Thursday, November 24, 2011

HARI RAYA AIDILADHA


  Aidiladha yang lepas  kami dapat berhari raya bersama keluarga di Kulaijaya........syukur Alhamdulilah dapat bersama anak2 dan cucu tersayang.Orang dah post cerita hari raya Aidiladha dah lama dah agak bercendawan tapi saya baru dapat melaksanakan nya hari ni diatas sebab2 peribadi dan sebab teknikal. Apa pun saya tetap akan merakamkan kenangan ini untuk tatapan kami sekeluarga bagi mengingati detik2 suka duka dalam hidup .


Selepas pulang dari sembahyang hari raya HB dah bersedia untuk makan ......kebiasannya kami akan makan bersama keluarga.Walaupun Hariraya Aidiladha tidak semeriah sambutannya tapi bagi kami juadahnya mesti sama meriah hari raya Aidilfitri.

Ketupat wajib ada


Sup Gear Box


Rendang Daging wajib ada


Sambal Tumis Udang


Kari Ayam juga mesti ada...............yang tak ada dalam gambar sate dan lodeh, terlupa nak ambil gambar.


Sempat juga buat biskut London Almond.......kena buat sebab sewaktu hari raya Aidilfitri tak sempat buat.....permintaan dari anak2



Trifle dalam pembikinan.....belum letak buah2an dan jelly kristal


Dan ni dia dua gambar puteri bongsu saya yang selalu saya rindu2kan.....maklumlah duk jauh ni, gambar saja pengubat rindu.

No comments:

Post a Comment