Friday, July 8, 2011

MAKAN TENGAHARI YANG MENYELERAKAN


Blog saya kini agak berserabut sebab terpaksa buat sendiri baik edit gambar up date blog maupun jurugambar semuanya buat sendiri..........merngakak juga maklum di usia emas baru kenal dengan IT. Zaman saya dulu2 mana ada komputer mahupun lap top........ni lah terkial2 juga nak belajar nak minta tolong anak2 dia orang jauh kat selatan, nasib badan.Kalau ada yang tak betul tu dari segi penyusunan gambar mahu pun bahasa yang lintang pukang harap maklum.

Di Lumut ni memang tempat membuka selera, sebabnya ikan, udang , sotong mahu pun kerang semuanya fresh belaka. Udang masak lemak ni udang yang ditangkap dilaut rasanya manis sekali....lebih2 lagi ikan kembung goreng memang best. Terbaik dari laut.

Menu makan tengahari saya hari ni tak ada sayur cuma udang masak lemak dan ikan kembung goreng, itu sudah cukup membuka selera kami berdua.

No comments:

Post a Comment