Friday, April 9, 2010

HADIAH ULANG TAHUN PERKHAWINAN KHADIJAH BUAT SUAMI TERSAYANG

Tanggal 07 April Khadijah dari Taman Puteri Kulaijaya minta saya buatkan cupcake dan chocolate untuk dihadiahkan kepada suaminya sempena ulangtahun perkhawinan mereka yang ke 3 pada keesokan harinya. Tak sampai hati nak menolaknya lagi pun bahan2 semuanya ada dirumah fondant sudah diuli hanya kek saja yang perlu dibakar. Apa2 pun chocolate dulu
saya siapkan.


Tema yang diminta berunsur kasih sayang .Saya cuba penuhi permintaanya, agar apa yang saya ilhamkan ini memenuhi citarasanya.
Berkat tunjuk ajar dan semangat yang sifu saya berikan saya beranikan diri melaksanakan tempahan yang saya diterima. Terima kasih Comel! tak lokek mencurahkan ilmu dan pemankin
semangat serta seorang yang kreatif.

Cupcake yang sudah siap untuk dihantar kepejabat En Abdul Rahman.....rupa2nya
ini hadiah surprise buatnya dari isteri tersayang. Terkejut besar dia! siap tanya siapa yang
beri lagi.....Aduh! terlupa saya nak snap gambar chocolate, pagi tu agak kalu sikit sebab pada masa yang sama saya ada urusan diluar. Maaf ya Khadijah.

No comments:

Post a Comment