Friday, November 25, 2011

11.11.11 MAJLIS PERNIKAHAN MUHAMMAD KAMARUL REDZA


Mengambil tarikh yang cantik Muhammad Kamarul Redza (anak saudara saya) menamatkan zaman bujang nya dengan menikahi Sherry.....kebetulan masih dalam cuti saya mengambil peluang menghadiri majlis tersebut .Kamarul Redza ni lebih mesra dipanggil Adik Cik  dia sebaya dengan anak lelaki saya Mohd Idham Khaleed, anak saya dah pun punya 3 anak tapi Adik Cik baru menamatkan zaman bujangnya.


Walau pun tersenyum hati didalam siapa tahu......nak salam dengan Pak Imam tu.......gelora dihati sendiri yang tanggung k. Majlis sebenar akan diadakan pada bulan Januari tahun hadapan memandangkan dewan semuanya penuh hingga hujung tahun ni.


Sireh Junjung


Beg Tangan dan Kasut




Sebahagian hantaran dari pihak lelaki dan perempuan


Pelamin yang simple


Pengantin ni nampak relax aja! nantilah kejap lagi Pak Imam masuk baru tahu.......yang sebelah kanan tu my brother...Tuan Haji Ahmad Murad Haji Ami.


Sherry dan Yohana Tashi ( kakak ipar).

Thursday, November 24, 2011

HARI RAYA AIDILADHA


  Aidiladha yang lepas  kami dapat berhari raya bersama keluarga di Kulaijaya........syukur Alhamdulilah dapat bersama anak2 dan cucu tersayang.Orang dah post cerita hari raya Aidiladha dah lama dah agak bercendawan tapi saya baru dapat melaksanakan nya hari ni diatas sebab2 peribadi dan sebab teknikal. Apa pun saya tetap akan merakamkan kenangan ini untuk tatapan kami sekeluarga bagi mengingati detik2 suka duka dalam hidup .


Selepas pulang dari sembahyang hari raya HB dah bersedia untuk makan ......kebiasannya kami akan makan bersama keluarga.Walaupun Hariraya Aidiladha tidak semeriah sambutannya tapi bagi kami juadahnya mesti sama meriah hari raya Aidilfitri.

Ketupat wajib ada


Sup Gear Box


Rendang Daging wajib ada


Sambal Tumis Udang


Kari Ayam juga mesti ada...............yang tak ada dalam gambar sate dan lodeh, terlupa nak ambil gambar.


Sempat juga buat biskut London Almond.......kena buat sebab sewaktu hari raya Aidilfitri tak sempat buat.....permintaan dari anak2



Trifle dalam pembikinan.....belum letak buah2an dan jelly kristal


Dan ni dia dua gambar puteri bongsu saya yang selalu saya rindu2kan.....maklumlah duk jauh ni, gambar saja pengubat rindu.

TETAMU........... SEPUPU HB


Sehari sebelum hari Raya Haji kami menerima tetamu iaitu sepupu HB saya....mereka ni membesar bersama2 tetapi berpisah dan bertemu kembali selepas masing2 punya keluarga dan anak2 yang sudah besar2 belaka.
Sepupu HB ni kira pangkat abang sepupu HB ......masing2 berasal dari Perak tapi berjumpa di Johor Baharu setelah berpisah sekian lama.


Ini macam jejak kasih aja............pertemuan ni untuk kami eratkan lagi tali silatulrahim antara kami dan anak2, sempena cuti hari raya haji ni dapat lah kami pertemukan anak2 agar masing2 kenal dengan saudara mereka.Alhamdulilah terlaksana segala niat tertunai segala janji, seronok berbual dan banyak cerita yang dikongsi maklumlah sudah 33 tahun lebih tidak berjumpa.


Mereka sempat kami jamu makan tengahari dan minum petang, sebelum mereka bertolak ke Muar untuk menyambut hari raya haji disana.


Happy family..............bersama empat daripada lima anak2 beliau.


Sepatutnya gambar ni untuk famili sepupu HB saja tapi maklumlah Qeestin pasti akan menyelit untuk bergambar bersama2 mereka.


Gambar kami berduaa bersama sepupu HB dan isterinya tak ketinggalan Qeestina dan Natasha.

RUMAH ITU SYURGA KU..............


Ha.....betul kata orang ' rumah itu syurga ku'........seronok sangat bila tenguk rumah....hilang penat duduk dalam kereta sejauh lebih 630 km dari Lumut hingga Kuilaijaya. Rindu kat rumah ,rindu kat anak2, rindu kat cucu dan paling rindu kat katil kita.............best kalau zzzzzzzzzzzz diatas katil sendiri kan
.

Halaman dan pokok2 yang tak terurus maklumlah tuan tanah dah duduk jauh hanya melakukan kerja2 mencantikan taman bila pulang cuti saja.


Berbunga cantik menyambut tuan tanah pulang


Kaktus yang Nabeela bawa pulang dari Lumut sewaktu pulang bercuti tempoh hari.


Pokok pisang kapas..........dah tamat riwayatnya ditebang sewaktu kami pulang cuti tempoh hari......didalam pelepahnya banyak mengandungi air.....takut tempat nyamuk membiak.


Dua ekor arnab yang dibela olih Qeestina dan Natashah......itu pun diatas kebenaran saya. Saya sememang alah dengan binatang berbulu.....kalau nak bela pun mesti melalui tapisan halus keselamatan......hahaha.


Yang ni dapat lepas bebas sekejap....bagi relax main2 kat rumput tu, dah penat duduk dalam sangkar agaknya.


En HB pula mesti nak buat kerja walau pun dalam tempuh bercuti...........terlebih sudahhhhh!!!!!!!!!!!!!


Qeestina suka sangat berbaring dilantai sambil menonton TV....itu yang membuat kami mengambil keputusan memasang lantai FLOOR DEPOT diruang tamu hingga ke ruang makan.

1.11.11 ..............SELAMAT ULANGTAHUN HB


Pembuka bicara maaf dipinta dah terlalu lama tak dapat nak up date blog saya ni maklumlah cuti, urusan keluarga bertambah masalah internet dan lappy kesayang ni buat hal, itu lah antara sebab2 segala urusan tertangguh. Walaubagaimana pun pada 1.11.11 lalu adalah hari lahir HB  pd tarikh itu juga kami pulang bercuti ke Johor Baharu selama 2 minggu....home sweet home.


Tak sempat nak merancang apa2 sambutan Yesmin dah pun membawa pulang sebiji kek untuk papa nya.......bisalah cheese cake dari Secret Recpie.......


HB sedang memotong kek................


Yang pasti Qeestina yang happy.........sebabnya dia memang suka gila cheese cake, yang baki2 kat pisau plastik tu pun dia jilat.....tenguklah gaya dia............

sampai pejam mata menikmati keenakan cheese cake tu.....pada sesiapa yang tak larat makan cheese cake bagi kat dia pasti dia akan bereskan.....hahaha


Hadiah dari anak2 senaskah Al Quraan Degital


Al Quraan dan terjemahanya


Buku kisah para NABI pengajaran dan iktibar.