Tuesday, October 23, 2012

DAH LAMA MENYEPI!!!!!!


Salam semua, apa kabar? sedih sangat tengok blog saya yang dah berserawang, habuk sana sini tak sempat nak buat operasi pembersihan.Maaflah jika yang dtg mengjenguk kesini hampa tak ada cerita baru yang dapat dikongsi.Hampir 2 bulan sepi tanpa berita....ini disebabkan saya sibuk berpindah dari Lumut Perak.......  balek ke Indahpura Kulaijaya.Belum pun habis cuti dua bulan En Suami terpaksa melapurkan diri untuk memulakan tugas baru di Petronas Kuala Lumpur.Berpindah lah saya ke Kuala Lumpur pulak dan sekarang ni duduk di Mutiara Bukit Jalil.Mungkin jauh untuk En Suami ketempat kerja tapi kami dapat berkumpul dengan anak saya yang berkerja di Standard Charterd Bukit Jalil.


Lagipun kesihatan saya belum pulih sepenuhnya.......maklumlah diusia emas ni banyak sangat sakit yang sudi menyinggah, semoga terhapus sedikit dosa2 kecil yang di tanggung.Apa pun jom tengok apa yang saya masak ni.......nasi daging, kari ayam dan acar timun.


Kari Ayam.....kegemaran keluarga saya


Mudah dan ringkas acar timun

Apa pun jangan sisihkan blog saya ni k....dan pada yang sudi bertandang terima kasih saya ucapkan, saya akan cuba mengemaskini N3 terkini untuk tatapan saya sekeluarga semoga ianya akan menjadi kenangan terindah buat kami.Walaupun blog saya bukan blog yang tersohor namun ia tetap tersemat dihati ini.

Wednesday, August 29, 2012

PAVLOVA UNTUK TETAMU DI HARI RAYA.......


 Yang ringkas dan mudah!........ada tetamu yang akan datang kerumah selain nasi tomato yang dimasak Pavlova juga menjadi  hidang penyeri pada hari tu.

ADIK BERADIK SAYA.......BERRAYA




Tahun ini saya dan keluarga berhari raya dirumah kami di Indahpura......tahun lepas kami beraya di Venice, hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri...baiklah diiii....oopss! maaf ya En Suami terlupa pula awak orang Perak!.Kami berkumpul adik beradik selepas sembahyang hari raya, adik beradik saya terdiri daripada 9 orang perempuan dan seorang lelaki.Gambar atas ni group yang pertama yang datang kerumah.....gamat dengan anak cucu!!!


Gambar ni  kekuarga saya bersama keluarga Abang dan kak yang keenam bersama keluarga masing2.
Yang tak bolih tahan masing2 posing dengan gaya tersendiri.......


Bergambar bersama adik2 perempuan dengan kakak sulung dan abang ipar.


Keluarga anak sulung saya dengan gaya tersendiri...

     
      

Monday, August 27, 2012

EID MUBARAK 2012 DI INDAHPURA


Tuan rumah bergaya di hari raya........bersama En Suami


Gambar bersama anak2 kami....Mohd Idham Khaleed, Yesmin Ami, Danizad Ami dan Nabeela Ami


Bersama cucu2 tersayang........gembira di pagi raya.


Gambar kami sekeluarga termasuk menantu dan cucu2


Bersama cucu Muhamad Isa'd, Natasha Balqees dan Izz Qeestina Balqees


Qeestina seronok dapat duit raya dari Yesmin.......muka happy!


Hai! tuan rumah pun dapat duit raya juga ke?....duit raya dari anak2 yang dah berkerja.




Anak lelaki saya bersama keluarganya.

MAKEOVER UNTUK HARI RAYA!







HADIAH ULANGTAHUN PERKHAWINAN YG KE 31 TAHUN


Masa ulang tahun perkhawinan yang ke 31 tahun bulan lepas En Suami betul2 membuat kejutan dengan memberi hadiah yang pastinnya tidak saya sangka.Hadiah yang paling berharga........maklumlah saya bukan orang yang suka pada barang kemas.Apa pun terima kasih banyak2 .......usia emas perkhawinan kami pasti hadiahnya emas juga nilainya.


Didalamnya biarlah rahsia!

BERBUKA PUASA DI FULLHOUSE JLN YAP KWAN SENG


N3 tertangguh lagi........ apa pun kita layan gambar ajalah sewaktu berbuka di Fullhouse