Thursday, February 3, 2011

FANCY COOKIES UNTUK GADEES NURBATRISYIA ARAFAT YG KE 5

Fancy cookies ni ditempah olih puan Aliah untuk Putri  yang ke lima tahun dijadikan door gift kepada tetamu yang hadir.
Terima kasih kepada anak2 mama Anna, Yesmin ,Bella dan juga Arin yang rela mengambil tugas mama
kerana mama terpaksa berada di Lumut bersama Papa.

Kerjatangan orang muda idea yang dicurahkan mengikut daya kreativiti mereka.....apa pun comel2 belaka.














Harapan Mama Qees agar Putri suka dengan fancy,cookies ni ya.....kalau sempat pulang dari Lumut
InshALLAH mama qees dan tok papa akan hadir di majlis u nanti salam peluk cium dari kami. Tunggu kek
Barbie Doll u esuk ya mama qees tak dapat buat tapi tempah dari Puan Fadzlina Fadzil .








KEK PORORO UNTUK ARHAM

Kek Pororo untuk hari lahir Arham yang ke 3 tahun.Puan Elia minta saya buatkan kek ni untuk anaknya 
maklumlah saya memang tak pernah tahu ujudnya kartun Pororo ni, zaman2 saya mana ada kartun2 ni dan ini
lah yang pertama kali saya dengar so buat lah homework sikit surf kat internet dapatlah gambarannya maka lahir kek Pororo saperti diatas.

Puan Elia dapat nama dan blog saya dari sifu saya Comel....thanks comel memberi kepercayaan pada saya dan Elia sangat2 berpuas hati dengan kek tu....anaknya Arham lagi lah suka sebab dia betul2 minat kat Pororo ni siap nyanyi2 lagi kat mama nya. Kepada puan Elia dan rakan2 serta keluarga yang suka dengan kerjatangan saya terima kasih diucapkan. Terima kasih daun keladi .....
Rupa2nya kartun Pororo ni cute padanlah kanak2 suka, Happy Birthday Arham....semuga bahagia dan ceria selalu dan dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki.
Puan Elia tersenyum puas ..........terima kasih Elia, tak silap saya .Puan Elia berkerja dgn NSTP cawangan Senai,

Sunday, January 16, 2011

MINUM PETANG BERSAMA AMI'S FAMILY

Sampai dari Kuala Lumpur dah petang rehat sekejap plan nak buat cheesecake...tapi ada orang datang
buat rumah...so terpaksa lah buat sebelah malam........kek apa nak tahu ke? New York Cheesecake saja nak
jemput keluarga minum petang sebab dah lama tak kumpul ramai2....tentu seronok kan.
Inilah kek yangdah di make up....emmmmmmmm yummy! yummy!
Pudding roti
Mee Hoo goreng pedasss.....tapi best!
Kuah spaggetti..........saja ada yang lain2 tak ada dalam gambar cucur udang ,buah2an dan lain2 lagi.
Ha lupa pula ada yang sambut hari lahir.....lahir pada bulan Januari, my sister Nahariah dan anak saudara
Ezra Rafeeal.....yang seronok potong kek ya yang tak seronok umur bertambah.
Tengah menikmati makanan sambil sembang2.....mesti ada topik yang panas dibualkan ......masing2 dengar dengan penuh perhatian.gituuuu.

Dan ini pula buah tangan dari Nurul dan Hakim yang baru pulang dari Suddan untuk saya dan Hubby
terima kasih banyak2...........



Monday, January 10, 2011

FANCY COOKIES NUR IRISH QISTINA FIRST BIRTHDAY

Salam kepada semua rakan2, peminat dan juga pelanggan setia saya buat masa ni dapur saya masih lagi
beroperasi cuma pada hujung minggu saja. Segala tempahan bolih lah dibuat lebih awal untuk memudahkan
saya menyusun tempahan agar tidak ada pertindihan .
Tempahan ni dibuat olih Puan Aliah Arafat untuk dihadiahkan kepada Nur Irish Qistina dihari
ulang tahun nya yang pertama.
Fancy cookies ni di terbangkan ke Kuala Lumpur................
Selamat Ulang Tahun yang Pertama Irish......
Cookies yang telah di packing.....cuma belum di ikat ribbon dan di lebelkan.





Friday, December 31, 2010

MAKAN PIZZA DIMALAM TAHUN BARU

Makan malam hari ni di Pizza Hut saja.....habiskan cuti hujung tahun ni bersama anak2 dan cucu di Kulaijaya
tak pergi kemana2 masing2 malas nak treval jauh2 penat katanya so bercuti dirumah saja.Saya bersama Natasha dan Mohamad I'sad tengah pilih2 makanan.
Yang ni semua kawan2 dan pengunjung blog saya pasti dah kenal.....siapa lagi kalau bukan supermodel saya 
Izz Qeestina Balqees. Dimana dan apacara sekali pun pasti dia yang terlebih posing.Selamat Tahun Baru
 kepada semua sahabat, kawan2 dan pengunjung blog saya semuga tahun baru ni beri kecerian,kesihatan 
dan kebahagian dalam hidup kita..........Amin.

CUPCAKE HANTARAN PERTUNANGAN ZURA DAN FAIZ

Cupcake ni ditempah olih Mirda untuk pertunangan adiknya Zura dan Faiz...tahniah diucapkan.
Warna pilihannya pink ,hijau dan warna cream.

Warna pilihan nya memang lembut.......kali ni banyak bunga2 cinta kat atas cupcake tuuuuuu....Maklum lah
perjalanan dari Kulaijaya ke Segamat agak jauh.....so .nasihat saya guna fondant agar ianya tidak akan mengalami apa2 masalah cuaca dan kemalangan kecil dalam kereta nanti.




WINDOW SHOPPING BERSAMA QEESTINA DAN ANAK2 GADIS SAYA

Hari ni anak2 buat plan gi shopping kat sekitar bandaraya Johor Baharu...........yang paling sibuk bersip nak 
ikut si kecil Qeestina dia ni memang pantang kalau saya nak keluar pasti dia dulu yang siap. Konon2nya window shopingg aja tapi apa kat tangan tuuuu......
Si kecil yang sempat bergaya......pantang ajak bergambar macam2 gaya yang diperagakan.
Ala2 supermodel gituuuuuu.


Makan tengahari kami......ini makanan saya.
Dan yang ni hubby punya.........emm....lazatnya.