Monday, March 12, 2012

MACARON DAN PUDDING CARAMEL


Macaron......mengasah bakat yang dah nak tumpul, lama sangat tak buat takut lupa pulak teknik so semalam merajinkan diri buat macaron ni. Alhamdulilah jadi dan molek pulak berkaki.......nampaknya kena buat selalu supaya tak lupa. Vannila Macaron dengan Chocolate ganache.....teknik italian meringue.


Siap masuk dalam bekas......untuk buah hati yang akan datang ke rumah minggu depan.


Untuk minum petang kami berdua......buat pudding caramel, yang ni nampaknya saya terpaksa habiskan kerana en suami memang tak suka makan manis2.


Pakai bekas kecil saja...mudah unatuk menyimpan dan mengelakkan daripada memabazir.

Sunday, March 11, 2012

MAKAN MALAM YANG TERLEBIH SUDAH


Menu makan malam kami berdua terlebih sudah.....ini kerana en suami teringin nak makan ketam. Pagi semalam cari kat pasar Sitiawan dan pasar Sri Manjung tapi batang hidung ketam pun tak ada....malang sungguh nasib dia kan. Tapi en suami tak berputus asa balek dari kerja terus ke pasar malam ....harapan tinggi mengunung....Alhamdulilah apa yang dihajat ada.So semalam petang saya pun sibuklah kat dapur menyediakan makan malam kami....nak tahu apa menu kami.....jom kita layan.......


Gambar atas sekali tu ketam masak kari dan ikan jenahak masak asam


Sayur sawi goreng......memang terlebih sudah sampai tambah dua pinggan, bila lah nak berdiet macam ni.

Saturday, March 10, 2012

BERANGAN OH BERANGAN


Pagi tadi kami ke Pasar Sitiawan niat nak cari ketam en suami kata dia nak makan ketam masak lemak cili padi.......sayangnya hari ini tak ada ketam. Tapi apa yang dia bawa membuat hati saya seronok sangat.....buah berangan, berangan ni memang kegemaran kami sekeluarga. Nak tahu berapa harga l kilo buah berangan ni RM 25.........wah bolih tahan murah! masa saya beli di Cameron Highlands tempuh hari RM  30 sekilo di Jojor Baharu pun Rm 30 sekilo. Buah berangan ni memang sedap dan lemak...terima kasih en suami.


Buah Berangan , buah mempelam pauh dan buah mangga.

TETAMU DARI JOHOR BAHARU


Malam semalam ada tetamu yang bertandang ke rumah.....kawan Idham yang datang dari Johor Baharu.Khairul ni singgah kerumah saya selepas pulang dari Kedah kerana menghadiri majlis perkhawinan saudaranya disana.Mereka ni merancang nak ke Pangkor hari ni..... dah terlanjur sewa homestay di Venice Kahirul pun calling2 nak datang.Yang sempat saya jamu mereka hanyalah Mee Hoon Goreng dan buat mangga saja.

Mee Hoon Goreng


Buah Mangga


Khairul bersama Isteri dan Bapanya.

CHOCOLATE UNTUK YANG TERSAYANG


Minggu depan orang yang tersayang nak datang kerumah....Isa'd, Natashah dan Qeestina .Yeh!....so hari Jumaat lepas saya pun plan apa nak buat chocolate....tapi menggunakan real chocolate, wah kena buat proses  tempering ni dah lama tak buat pasti akan ada masalah .Betul!
 saya memang mengalami masalah....pesan pada diri sendiri pastikan buat selalu kalau tidak masalah akan berulang lagi......nak buat cara marble slap, bendanya tak ada...amik kau sendiri tanggunglah ya.


Inilah sebahagian daripada chocolate yang saya buat....harap orang yang tersayang akan suka! suka! suka!

Friday, March 9, 2012

CHOCOLATE CHEESE CAKE WITH CHOCOLATE GANAGHE IN JAR


Semalam percubaan pertama saya buat cake dlm botol ni.....kek guna kek yang saya suka cuma nak tahu teknik membakar saja. Puas saya goggle dan jumpa cara cara  macamana nak bakar kek dalam botol ni...sebenarnya mudah sangat tapi kalau tak tahu teknik susah juga kan. Banyak dalam FB kawan kawan yang dah buat,  teruja saya dibuatnya tu yang saya gagah kan diri untuk mencubnya.


Kalau nak pergi belajar susah juga kan saya bukan  berkerja dan bukan ada sumber pendapatan....pandai pandai cari ilmu sendiri. Kononnya nak buat step by step tapi camera kehabisan battery....lain kalau ada masa saya cuba ya!


Dah siap....comel kan...kat tutup tu logo bisnes biskut saya dulu ada lebihan tayanglah pulak kat sini perasankan!


Saya cuba buat 4 botol ...yang lebih tu saya buat cup cake aja......botol ni mahal tu!!!! tak mampu buat banyak2. Yang ni nak bagi kat kawan kawan rasa.....kalau kami berdua makan memang tak habislah jawabnya.



Nak bagi kawan kawan kena lah hias cantik cantikkan!


Yang ni versi cupcake nak bagi budak budak office en suami rasa.


Minta maaf sesiapa yang dapat versi cupcake ni ya next time bolih rasa dalam jar pulak k.....baru saja oder dari Johor Baharu 1 kotak botol ni....next week sampai...terima kasih Nanie sudi belikan akak botol botol tu.

MAKAN MAKAN DI SENIBUNG SEA FOOD


Senibung Seafood......inilah tempat kami makan bersama keluarga.Jetty kayu tu nampak cantik  dan belatarbelakang Sembawang Shippyard Singapore....kalau tak silap saya,  memang cantik pemandangan pada waktu petang disini cuma agak sedih hujan ....


Wah ada udang kara.... 100 gm dlm rm 16.00 tak bolih dengar harganyakan...batal tak ambil udang kara walaupun di tawarkan oleh en suami.


sotong


 pelbagai jenis ikan pilih aja yang berkenana


antara menu yang kami pilih......kailan ikan masin dan kangkung goreng belacan.


Ikan Jenahak goreng berlada.dan ketam juga goreng berlada


sotong goreng memang terbaikkkkk!!!!!!!!!


Udang goreng telur pun terbaikkkkk!!1


tomyam campur..........kesemua 2 set sebab 3 keluarga yang makan........


Last  sambut Mohd Isad becoming birthday.....in advance, dipercepatkan demi untuk kami yang akan pulag ke Lumut.