Saturday, February 18, 2012

KARIPAP SARDIN


Ini sebenarnya kira N3 yang tercicir......hari jumaat lepas saya buat karipap sardin untuk minum petang. Maklumlah kalau ikutkan hati memang malas nak buat tapi memandangkan jika beli saja tak dapat melepasi piawaian tekak sendiri so terpaksalah merajinkan diri.Agak2 kalau beli isi didalam nya pasti kosong, sakit hatikan!........ so kalau buat sendiri isinya di letak penuh2tu baru bestkan.


Yang paling tergelak tenguk karipap ni ialah kelimnya memang tak cantik.....bab mengelim ni saya memang gagal gitu....bab inti saya pasti memang terbaik buat tekak sendiri.So layang gambar sajalah.

MENU MAKAN TENGAHARI KAMI


Hari ni en Hubby tak kerja so kami rancang ke pasar pagi2 nak cari ketam. Alhamdulilah nasib kami baik dapat juga ketam yang diidamkan2.Hari ni saya masak lemak cili padi saja.


ketam masak lemak cili padi


Kacang boncis goreng oyster bersama ikan bilis


Ikan kering .....sepat ronggeng memang terbaik!


Ikan kembung goreng......rasa yang fresh memang manis

Wednesday, February 15, 2012

BERKEMAS DAN MEMASAK UNTUK DIRI SENDIRI


Hari ni kira hari saya merajinkan diri untuk berkemas rumah, apa tak nya alihkan perabut dan susun atur semula...kalau pandang macam tu aja (apa orang kata sepesen aja) kira bosanlah pulak.Lagi pun pembantu datang 2 minggu sekali untuk mencuci rumah lap apa yang patut, cuci bilek air dan sebagainya.Nak harap dia gosok baju......hancur baju dibuatnya, lagi pun saya tidak berkenan kalau dia yang gosok nampaknya kena gosok baliklah jawabnya. Maklumlah kami berdua bekas tentera, faham saja dah memang pembawa perangai askar...tak licin memang tak sah....rela gosok sendiri.


Kenapalah hari ni terlebih rajin bukan berkemas saja.....malahan siap masak lagi.Hari ni saya masak nasi ayam......Hainanese Chicken Rise, masak untuk diri sendiri.


Hari ini saya tinggal seorang saja dirumah, En Hubby ada lunch kat luar.....so fikir punya fikir yang senang nak dimasak dan mudah ada lah nasi ayam. En Hubby pun sememangnya tak berapa gemar makan nasi ayam jadi saya masak untuk diri sendiri jawabnya.


Beras yang saya gunakan ialah beras basmathi tu yang nasi saya nampak panjang......lagi pun lebihan dari masak nasi briyani tempuh hari, sayang kalau tak digunakan takut hapak lah pulak.Hai nak makan pun kena posing2 juga ke?......memanjakan untuk diri sendiri apa salahnya kan!


 Jom makan nasi ayam bersama sup dan sambal lada.....minuman jus passionfruit (markisa)


Bismillah........jemput makan semua!..........hai makan malam hari ni menu yang sama juga ke?.En Hubby ada makan malam di Marina Island Resort.

Saturday, February 11, 2012

TERLAKSANA HAJAT NAK MAKAN PAVLOVA HASIL TANGAN SENDIRI


Hajat nak makan Pavlova dah lama tersimpan di hati bila nak buat macam malaslah pulak....maklumlah kami tinggal berdua saja disini, pasti tak habis membazirlah pulak. Apa pun waktu belanja barang dapur saya saja beli buah2an ni manalah tahu ada mood nak buat nanti senang buah2an dah ada dirumah.


Oleh kerana terpaksa teman en Hubby ke Kuala Lumpur niat ni terpaksa ditangguhkan lagi dan simpan balek buah2an di dalam peti sejuk. Semalam saya paksa diri buat juga Pavlova untuk minum petang.....kalau tidak buah2an pasti busuk dalam peti sejuk tu.


Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat saya.......memang sedap!! tapi termanislah pulak!!, untuk projek akan datang akan saya kurangkan gula.En Hubby kata memang sedap.....mungkin kalau ada passion fruit, dan buah2an yang masam pasti lagi best katanya... rasa masam pada buah2an akan mengurangkan rasa manis pada Pavlova ni.


Percubaan pertama saya nampak hebatkan hahaha....masuk bakul angkat sendirilah jawabnya.


Kerana terrpaksa simpan buah2an ni satu hari dalam peti sejuk.....buah kiwi dah tak berapa elok, hanya sebiji saja dapat digunakan.


Pada saya .....saya dah berjaya buat tapi tak tahulah apa pandangan orang diluar sana, kalau tak mencuba manalah kita nak tahu hasilnya kan.

Friday, February 10, 2012

TEMAN HUBBY KE KUALA LUMPUR


Selepas pulang dari Pangkor saya sibuk berkemas rumah cuci pakaian dan sebagainya tup tup en Hubby tel kena pergi Kuala Lumpur lepas makan tengahari katanya. Aduh! penat belum lagi hilang dah nak ke Kuala Lumpur lah pula ada Lunch farewell keesokan hari nya ........Boss dia bersara.Terpaksa berkemas beg lagi semalam keluarkan barang hari berkemas masukkan barang.Baju yang disidai diampaian terpaksa diangkat dari jemuran..........tak sempat kering terpaksa gantung dalam rumah saja.


Biasalah Hotel penginapan kami en Hubby suruh saya pilih.....malas nak fikir2 yang saya selesa hanya di Royale Chulan.....lagi pun tak jauh dari KLCC .Rasa2nya dah banyak kisah hotel ni saya cerita dlm N3 yang lepas2 dan gambar2 pun banyak yang dah saya tayang cuma tempat makan ni saja yang belum saya tayang lagikan.


Yang saya suka hotel ni selalu saja ada jambangan bunga segar......kombinasi warna yang sungguh menawan hati...baik diatas meja mahu pun pada laluan masuk ketempat makan.


cantikkan!


kobinasi warna yang sangat2 sesuai


Orchid pun ada

BERCUTI DI PANGKOR ISLAND BEACH RESORT


Kalau dah duduk di Lumut ni tak sampai ke Pangkor....rugi besarlah nampaknya.......so bila en Hubby kata nak bawa saya ke Pangkor hati ni berbunga2 gembira...seronok!. Sehari sebelum bertolak kami dah beli tiket di Jetty Merina Island ini saja nak memudahkan supaya tak kalut bila sampai waktu nya.Sebenarnya tak beli awal2 pun tak apa feri sentiasa ada setiap 1 jam sekali. Kami pilih naik daripada Jetty Merina ni kerana nak letak kereta di Hotel Merina Island Resort.....dimana semua staff KPOC tinggal disini.....kira2 tumpang parking....free u......


Betu juga saya beli tiket awal......tinggal 1 minit berlepas kami baru naik ferry, apa orang kata ngam2 gitu.Waktu perjalanan hanya 10 minit sahaja sampai dan kos tambang perjalanan pergi dan balek RM 10 setiap seorang......tapi kalau dari pekan Lumut memang 30 minit.Apa pun tiket jangan dihilangkan atau dibuang kerana nak balek nanti tiket tu perlu dikembalikan........ open tiket laku sah hingga 3 bulan.

Hotel pilihan kami Pangkor Islan Beach Resort......selesa , kemas dan pemandangan memang best.....pantainya hanya untuk hotel guest saja.....kira2 private beach.


Walau pun binaan hotel ni nampak dah lama tapi masih ok lagi.....bilek kami sea view, so memanglah pemandangannya cantik..terutama sewaktu senja dan pagi.


Bilek mandi...ok bersih dan selesa.


Pemandangan dari atas bilek kami...terdapat beberapa gazebo......dan disebelah pula ada SPA....memang seronok lah.


Dihujung bilek pula terdapat beberapa buah Villa.....




Kalau tak suka mandi laut disini terdapat beberapa buah kolam renang untuk penghuni hotel.


En Hubby lebih suka mandi laut .....saya hanya jadi penaman dan pemerhati dari jauh.


Pemandangan waktu pagi masih pantai masih tiada orang yang lagi maklumlah masing2 lebih seronok berjogging diwakyu pagi.


Pemandangan dari satu sudut di dewan makan......cantikkan.....tempat makan pun mengadap laut memang best.


Aktiviti pantai.....mandi manda.....banyak juga sotong bersidai di pantai....proses pengeringan.....mostly penghuni hotel ni adalah terdiri daripada pelancong dari luar negara.Oh ya terlupa saya kebanyakan pengunjung hotel ni bolih naik ferry dari pekan Lumut terus ke Jetty Hotel , hanya penghuni hotel ni saja ya.Tapi kami naik dari Jetty Merina Island terus ke pekan Pangkor dan ke hotel terpaksa naik teksi dengan tambang RM 20 sehala sejauh 9 km.


Dalam perjalanan pulang saya sempat ambil beberapa gambar, tidak begitu fokus sangat kerana ambil gambar dari dalam teksi saja.


Disalah satu tempat yang sempat saya rakamkan....pantainya memang cantik di sepanjang perjalanan......cuma dapat tangkap yang ni aja...hahaha.


Damaikan.....

CARI JERSY TEAM FUTSAL


Bukan senang nak cari jersy untuk team Futsal KPOC kat Lumut ni maklumlah pekan kecil kedai alat sukan pun kecil lah juga. Cuma ada sebuah kedai Al Ikhsan kat pekan Seri Manjung, boleh tahan besar juga,  terpaksa saya ikut en Hubby ronda2 kesini untuk cari mana yang sesuai untuk team mereka....en Hubby ni tak main pun cuma dia jadi pengurus pasukan.


Untuk menghilangkan keboringan saya snap beberapa gambar untuk masukan kedalam blog...maklumlah sejak balek dari bercuti ni mood kemalasan melanda diri tu yang menyebabkan blog ni tak ada N3 lansgung.


Oh ya baru saya ingat masa Malaysia menjadi juara bola sepak sewaktu Sukan SEA tahun lalu ......Nabeela pujuk saya untuk belikan jersy Harimau Malaya untuknya....disini .Terbang juga hampir RM 200....untuk sehelai jersy....nak buat macaman dia saja yang masih belum berkerja dan masih menuntut.....lebih2 lagi dia yang bongsu .