Monday, March 7, 2011

CHOCOLATE MOIST CAKE DAN FRUIT TARTS

First of all nak minta maaf banyak2 kat Aishah kawan pada Ain UTM lambat nak post gambar kek ni maklumlah dah 2 minggu duk kat hotel ni server internet pula very weak maklum lah hotel ni duduk ditengah2 hutan, Nak pakai hotel punya line mau 1 jam rm 25 mana mampu .....nasib baik bawa broadband sendiri dapat lah up date blog jika tak berserawang lah nampaknya.
Permintaan Aishah biar leh kek tu di cover dgn chocolate ganache dan dihias dgn buah2an


CHEESE BROWNIES UNTUK MAKAN MAKAN

Cheese Brownies ni satu lagi entry yang dah jadi pekasam......entah lah dah agak lama juga tak up date blog ni gara2 duk jauh kat Swiss Garden Damai Laut ikut Hubby kerja kat sini.Lagi pun Brownies ni buat makan2 bersama keluarga kalau dah lama tak masuk dapur takut juga skill lari....hahaha..
 Cheese Brownies terhangus sikit tu lah gara gara melayang drama tv.Nak buat selalu bukan nya rajin layan aja lah tapi budak2 rumah ni semuanya kata sedap......,,.....apa lagi nak buat bekal gi office lah tu...' mama jangan risau sampai  office pasti selesai dia orang tak pernah kata tak sedap'.

MAKAN MALAM DI GAZEBO PLACE

Makan malam bersama keluarga di Gazebo Place dicawangan Kulaijaya....tuan punya tempat makan ni kawan kepada anak lelaki saya.Tempat ni memang selesa dan mengikut citarasa kami sekeluarga, dulu kami selalu makan kat cawangan Kampung Kurnia area2 Kebun Teh sekarang ni tak payah pergi jauh2 kat Kulaijaya dah ada cawangan.Kepada warga Kulaijaya yang mencari tempat makan yang sedap dan selesa bolih lah contact En Adzaki di tel 0127444484.......siap promosi lagi tak apa tolong kawan2 kan.
Makanan kegemaran keluarga saya steamboats dan chicken chops olala......sedap gitu! sampai Qeestina yang kecik tu pun pandai oder sendiri chicken chops....tak nak kongsi2 tu bolih habis sepinggan dia makan sorang2 hebat!
Bila keluarga kami sampai Eki pasti sambung meja....3 meja sekali tuuuuu. Bolih dikatakan semua makanan yang di jual memang sedap2 belaka dan harga mampu kita bayar. Kalau nak makan kat hotel harganya tak larat kita dengar tapi disini harga berpatutan dan rasanya memang sedapppppppp .
Steamboats ..................sedap jom kita gi makan kat Gazebo.......tempat yang selesa lagi halal, siapa lagi nak sokong kalau bukan kita....anak muda  melayu yang sedang menempah namanya..

Tuesday, February 22, 2011

KELAS FANCY COOKIES PUAN MENITA HASSAN

Setiap kelas yang saya ada kan adalah diatas permintaan.....sewaktu Puan Menita tel minta saya mengajar fancy cookies saya berada di Kuala Lumpur dan berjanji apabila pulang dari tugas luar kawasan saya akan memenuhi permintaan nya.Alhamdulilah sempat juga saya mengajar sebelum saya bertolak balek ke Lumut pada hari berikutnya. Seronok berkenalan denganya dia seorang yang peramah dan banyak pengalaman hidup .

ULANGTAHUN PUTRI YANG KE LIMA

Assalamulaikum kepada semua semuga semuanya berada didalam keadaan sihat sejahtera.....maaf dah lama juga saya tak up date blog ni kerana mengikut suami bertugas diluar kawasan..... di Lumut Perak.Kek Putri ni pun saya tempah pada Puan Fadzlina Fazli dari mycuppycake saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memenuhi tempahan saya. Semua famili kata kek ni memang cantik dan sayang nak dipotong, expecially birthday girl.Pesta harijadi ni berlangsung di Kampung Baru Kuala Lumpur pada 5 feb 2011 lepas.


Kedua2 cucu saya Gadees Nurbatrisya Aarafat [birthday's girl] dan Idzyana Natasha Balqees....wah! kecik2 dah pandai posing......kalahkan model pula, mereka ni sepupu paling ngam.

Thursday, February 3, 2011

FANCY COOKIES UNTUK GADEES NURBATRISYIA ARAFAT YG KE 5

Fancy cookies ni ditempah olih puan Aliah untuk Putri  yang ke lima tahun dijadikan door gift kepada tetamu yang hadir.
Terima kasih kepada anak2 mama Anna, Yesmin ,Bella dan juga Arin yang rela mengambil tugas mama
kerana mama terpaksa berada di Lumut bersama Papa.

Kerjatangan orang muda idea yang dicurahkan mengikut daya kreativiti mereka.....apa pun comel2 belaka.














Harapan Mama Qees agar Putri suka dengan fancy,cookies ni ya.....kalau sempat pulang dari Lumut
InshALLAH mama qees dan tok papa akan hadir di majlis u nanti salam peluk cium dari kami. Tunggu kek
Barbie Doll u esuk ya mama qees tak dapat buat tapi tempah dari Puan Fadzlina Fadzil .








KEK PORORO UNTUK ARHAM

Kek Pororo untuk hari lahir Arham yang ke 3 tahun.Puan Elia minta saya buatkan kek ni untuk anaknya 
maklumlah saya memang tak pernah tahu ujudnya kartun Pororo ni, zaman2 saya mana ada kartun2 ni dan ini
lah yang pertama kali saya dengar so buat lah homework sikit surf kat internet dapatlah gambarannya maka lahir kek Pororo saperti diatas.

Puan Elia dapat nama dan blog saya dari sifu saya Comel....thanks comel memberi kepercayaan pada saya dan Elia sangat2 berpuas hati dengan kek tu....anaknya Arham lagi lah suka sebab dia betul2 minat kat Pororo ni siap nyanyi2 lagi kat mama nya. Kepada puan Elia dan rakan2 serta keluarga yang suka dengan kerjatangan saya terima kasih diucapkan. Terima kasih daun keladi .....
Rupa2nya kartun Pororo ni cute padanlah kanak2 suka, Happy Birthday Arham....semuga bahagia dan ceria selalu dan dilimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki.
Puan Elia tersenyum puas ..........terima kasih Elia, tak silap saya .Puan Elia berkerja dgn NSTP cawangan Senai,