Friday, April 6, 2012

PUMKIN CHEESECAKE


Cheesecake dah lama saya buat cuma saya tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni saya malas nak update blog ni. Buat cheesecake ni atas permintaan en suami saya yang gemarkan makan makanan yang bersasakan labu. Baik lepat labu, cucur labu dan apa2 saja yang berkaitan dan seangkatan dengan labu....pucuk labu masak lemak pun memang kesukaannya.


Saya kata padanya saya akan cuba buat cheesecake labu ( pumkin cheesecake )...wah! senyum sampai ketelinga en abang saya mendengarnya.Walaupun kami berdua saja yang akan menjamahnya untuk menyampaikan hajatnya buatlah juga...........mahu seminggu baru habis, itu pun lepas bagi kat kawan dan jamu pada tetamu yang bertandang.


Rasanya memang sedap sangat.....maklumlah menepati citarasa orang yang suka makan labu.

PANGKOR ISLAND BEACH RESORT KALI KE DUA


Kali kedua sampai ke tempat ni....join en suami mengikuti program Teambuilding bersama KPOC dan KHL. Berkumpul di jetty Lumut jam 6.300 pagi......dan akan bergerak ke Pangkor Island Beach Resort tepat jam 7.00 pagi.


Seawal 6.30 pagi kami dah sampai di Terminal Jetty Lumut.....dah ramai yang menunggu untuk ke Pngkor, ada dua destanasi satu ke Pangkor Jetty dan satu lagi ke Jetty Pangkor Island Beach Resort.


Saya dengan en suami posing diatas ferry.


Bergambar kenangan bersama dua dari tiga staff wanita KPOC.....yang seorang lagi mabuk laut.


Pemandangan di Jetty Pngkor Island Beach Resort.


Hornbill Resturant..............nampak tak burung Enggang kat atas pagar kayu tu...( Hornbill ) kat sini memang banyak burung enggang hidup tanpa dijaga .


Pemandangan di Private Beach Pngkor Island Beach Resort


"


Peristiwa yang tak dapat saya lupakan en suami mengalami kemalangan kecil terseliuh dipergelangan kaki sewaktu Jungle Tracking. Tak sampai hati nak merakamkan wajah beliau yang pucat dan begitu lemah sekali sewaktu diusung ke bawah. Saya dan beberapa kakitangan Hotel, medic. KPOC dan KHL menunggu beliau untuk memberi pertolongan kecemasan. Alhamdululah beliau selamat, cuma mengalami kemalangan kecil sahaja.

Tuesday, March 20, 2012

PAVLOVA LAGI


Pavlova. Pavlova, Pavlova......demam Pavlova kalau kita lihat rata rata semua orang sebut pasa benda ni dalam blog mahu pun fb, hebat betulkan!.Permintaan dari tetamu saya kalau dia datang kerumah pasti nak makan Pavlova buatan saya.


Kali ni nasib saya baik ada buah markisa........rasa masam markisa ni membuatkan Pavlova ni rasa lagi sedap atau dia mengurangkan rasa manis yang sedia ada.


2 keping Pavlova saiz sederhana


Sekejap saja Pavlova ni licin dimakan.....best! katanya.

MANGGO PANA COTTA


Hari ini teringin nak buat Manggo Pana Cotta......kata orang sedap dimakan waktu cuaca panas begini. Nasib bertambah baik en suami beli buah manggo sewaktu dia ke pasar pagi tadi. Pernah tenguk dibeberapa blog masakan yang telah mencuba , tapi sayang nya saya tak ambil resepi, bila nak buat terpaksa memerlukan pertolongan mr goggle.


Percubaan pertama, saya buat hanya 3 bekas saja.......keputusannya memang sedap dan puas hati, ada masa bolih buat lagi.

BREAD AND BUTTER PUDDING


Buat untuk orang yang tersayang yang berkunjung ke rumah tempuh hari. Rasa rasanya dah ramai yang buat dan semua orang tahu benda ni bukanya susah nak menyediakan.


So kita layang gambar aja k


Tabur badaam hiris nak bagi cantik 

WAJAH KESAYANGAN BERCUTI D VENICE


Cuti sekolah dah berakhir juga........sunyi kembali rumah ni ,maklumlah cucu2 kesayangan dah pulang .Walaupun hanya sekejap terubat juga rindu pada mereka, memang saya tak bolih jauh dengan mereka lebih2 lagi mereka ni membesar depan mata saya.Dan mereka memanggil saya dengan nama .......'mama qees'.....terutama yang si kecil ni Izz Qeestina Balqees, dia ni terlalu manja dengan saya.


Dari kiri.....yang paling besar tu Muhammad Isa'd, Natasha Balqees,sepupu mereka Durra, Qeestina  (cucu)  dan Arras juga sepupu mereka .


Bergaya nak naik ferri ke Pulau Pangkor

  
Sempat lagi posing.....sementara tunggu ferri tiba


Selamat berjimba ke Pulau Pnagkor

Tuesday, March 13, 2012

MENU MAKAN TENGAHARI KAMI BERDUA


Menu asam pedas adalah menu wajib orang2 Johor......en suami orang Perak,mula berkawin tu dia memang tak suka asam pedas, lama lama dah jadi suka pula.Suka pasal bini dia selalu masak asam pedas ni ,tak suka pun jadi suka......kalau dah selalu masakkan!. Satu yang masih kekal kat en suami ni dia tak makan ikan yang bersaiz besar.Hari ini saya masak ikan merah masak asam pedas bersama bendi.....dia cuma makan bendi dan kuahnya saja.....pelik kan!tak makan ikan besar tapi ikan kecil  makan!!!
.

Sayur kacang panjang goreng daging, goreng bila dah nak makan,..... makan waktu panas2 sayur ni baru lah sedap.


Udang goreng kunyit 


Daging goreng untuk en suami