Saturday, May 26, 2012

BELUM HILANG PENAT DAH KE KUALA LUMPUR PULA


Belum hilang penat balek dari Pulau Pinang dah nak ke Kuala Lumpur lah pulak.....kali ni En Suami ambil cuti satu hari saja untuk menghadiri temuduga di Petronas.Kami berdua bertolak seawal pagi untuk menghadiri temuduga jam 11 pagi, siap saja temuduga kami terus ke IKEA Mutiara Damansara saja nak cuci2 mata.


Kalau jalan2 saja....mustahilkan kalau tak sambar satu dua barang kan gila tenguk barangan rumah disini,jujur saya katakan saya memang kalah tenguk barangan rumah. Dari IKEA ke IKANO itu tempat wajib yang saya akan pergi. Apa pun perut mesti diisi dulu....saya pilih meat ball dan En  Suami makan Salmon........saya memang susah sikit nak makan salmon ni hanyir kot rasanya.



Pilihan saya.....menepati citarasa 


Pilihan En Suami....payah juga saya tenguk dia menghabiskanya!!


Kami bergerak balek jam tiga petang.......sampai ke Venice jam lima setengah petang, satu hari perjalanan yang agak memenatkan.Namun apa yang dirancang terlaksana sudah.....tunggu berita baik dari pihak PETRONAS.

KE SEBERANG JAYA PULAU PINANG


Kalau kemalasan dah melanda diri memanglah blog ni penuh dengan serawang sana sini........lagi pun dah mula dapat tempahan kek untuk majlis perkhawinan dan pertunangan.Ini pun ada beberpa cerita sewaktu saya menemani En Suami menghadiri seminar di Seberang Jaya Pulau Pinang selama dua hari disana.


Kami terpaksa menginap di Hotel Ixora Seberang Prai kerana di Sunway Hotel penuh.......tempat seminar En Suami di Pusat Konvensyen Sunway Megamall saja apa pun tidak lah jauh dari hotel kami menginap.Hotel Ixora ni pun masih baru lagi.......hotel empat bintang bersih bersih dan layanan pun bagus.


 Kalau tak salah saya waktu tu sambutan Hari Ibu....pihak Hotel turut menyambut dengan mengadakan pertandingan menghias kek untuk pengunjung  hotel...terutam utk para ibu.En Suami mengalakan saya menyertainya tapi terasa kurang adil jika saya turut serta........ayat macam bagus aja!!....sebenarnya lebih kepada perasaan malu.


Antara perserta yg menyertai pertandingan menghias kek anjuran Hotel Ixora.


Sewaktu En Suami keSeminar saya ambil kesempatan untuk melawat kakak saya yang tinggal dengan keluarga anak perempuanya di Penaga.Kebetulan sewaktu kesana dihari kelahiran Kak Ngah saya so saya ambil kesempatan menyambut di Sunway Megamall...ajak makan2 aja dan En Suami sempat membelikan sebiji kek sebelum dia masuk kedewan Seminar.


Yang ni cucu saudara saya.......Qaisara, bijak walau pun baru berusia empat tahun....comel kan.


Sebelum pulang saya dibekalkan nasi lemak hasil tangan Kak Ngah saya.....terbaik dari ladang.

Sunday, May 13, 2012

BUAH TANGAN DAN TEMPAHAN


Saya dapat ole ole dari kota London........hadiah dari Nurul Muhana kawan baik anak bungsu saya Nabeela,Mun tahu minat saya so apron ni jadi pilihannya...terima kasih Mun, tersentuh hati saya, kami jarang berjumpa tapi Mun tetap ingat saya.


Fruit Tarts, Karipap Sardin , Sandwish Telur dan Tuna ni ditempah olih Boss En Suami untuk minum petang di pejabat.
 .

Tempahan ni khas untuk pelawat yang datang ke Lumut seramai dua belas orang.Kata En Suami buat untuk dua belas orang makan....tak sampai hati kalau yang lain2 hanya tenguk aja kan saya buat lebih untuk mereka sama sama merasai.


Sandwish Tuna dan Telur.

PERMINTAAN ANAK ANAK


Malam sebelum pulang ke Venice of Perak saya sempat melaksanakan permintaan anak2 nak makan Pavlova........sebabnya Yesmin dan Idham masih belum pernah merasa yang saya buat sebelum ni.


Walaupun belum berkemas barang2 dan pakaian untuk dibawa pulang ke Venice.....tak sampai hati nak menghampakan permintaan anak2.....kali ni saya buat size yang kecil2 aja supaya mudah untuk dimakan dan untuk dibawa bekal ke tempat kerja.


Masing2 kata memang terbaik!........sangat suka rasa manis pavlova dan bergaul dengan rasa masam buah2an.....terutama buah markisa tu

MAKAN MAKAN


Bercuti untuk merehat2kan diri konon2nya tapi..............ni lah masanya Yesmin anak kedua saya ambil peluang pergi kerja menumpang abang nya dan balek minta kami berdua untuk mengambilnya pulang.Ingat nak berehat.....tapi en suami jadi derebar pulak....orang yang mengekori kami pastinya cik Qeestina ni, pantang kami keluar dia lah yang akan ikut.Qeestina pilih air Carrot susu dan Yesmin pilih tembikai susu.......En Suami air masak ajaaaaaaa.


Sewaktu keluar rumah kami memang tak makan tengahari....bila perut dah mula keroncong kami mengambil keputusan berhenti makan disalah sebuah kedai makan di Taman Kota Masai.Lupa pula nama kedai nya yang pasti kedai ni menghidangkan makanan Thai.....bolih tahan sedap semua makanan nya.Air pilihan saya air longan.


Layan gambar aja lah penat nak memabebel.....Ikan Siakap Tiga Rasa


Udang Goreng Tepung.......lembut dan gebuss


Sayur Cendawan Goreng......sedapppp


Kangkong Belacan Ikan Masin


Telur Bistik


Puyuh Goreng Kunyit

PERCUTIAN KELUARGA DI GRAAND LEXIS PERT DICKSON


Pada 29 Mei lepas ada lah hari percutian kami sekeluarga, dah lama kami rancang untuk bersama sama bercuti dan juga sempena menyambut hari kelahiran ketiga2 putri kami yang lahir pada bulan Mei.Namun kami merancang tapi Allah yang tentukan semuanya, putri bongsu saya tak dapa menyertainya kerana sedang menghadapi peperiksaan akhir .Alhamdulilah dia lebih pentingkan peperiksaan daripada percutian...ni bagi menentukan untuk dia melangkan ke peringkat Ijazah.Tarikh lahir putri bungsu saya betul2 pada 01 Mei.....sempena cuti hari buruh.....apa pun selamat ulang tahun sayang.


Lokasi percutian kami ada lah di hotel Grand Lexis Port Dickson Negeri Sembilan.....memang seronok sangat2 rasa2 pasti akan kesini lagi jika ada rezeki ...Inshallah.


Disetiap bilek terdapat sebuah swimming pool walau pun kecil cukup puas.....tanpa ada gangguan mata dari khalayak ramai..hehehe.Walau pun ada swimming pool untuk tetamu hotel tapi kami sekeluarga lebih selesa guna pool yang dalam bilek saja.


Persekitaran hotel ni memang bersih..........layanan pun memang terbaiklah! cukup puas hati.


Swimming pool yang setinggi 4 kaki saya...............apa pun ok lah senang nak urus anak2 kecil bermandi manda dengan diawasi ahli keluarga.Bagi keluarga besar kami.....2 bilek sangat selesa.


Pemandangan dari dalam bilek tidur.


Qeestina ni suka sangat lepak dibilek kami.......lama tak jumpa rindu katanya!


Kalau pasal posing pastinya bagi kat budak berdua ni......


Qeestina dilobby hotel


Shasha....pun dah terikut gaya adiknya.

CHOCOLATE CHIPS DAN KEK LAPIS UNTUK MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT


Selepas bercuti di Port Dickson kami memang rancang nak buat tahlil untuk kedua ibu bapa saya dan juga kedua ibu bapa mertua saya di Indahpura Kulaijaya. Saya buat door gifts untuk para tetamu saya lakukan sebelum pulang bercuti ke Indahpura, maklumlah anak2 semua berkerja jadi tak mahu menganggu tugas mereka.


Chocolate chips biskut dan beberapa kek lapis untuk tetamu selain sepasang kain pelikat dan kain batek dan senaskah surah Yassin. Kerana terlalu sibuk sampaikan tak sempat merakamkan acara malam tu.......masing2 lupa terkilan rasanya.Apa pun Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancarnya.


Biskut Coklat Chip


Kek Lapis choklat cheese


Kek Lapis Pandan


Kek Lapis Prune


Kek Lapis Coklat Cadbury