Monday, July 26, 2010

BLUEBERRY CHEESE CAKE , COOKIES DAN CHOCOLATE OREO


Butter Cookies, Butter Cheese Cake ,London Almond dan Blueberry Cheese Cake.....yang pastinya sedap,ranggup dan lembut.......jempol.Tak lupa Chocolate Oreo.....cantik lagi menawan pastinya chocolate nya mencair dimulut........kalau tak pandai2 jaga berat  badan pasti bertambah2.

CUPCAKE MU DARI PUAN HAYATI


Cupcake MU ni juga tempahan dibuat melalui  Puan Hayati untuk sahabatnya.Puan Hayati ni dulunya sangat aktif membuat bisnes cupcake dirumah....olih kerana tuntutan kerja2 sekolah dan sibuk menguruskan rumah tangga maka dia berhenti dari hobi  yang sangat2 dia minati. Maka sekarang ni saya ambilalih tugas ni ya.........ha ha ha gurau aja cik gu.. Terima Kasih Cik Gu.

800 CUPCAKE DARI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHARU

Syukur Alhamdulilah saya panjat kepada yang maha Esa kerana memberi rezeki ini untuk saya sekeluarga.Rezeki ini datangnya dari Sekolah Menengah Teknik Johor Baharu yang ditempah Khas dari guru2 sekolah itu untuk murid2 sekolah tersebut.Semuga niat murni guru2 itu mendapat keberkatan dan pahala yang besar...amin!

CUPCAKE UNTUK MAJLIS KONVOKESYEN


Sekali lagi Puan Hayati dari Sek Taman Puteri Kulaijaya menempah cupcake untuk majlis konvokesyen pula.Katanya tempahan ini dibuat olih kawan nya melalui dia.Apa2 pun saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada kedua2nya kerana sudi menggunakan perkhiidmatan saya.

CUPCAKE TEMPAHAN DARI PUAN EZZATUL FAZRIN


Puan Ezzatul Fazrin ni bukan saja pelanggan tetap saya malah pendorong dan pencetus semangat saya untuk terus menjalankan bisnes kecilan2 dirumah selain cari duit poket......maklumlah kita tak berkerja. Sebanyak 300 cupcake ditempah untuk persatuan disekolahnya....terima kasih saya ucapkan, jika ada projek lain leh lah call saya ya.

TEMPAHAN CHOCOLATE CHEESE CAKE DARI KILLAH

Kek chocolate cheese ini ditempah olih Killah untuk adiknya yang bungsu bagi meraikan ulangtahun nya petang sabtu lepas. Maaf Killah auntie sibuk sangat sehingga tertangguh nak pose gambar kek ni.Buat Busu auntie ucapkan selamat hari lahir semuga Busu gembira, dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki serta bahagia selalu disamping keluarga tercinta.

Sunday, July 25, 2010

HAPPY BIRTHDAY SYAHMI YANG KE SATU TAHUN

Ulangtahun Syahmi yang ke satu tahun.......kek ni ditempah olih Fain untuk baby nya . Fain minta saya buatkan thema ala ala safari gitu....saya tak lah begitu pandai sangat namum jadi lah sikit2 macam yang Fain mahukan, harapan saya agar Fain berpuas hati dengan kek ni..

CUPCAKE UNTUK NAJIHA DARI AIN

Ain ni juga diketogeri pelanggan tetap saya......cupcake ni untuk dihadiahkan kepada adiknya Najiha. Ain hanya sempat email saya untuk menempah cupcake ni kerana terlalu sibuk dengan tugas harian katanya.Terima kasih auntie ucapkan pada Ain kerana kerana mempercayai auntie selama ini.

Wednesday, July 21, 2010

3 CHOCOLATE CHEESE CAKE UNTUK MAJLIS DOA SELAMAT




3 Cake ni ditempah untuk Majlis Doa Selamat dan Menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Kalau tak silap saya tempahan ni dari projek Kinabalu di MMHE, terima kasih di ucapkan kerana sudi menempah dari saya.dan doa saya juga segala kerja yang dijalankan semuanya selamat dengan jayanya.
    
Semuga dapat menjalakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi.....Amin! 

Ini lah ketiga2 kek yang ditempah untuk semua kakitangan Projek Kinabalu.Kesemua kek yang saya buat adalah sama agar semuanya makan kek yang sama rasa.Terima kasih sekali lagi.





BIRTHDAY CAKE FOR MR KENJI GOTO


Lenny dari Pulai Indah salah seorang pelanggan tetap saya menempah kek ni dari last month lagi untuk birthday boss nya.Kata Lenny letak bunga sikit so apa lagi saya memang nak mahirkan skill bunga rose dari chocolate tu....inilah peluang keemasaan buat saya untuk praktikkan nya. Happy birthday to Mr Kenji Goto..dan terima kasih banyak2 pada Lennya memberi tugasan ini pada saya.

MARBLE CHOCOLATE CAKE



Petang Ahad lepas hujan lebat....so kebanyakan masa kat rumah saja,cuba buat kek marble chocolate...biasa buat kek marble resipi bonda saya,resipi orang lama2 tapi kali ni buat kelainan pula.Kalau dimakan panas2 lagi lah sedap sekejap saja separuh bahagian dah habis. Tenguk tu ada yang dah siap packing nak bawa bekal ketempat kerja dan ada yang nak bawa balek ke Politeknik.Dan si kecil Qeestina pun sangat gemar makan apa jenis kek yang saya buat, tenguk muka nya penuh dengan chocolate.

DAPAT HADIAH HP BARU DARI HUBBY


Last week dapat hadiah dari hubby.....ala2 kejutan gitu, munkin kesian kot hp lama yang dihadiahkan olih anak2 dah kaput....bolih terima pamggilan tapi tak leh nak msg....frust betul. Anyway dah dapat hp baru ni nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pd hubby benda ni betul2 banyak membantu saya dalam banyak hal nak msg ,nak call,nak ambil gambar kalau terlupa bawa camera dan bermacam2 lagi kegunaanya.Walaumacamana pun Nokia Suppernova tu pun dah banyak jasanya.......hanya tuan punya saja yang tahu.

Monday, July 19, 2010

MARBLE CAKE DAN SWISSROLL YENNY YASMIN DARI KUALA LUMPUR


Marble cake dan swissroll ni ditempah dari Yenny dari KL melalui FB menantu saya, mereka ni kawan baik ketika sama2 di SMTKT. Pesan Yenny minta dihantar kek tu panas2 lagi kerumah ibu nya di Kulaijaya.Alhamdulilah mendapat feedback yang baik dari Yenny tapi masalahnya dia tersilap oder sebenarnya  dia nak minta saya buat Benjie Roll tapi trsilap sebut swissroll......tapi apa2 pun sebelum puasa auntie akan buat kan k.

CAKE UNTUK ISTERI TERSAYANG DARI EN AMIRUSHAM


Dah terlampau banyak kek yang dibuat dan dihias so teringin nak buat ros dari chocolate tak ada basic namun dek azam yang kuat aku paksa buat berulang2 kali sampai terhasil lah bunga2 cinta yang penuh kasih sayang dari En Amirusham untuk isterinya . Kek ni sempena hari lahir isterinya yang ke.........? lupa nak tanya.Semuga En Amir dan isteri berpuas hati hendaknya ya.

Sunday, July 18, 2010

HARI CUTI BERLIBUR DENGAN HUBBY DAN ANAK2

Hari ni hari yang aku betul2 free dari segala tempahan dan melayan segala permintaan pelanggan....cuti rehat katakan. So terpaksa pula melayang kerenah anak bungsu ku......... memaksa saya dan hubby menonton wayang cerita 'Mantra'....memang dah agak lama kami tak menemaninya menonton so layan ajalah.
 
Lepas menonton pergi makan kat Secret Recipi layan juga lah entah kenapa rasa kurang selera pula ari ni......apa yang tak kena kat tekak ari ni aku pun tak tahu. Samada makanan kurang sedap atau aku yang ....kurang selera..........Maklumlah hari Ahad pelanggan ramai so kualiti kurang baik agaknya tu sebabnya aku kurang selera........susah sangat nak menyalahkan diri sendiri....manusia!

Makanan yang kami makan, yang diatas sekali aku punya yang sebelah tu Yesmin punya ....maklumlah tak makan nasi. Kat bawah hubby punya....dia pun dah lama tak makan nasi, ikut jejak Yesmin kot! dan yang sebelah kanan adik punya (Nabeela).....

Wednesday, July 14, 2010

CHOCOLATE CHEESE CAKE ODERED BY SHELL

Kek ni telah di oder olih SHELL SITE OFFICE GUMUSUT KAKAP untuk HSSE meeting semalam. Pening juga agak2 dalam 20 orang pulak akan attended the meeting so lepas dah siap make up kek tu saya pun potong kepada 20 bahagian dan tiap satu letak strawberry dan deko sikit2 aja.............................Alhamdulilah dapat komen yang sangat baik thanks Pat kerana rekomen saya.

KEK MARBLE UNTUK MINUM PETANG

Petang semalam tak tahu nak buat apa2 boring sesangat so rasa2 dah lama tak buat marble cake godeh2 bahan yang ada kat rumah maka jadi lah kek saperti di atas.....warna nya kurang mengancam sikit...apa2 pun rasanya tetap sedap!!!! layan........gambar..k

Saturday, July 10, 2010

35 PCS PURE CHOCOLATE HALILAH UNTUK BAKAL KELUARGA MERTUA

Halilah menempah sekotak pure chocolate untuk bakat keluarga mertuanya di Kluang Johor. Dari riak wajah nya saya dapat baca Halilah betul2 seronok dapat menghadiahkan sekotak chocolate untuk orang istemewa. Mungkin dah pening kepala apa buah tangan yang akan di bawa nanti. Terima kasih ya...kalau ada apa2 masalah macam ni call aja auntie k....

CHOCOLATE MARBLE CHEESE CAKE UMI ZARITH

Chocolate Marble Cheese Cake with chocolate ganache ni ditempah olih Umi Zarith untuk keluarganya.Terima kasih Umi semuga Umi berpuas hati.......

CHOCOLATE CHEESE CAKE AIDIA MMHE

Maaf ya! Aidia sewaktu gambar ni kek ni diambil belum sepenuhnya dihias tapi setelah dihias lupa pula nak snap.Kek disaluti ganache dan dihias dengan white chololate ni tempahan dari Aidia dari MMHE , terima kasih saya ucapkan maaf jika ada kekurangan ya!

PURE CHOCOLATE TEMPAHAN NURUL

Chocolate ni ditempah olih Nurul kawan anak saya Yesmin.....terima kasih Nurul..kira2nya Nurul ni salah seorang pelanggan tetap saya. Sori! gamabr kurang memuaskan.....my camera dah mula meragam......jangan buat hal memenjang...k

CHEESE CAKE CIK HAYATI TAMAN PUTERI KULAIJAYA

Repeat oder dari Cik Gu Hayati Taman Puteri Kulaijaya untuk member2 di sekolahnya. Terima kasih Puan kerana sudi menempah sekali lagi dengan saya.......saya sangat bebesar hati dengan kesudian dan kepercayaan Puan terhadap hasil tangan saya yang tak seberapa ini, Alhamdulilah semoga segala apa yang saya usahakan mendapat keberkatan dari NYA.......Amin!



BUTTER CAKE ENCIK ROSLEE AND D'GENG

En Roslee menempah kek butter ni untuk hi tea bersama rakan2 bisnes nya.........terima kasih saya ucapkan semuga bisnes berkembang dan mendapat keberkatan dari ALLAH. Jika rezeki yang ALLAH beri kita kongsi bersama rakan2, keluarga mahupun orang2 yang lebih memerlukan inshALLAH maka bertambah2 rezeki yang mendatang inshALLAH.

CHOCOLATE MOIST CAKE CIK GU HAYATI

Lepas sihat dari demam saya dapat tempahan 4 biji kek dalam satu hari....Alhamdulilah rezeki yang ALLAH beri pada saya dan keluarga Amin.....Tempahan ni dari Cik Gu Hayati dari Sek Taman Puteri Kulaijaya, terima kasih cik gu katanya untuk makan2 dengan guru2 di sekolahnya.

CHOCOLATE CHEESE CAKE TEMPAHAN ENCIK ROSLEE

Salam tercicir satu lagi tempahan En Roslee dan kawan2....ada sedikit kesilapan teknik terpaksa tunda kehari ini n3 dibuat sori ya!.Komen dari En Roslee n d'geng kek ni memang sedap gileeer. Terima kasih ......bila2 nak makan lagi call saya atau hubby ya!

KEK CHOCOLATE TERBANG KE KUALA LUMPUR

Dalam sibuk2 buat kek pengantin Danizad minta saya buatkan kek untuk kawan nya sebagai ibu saya tak sampai hati untuk menghampakanya.....walaupun penat saya kumpul kederat untuk melaksanakan tugas ini. Inilah yang hasilnya tak seberapa rupa paras nya tapi sudah cukup memuaskan hati seorang anak. Kepada 'Mang' selamat hari lahir semuga hari ni membawa seribu kebahagian dan keberkatan.

Sunday, July 4, 2010

KES TERCICIR

Ini lah sebahagian hantaran untuk untuk isteri tersayang....Mohamad Azam. Maaf ya Azam tercicir nak n3....... ari tu selepas majlis saya demam so rehat untuk beberapa hari orang dapat isteri kita dapat sakit pula.
Hantaran ni hasil kerjatangan my sis.....Cik Nahariah Hj Ami....sejak pencen jadi guru dan bekas pegawai di Kem Pelajaran di Puterajaya ni kebanyakan masa yang terluang di isi dengan kerja gubah mengubah barang2 hantaran so jika ada sesiapa yang berminat dengan kerjatangan nya leh call saya untuk membuat tempahan.

KEK PERKAHWINAN.........AZAM DAN NURULHUDA

Kek fondant 2 tingkat ni juga tempahan dari Azam...mintanya warna merah putih dan hitam. Kek ni diatas permintaan Azam sendiri ....sumber dari internet so minta kebenaran kepada sesiapa yang punya . Cuma saya menggunakan sugar paste pada bunga ros yang saya buat sendiri.....dan lain2 bahan fondant dan chocolate moist cake.Moga Azam dan Huda menyukai nya.

KEK HANTARAN PERKHAWINAN MOHAMMAD AZAM KUMAR

Kek fondant putih merah ni mengikut tema set hantaran untuk hari bahagia antara Mohammad Azam Kumar dan Nurulhuda.Apa2 pun layan ajalah.........

TEMPAHAN FANCY COOKIES DARI PUAN EZZATUL FAZRIN

Entahlah kali ke berapa tempahan ni dari Puan Ezzatul saya pun dah lupa......jutaan terima kasih saya ucapkan.Tempahan ini untuk hari koperasi sekolahnya.......kata Puan Ezzatul anaknya juga turut mengemari cookkies ni. Sokongan yang Puan beri amat2 saya hargai.

FANCY COOKIES UNTUK SONIA DARI IBUNYA ANIEE

Annie dari Bukit Indah sekali lagi oder fancy cookies untuk anaknya Sonia....tempahan ini dibuat 2 bulan lalu sewaktu Annie membuat oder yang pertama.Tapi kali Annie oder hampir 100 keping.....untuk birthday Sonia anaknya kot.....

Selepas beberapa hari Annie mengirim msg kepada saya " hi kak D cookies were great. I dah pas yr number 2some friends at my girls school. I will b odering again. Thnx again" terima kasih banyak2 Annie sudi memberi komen yang baik dan memanjang2kan kerjatangan saya kepada rakan2nya.


CAKE BIRTHDAY UNTUK CAMELIA!!!

Kek ni ditempah olih my sis untuk anak saudara kami Camelia yang ke.......tuuuut! malu pulak
nak bagitahu usia nya...yang nyata dia ni masih muda belia...ha ha ha sori. Selamat ulang tahun semuga berjaya dalam hidup dan ceri selalu.