Saturday, October 23, 2010

ULANG TAHUN YANG PERTAMA ADEQ DAN NINE

 

Cupcake dan chocolate (maaf tak ada dalam gambar) ditempah olih Adeq untuk ulangtahun perkhawinan nya yang pertama dengan suami tersayang Zulkarnain bin Mohd Said. Happy Anniversary untuk Adeq dan Nine
semuga dipanjangkan jodoh kekal bahagia hingga keakhir hayat.....Amin!. Adeq ni seorang yang pemalu....nak tulis perkataan2 berbunga pun agak keberatan apa2 pun jangan malu nak luahkan perasaan kasih mahupun sayang pada suami sendiri ya.Terima kasih Adeq sudi tempah dengan auntie nampaknya rancangn nak buat kejutan buat Nine tak menjadi......dia outstations.

CHOCOLATE CUPCAKE.............. KILLAH


Chocolate cupcake tempahan dari kawan Killah. Kira2 Kilah ni orang perantaraan lah ni.....ooopp! sori
Kilah anyway terima kasih kerana bersusah payah memperomosikan bisnes kecil kami kepada kawan2. Dan kepada para pelanggan setia mahu pun pelanggan yang kebetulan saja mohon maaf jika ada kekurangan dan minta ampun jika ada yang tak puas hati maklum lah kita ni manusia biasa tak lari dari kesilapan.

BUTTER CAKE LAGI


Pure butter masih ada lagi dalam peti sejuk  fikir punya fikir nak buat apa untuk minum petang ni terlintas pula butter cake yang dah lama tak buat so masuk dapur godeh2 bahan yang dah sedia ada maka terlaksana lah hajat kudapan petang ni. So layan lah gambar butter cake yang enak ni..........


CHOCOLATE CHIP COOKIES


Assalamulaikum agak terlewat juga siaran ni maklumlah sibuk sejak beberapa minggu ni mencari rumah sewa atau service appartment kat Kuala Lumpur.Hubby dah pun lapur kerja di KLCC namun rumah masih lagi lum dapat....pening kepala dibuatnya...kalau ada rakan2 blogger yang ada yang nak sewa kan rumah atau dengar2orang nak cari penyewa leh lah call saya ya...yang nak duduk cuma saya dan hubby saja. Kat atas ni buat chocolate chip untuk makan bersama keluarga.....buat kudapan aja.

Thursday, October 14, 2010

100 FANCY COOKIES DATIN NARIMAH



Syukur Alhamdulilah rezeki yang Tuhan berikan kepada ku.... Amin!,.akan ku kongsi bersama keluarga kerana dengan sokongan anak2 dan suami aku masih disini untuk meneruskan minat ini. Kata orang bukan bakat saja perlu ada, malah minat turut memainkan peranan...kalau tak minat bakat tak dapat diasah untuk memperbaiki segala kesilapan yang ada. InshALLAH apa2 juga yang berlaku dimasa2 mendatang akan ku jadikan satu cabaran. Fancy cookies ni adalah tempahan dari Datin Narimah jiran kepada Ahmad Fakrrul terima kasih kerana sudi menempahnya. Harapan saya Datin berpuas hati dengan kerjatangan saya dan jika ada kekurangan mohon dimaafkan ya.




Monday, October 11, 2010

APA KES NI.......TERKURUNG ATAU CUBAAN UNTUK ...........


Ini lah gelagat Natashah dan Qeestina....tak dapat bermain diluar.....demi keselamatan lebih baik pintu pagar tu dikunci....lagi selamat.

HAPPY BIRTHDAY DURRA