenaga pengajar ,penceramah dan pegawai yang mengendalikan krusus sempat berposing untuk kenangan. Yang sedihnya hanya menggunakan kamera masing2.......terutama kamera saya yang meragam ....sejuk kottt!!!!!! 


Ini kumpulan saya terdiri daripada Saya,Yani,Zue,Ina dan En Razali.....laaaa Razali seorang saja perserta lelaki yang menyertai krusus ni. Kalau bab kerja yang berat2 dia lah yang kena ambil tugas...tulah untungnya kumpulan kami.....apa pun kursus ni memang happening sikit,maklumlah ada antara kami yang dah kenal walaupun secara alam maya dan terdiri dari Group HCO.


Gambar yang saya ambil hari ni sememangnya mengecewakan....blurr.....kami bergambar bersama Chef.


Hasil yang kami buat sendiri....menggunakan real chocolate dan compound chocolate


Coklat berinti ( shelled chocolate)


Menggunakan Transfer sheet

Thursday, January 26, 2012

SEPANJANG BALEK CUTI 2 MINGGU DI INDAHPURA


Memang bila dah sampai rumah blog saya ni berserawanglah nampaknya.......maklumlah cuti 2 minggu mestilah dimanafaatkan sepenuhnya dengan anak2 . Maklumlah sebelum pulang lagi mereka dah siapkan menu untuk saya masak....ingat nak relax goyang kaki , nak jadi mem konon!.....nasib badan.


Buah2an yang dibeli sebagai buah tangan untuk mereka.........mestilah yang terbaik!!!!


Aktviti saya disini selain dari masa,makan, shopping dan jalan2 saja...... cuti 2 minggu dirumah terasa terlalu lama lah pulak kalau tak di isi sepenuhnya....nak bawa anak makan angin, semua hotel penuh memandangkan cuti hari raya Cina so duduk dirumah layan movie aja nampaknya.


Sewaktu ambil Yesmin pulang kerja singgah dikedai milek kawan hubby....Tutti Frutti,nak juga rasa Frozen Yogurt yang orang kata best sangat!.......bolehlah dikatakan sedap juga tapi harganya pun boleh tahan sedap juga!!!!


Malas nak makan disana kami take away saja......hahaha yang ni saya punya perisaa coklat.




Johore Premium Outlet

Kalau dah balek Indahpura tak singgah kesini sememangnya tak sah....JPO ( Johore Premium Outlet )  maklumlah dah belakang rumah aja......3 minit dari rumah, tak beli pun jalan2 cuci mata pun ok juga kan


Beli kasut Crocs.....sepasang untuk saya ,sepasang untuk Nabeela dan 2 pasang Yesmin punya.


Makan malam di Secret Recpie Kulaijaya......Idham belanja, terima kasih banyak2 lain kali bolih lah belanja mama dan papa lagi ya.


Kasut Crocs pilihan Nabeela........

Tuesday, January 10, 2012

SEPETANG DI KAMPUNG SITIAWAN


Bila terasa bosan.......en suami plan ajak jalan2 ambil angin......memang dah duduk kat utara ni terasa nak teroka tempat2 agak menarik hati.Salah satu tempat yang jarang diperkatakan orang ialah kampung Sitiawan...ialah 'tak kenal maka tak cinta'....kampung ni mungkin terkenal kepada kaki pancing saja..


Saya memang membawa kamera kecil saya dalam bag tangan walau kemana saya pergi......setiap ada peluang untuk saya rakamkan keindahan alam pasti  ia dapat membantu saya. Saya rasa tak rugi ke sini....banyak yang dapat saya tahu tentang kampung Sitiawan.....terutama keindahan alam semula jadi.


Keindahan yang dapat saya rakamkan......rakaman jurugambar amatur saja....


Boat nelayan....


Pemandangan pada waktu petang........damaikan


Terdapat boat nelayan keluar dari pengkalan untuk memancing..


Yang membuat saya terperanjat disini terdapat sebuah resort......Tanjung Uda River Resort. Pada kaki pancing yang datang dari jauh tu bolihlah menginap disini .Oh ya dikampung ni juga terdapat pekan kecil yang menjual peralatan memancing dan terdapat juga kedai2 yang menjual umpan.Pada pelancung yang berminat memancing tapi terlupa membawa peralatan memancing...... saya rasa mereka taklah susah untuk mencari semua keperluan.............. 'disini semuanya ada'.Ini adalah sedikit info dari saya....yang lain2 tu bolihlah tanya orang2 disini semuanya peramah dan bolih membantu.

Saturday, January 7, 2012

HARI TERAKHIR DI LANGKAWI


Hari ini  hari akhir kami di Langkawi.............tak banyak tempat yang dapat kami lawati, maklumlah dah ambil tekit feri jam 1 tengahari, pesan Hubby biarlah perjalanan pulang kami cuaca masih cerah lagi. Tempat pertama pilihan kami ialah Pusat kraft Langkawi terletak di jalan Teluk Yu.


Alhamdulilah.....kat sini dibenarkan mengambil gambar, kalau di Pusat Kraft di Kuala Lumpur kamera tidak dibenarkan langsung. Dapatlah saya merakam beberapa gambar didalam Pusat Kraft ni........terasa masa terlalu singkat disini, janji saya jika datang ke Langkawi lagi pasti ini lah salah satu tempat yang akan saya kunjungi lagi InshALLAH!.


 Salah satu sudut yang dapat saya rakamkan.....cantikkan.


Sudut menjual barangan batik.......cantik2 belaka dapat juga saya sambar sehelai kaftan disini.


Dani juga membeli sepasang baju kurung dan sehelai scarft batik.....murah katanya....ada potongan harga lagi. Mamat yang melayan ni memang sangat peramah....bila ditanya namanya kata dia lagi ' Effa'......biar betul dia ni!..........apa pun terima kasih Effa!!!...


Gambar diatas ni salah seorang gadis yang melayan saya digerai barangan perhiasan diri kalau tak salah saya namanya Ju......dek kelembutan dan sikap peramah dia maka saya TERbeli lah benda2 yang sangat saya minati......faham2lah kalau dah perempuan kat mana lagi yang nak dituju kalau dah sampai ditempat sebegini.


Cincin dan gelang yang sangat2 saya suka


Reka bentuk yang sangat unik buat hati terpaut.


Salah satu barangan yang akan menjadi koleksi saya.


Pemandangan di terminal feri yang sempat saya rakam sebelum pulang.


Cuaca yang sangat baik.....terkilan juga sepanjang di Langkawi hujan saja.......ini yang membataskan kami daripada  melakukan aktiviti luar.


Ewah minah ni sempat melaram diterminal feri sebelum pulang....... bertambah beg nampak, sewaktu pergi tak bawa beg merah balek ada beg warna merah pulak!!!!


Pemandangan ni dirakam sewaktu didalam feri...........suka sangat!


Pemandangan sepanjang jalan pulang......Kedah negeri jelapang padi...


Sampai di Venice of Perak waktu dah nak senja......Alhamdululah selamat sampai  ke rumah dan percutian yang sangat saya nanti2kan selama ni......Langkawi kami akan datang lagi bersama anak2 yang lain pula....InshALLAH.


Thursday, January 5, 2012

HARI KE DUA DI LANGKAWI


Olih kerana hujan tak henti2 aktiviti kami hari ini tergendala........so kami pun buat keputusan untuk jalan ke pekan Kuah saja. Banyak yang kami terima info dimana nak shopping.....terutamanya Haji Ismail Group dan Idaman Suri dan banyak lagi kedai2 bebas cukai disini. Haaa kat atas tu hasil rambang mata saya disemua kedai disana.......chocolate! chocolate! chocolate!


Yang ni Dani punya!.....banyak juga tu....pesanan dari kawan2nya....Pening juga dia mencari.....chocolate yang pelik2 pulak tu yang dalam senarai pesanan.....


Kemeja T untuk anak2.......kenangan kami disana......harap2 dia orang suka.


Ini untuk Nabeela ( anak bongsu )........kalau tak silap dia pernah ada t shirt ni......dia memang peminat Elmo.


Yang ni Yesmin dan saya punya.....bolih pakai bersama nanti......boria gitu!..


Minyak Gamat


Ini salah sebuah kedai yang kami kunjungi.......Haji Ismail Group


Makan malam kami......ni diaaaaaa makan laut.......ketam, udang kara dan udang harimau.


Makan tengahari kami........ kat bawah ni en Hubby punya pilihan sotong bakar sambal.....best!


Dan pilihan saya dibawah ni.......makan kat warung  disepanjang jalan pulang ke Pantai Tengah.

  
Suasana malam di sepanjang jalan Pantai Tengah.....memang sibuk dengan pengunjung mencari tempat makan dan ada yang masih melakukan aktiviti membeli belah.


Dani masih mencari buah tangan untuk rakan2nya........disini kami berjalan kaki saja, rata2 pengunjung disini berjalan kaki dari hotel penginapan ke kedai2 disepanjang jalan Pantai Tengah.


Sampai disini aktiviti hari kedua kami.....jumpa lagi esuk.