Saturday, June 26, 2010

KEK BIRTHDAY BUAT FATAH, NAJMI DAN MAK

Birthday cake ni untuk Fatah, Najmi....dan Mak...tempahan dari Lenny kata Lenny kek ni untuk keluarganya....Lenny tolong oder saja.....TQ Lenny kerana panjang2kan bakat saya.

KEK HANTARAN PERTUNANGAN TEMPAHAN DARI AIN

Sekali lagi kek warna purple....kali ini tempahan dari Ain, Ain juga diketogerikan pelanggan tetap saya menempah kek ni untuk cousin nya. Terima kasih Ain kerana percaya dengan kerjatangan saya.

TEMPAHAN CUPCAKE UNTUK HANTARAN DARI LENNY DAN NORA

Nora dari UTM minta saya buatkan cupcake untuk dihadiahkan kepada sahabat baik nya As dihari perkhawinan nya. Nora minta warna2 ceria sebagai deco cupccake
Lenny pula dari Pulai Indah juga menempah cupcake warna maroon untuk keluarga nya yang akan mengadakan majlis pertunagan di Kluang Johor. Terima kasi Lennya kerana ini tempahan kedua Lenny dari saya.......harap Lenny berpuas hati.


CHOCOLATE HANTARAN KEDUA2 BELAH PIHAK

Rasa terkilan tak dapat memenuhi permintaan Fauzi mahukan kotak chocolat warna pink dan purple....very very sori ya! cuma dapat satu saja....purple. Dah puas cari di merata kedai hampa...sebab kilang yang membuatnya kehabisan stock.

WARNA PURPLE BALASAN DARI PIHAK PEREMPUAN

Kek fondant warna purple ni pula balasan dari pihak lelaki untuk perempuan simple deco juga...harap kedua2 kek ni dapat memuaskan hati kedua2 pasangan bahagia ni.Tahniah! saya dan seluruh keluarga mengucapkan kepada kedua2 pasangan ini........bila pula tarikh yang akan menyatukan anda berdua........

CAKE HANTARAN FAUZI BERTEMAKAN WARNA PINK

Kek choocolate bersalut fondant warna pink ni hantaran pertunangan Fauzi kenalan keluarga saya. Hampir sebulan Fauzi buat booking sebanyak 2 cake fondant dan 2 kotak chocolate dari saya....simple deco harap Fauzi suka dengan design ni.

Sunday, June 20, 2010

award from my daughter

Wow! dapat award tuuu........oh! oh! dari my doughter tq....tq.....tq baik nya hati anak mama...my first award giler tu macam artis lah pulak . Siapa yang ajar mama?.....masa u kecik mama yang ajar dah besar ni u pulak yang ajar mama....anyway tq zaman2 mama tak ada benda2 macam ni kalau dah ada mama pasti dah...........ooop.....acah ajaa. Tq my dear sweet heart NABEELA AMI BINTI MOHD YUSOF.

FANCY COOKIES UNTUK ANAK2

Selain cupcake ,marcoona dan fancy cookies juga menjadi pilihan Khadijah tapi kali ini untuk anak2nya. Kata Khadijah nak buat makan2 saja pilihan nya spongebob , cookies monster ,elmo dan juga bunny.Saya harap anak2 Khadijah suka dengan fancy cookies ni......Terima kasih Jah.

REPEAT ODER DARI YUSOF KAMAL

Kali ini Yusof Kamal pula menempah chocolate untuk buah hati nya. seingat saya dia pernah menempah untuk ibu nya sempena hari ibu. Terima kasih Yusof jika nak chocolate lagi leh call auntie.

MARCOONA PUN TURUT MENERIMA TEMPIAS

Kali ini Marcoona menerima tempahan juga......menggunakan link saya terima kasih diucapakkan kepada Khadijah.

REPEAT ODER FROM KHADIJAH

Tempahan kali ketiga dari Khadijah Taman Puteri Kulaijaya 16 pcs chocolate cupcake turquoise dan pink. Kali ini saya membuat sendiri bunga2 ros tu kerana ada masa yang terluang disebabkan hubby addmitted di Hospital Pakar Penawar. Sewaktu Khadijah tel..... saya berada di hospital menemani hubby tak sampai hati nak menolaknya kerana Khadijah ada lah pelanggan tetap saya... so ini lah hasil nya.

Thursday, June 17, 2010

CLASS CUPCAKE SU DAN AZREEN

Pada 12 June lepas saya didatangi 2 orang yang bersungguh2 nak belajar cupcake mereka adalah Puan Suhana dari Bandar Putra Kulaijaya dan seorang lagi Azreen dari Simpang Renggam.Class yang saya jalankan adalah diatas permintaan, dan Suhana adalah orang yang pertama menghubungi saya dan booking 12 jun 2010. Tak sangka pula tarikh tu sememannya saya sangat sibuk namun dah berjanji terpaksa saya tunaikan juga.Harap mereka berpuas hati dan bolih lah mula membuat bisnes kat rumah ya.
Dan ini pula Azreen.......Azreen baru saja menamatkan pengajian di Politeknik Melaka dan pemegang Diploma Kejuteraan Awam dan baru berusia 21 tahun dan minta dalam bidang masakan. Beruntung sesiapa yang dapat memilikinya....Auntie harap agar Azreen dapat meneruskan minat ni manalah tahu bolih jadi taukeh kuih pula.

KEK HANTARAN PERTUNANGAN KAMARUL REZZA DAN SHERRY

Kek ni ditempah olih kakak saya Puan Hajjah Dinarad untuk majlis pertunanagan anak nya Muhamad Kamarul Redza dan Sherry.......... bukan nama penuh! Redza ni betul2 minat kek chocolat cheese ni.......dia sendiri yang pilih kek ni untuk dibuat sebagai hantaran pertunangan. Harapan saya ibu bapa Sherry juga suka pada kek ni.

MARBLE SHORTBREAD TEMPAHAN DARI MUMMY DINARAD

Dan ini pula marble shortbread untuk majlis pertunangan anak kakak saya Puan Dinarad. Saja nak buat makan2

SATU LAGI TEMPAHAN CUPCAKE AZIE UNTUK MAJLIS PERSANDINGANYA

Dan ini post yang tercicir....oder dari Azie juga cupcake chocolate moist untuk majlis makan berdamai.....tak lari dari tema pink putih......thanks Azie

CUPCAKE UNTUK MAJLIS PERKHAWINAN DI MUAR JOHOR

Satu lagi tugasan yang tak dapat saya tolak walau pun disaat2 akhir......cupcake ni untuk adik Alia bagi majlis perkhawinan adiknya di Muar Johor. Cadangan nya cupcake ni untuk hidangan makan beradap dan diletakkan di meja utama. Tahniah buat kedua2 pengantin semugan
berbahagia hingga keanak cucu ........amin!

WEDDING CAKE AZIE




Ini pula wedding kek Azie....tapi kali ini Azie pilih warna putih dan pink sebesar 12' garispusat dan agak2 berat hampir 4 kg kek chocolate . Sekali lagi harapan saya Azie berpuas hati dengan hasil kerja saya jika ada kekurangan saya pohon jutaan maaf ya!

KEK HANTARAN PERKHAWINAN AZIE DARI PONTIAN JOHOR

Azie dari Pontian meminta saya buatkan kek hantaran chocolate cheese cake disaluti buttercream dan hiasan buah strawberry dengan tema warna merah. Buat Azie auntie ucapkan terima kasih kerana sudi menempah dengan auntie......'Selamat Pengantin Baru Azie dan Pasangan nya'

TEMPAHAN CUPCAKE UNTUK HANTARAN

Cupcake tema pink dan putih ni pilihan Fatin Nur Afiqah Syazwani untuk sepupunya yang melangsungkan perkhawinan minggu lepas.....sori Iqah lambat post auntie sibuk sangat dengan tempahan untuk pertunangan dan perkhawinan. Iqah dan ibu nya berkenan dengan design ni , terima kasih Iqah!

Tuesday, June 8, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN YASMIN DAN QAYYUM

Kek ni ditempah olih jiran saya Cik Gu Liza untuk hari lahir anaknya Yasmin dan Qayyum...'happy birthday for both of u 'semuga dikurniakan kebahagian dan kesihatan dan keberkatan dalam hidup ......Amin!. terima kasih Liza

CHOCOLATE CHEESE CAKE DARI NURUL BUAT SUAMI TERCINTA



Nurul minta saya buat kan chocolate cheese cake untuk Hakim suami tercinta!....Hakim yang bertugas di Sudda dan bercuti selama 2 minggu di sini. Ewah!.....banyaknya bunga2 citna, maklumlah Nurul ni baru 6 bulan mendirikan rumah tangga...beruntung nya Hakim ...disayangi.

ENTRY TERTANGGUH

Pure Chocolate ni ditempah olih Su dari balai Polis Larkin untuk majlis pertunangan pada hari Ahad lepas sebagai door gift untuk tetamu. Majlis pertunangan Su di Kuala Lumpur...tahniah Su. Su meminta saya 100 kotak yang berisi 3 biji chocolate setiap satu kotak dan ribbon warna biru.

MENU TENGAHARI NI NASI AYAM

Menu yang tak jemu- jemu dan rata-rata rakyat Malaysia mengemari nya tak kira pada waktu pagi, tengahari ,petang mahu pun malam pastinya nasi ayam menduduki carta pertama pilihan rakyat Malaysia.Begitu juga dengan famili saya jika dah agak lama tak masak pasti semua bertanya bila mama nak masak nasi ayam......yang masalahnya pasti ada 2 pilihan nasi yang akan dihidangkan nasi ayam biasa dan nasi ayam goreng. Ayam pula ada yang suka ayam stim dan ayam goreng madu......kena lah tunggu mama betul2 free dan tak ada tempahan ya.

Sunday, June 6, 2010

KEK HANTARAN TEMPAHAN DARI YANA

Kek ini ditempah olih Yanna untuk hantaran pertunangan adik iparnya. Yana berkenan kek yang dibuat olih chomel  sifu saya so saya minta kebenaran pada sifu saya untuk copy contoh kek yang di buatnya. Terima kasih comel kerana memberi kebenaran kepada saya......walaupun tak sama tempias nya ada kot!. Kata Yana lagi Comel yang cadangkan saya untuk melaksanakan tugasan.....terima kasih  sekali lagi buat comel!. pada Yana juga jutaan terima kasih saya ucapkan......kalau tak silap saya Yanna dari Taman Mount Austin.

TEMPAHAN KEK DARI LENNY PULAI JAYA


Lenny dari Pulai Jaya menempah 2 kek dari saya, chocolate cheesa cake dan butter cheese cake.Chocolate cheese cake untuk birthday suami tersayang yang akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah. dan kek yang lagi satu untuk untuk makan-makan bersama keluarga. Komen dari Lenny kek ni memang sedap dan tidak berapa manis.....terima kasih Lenny sudi menerima perkhidmatan saya janji Lenny nak menempah lagi untuk kek hantaran adiknya.



2 CAKE DARI MR GREG SMITH SHELL MALAYSIA


Terima kasih kepada Mr Greg Smith kerana menempah 2 kek untuk anak yang telah Graduate from Singapore International School ........begitu besar penghargaan dari seorang bapa.....tentu Taylor seronok mendapat kek ni kan.Mula2 Greg minta saya buat kek sebesar 24 kali 18 inchi.....aduh mana saya nak cari oven sebesar tu...parah dibuatnya ! akhirnya dia setuju buat 2 kek 12 kali 12 inchi......tiap satu 4.7 kg warna dan tulisan pilihannya. Feedback yang saya terima dari nya ' THE CAKE WAS REALLY GREAT AND WANDERFUL'....terima kasih Greg.