Sunday, July 29, 2012

JUADAH BERBUKA PUASA SEMALAM


Ayam panggang bersama black papper sauce

Juadaah berbuka puasa kami semalam agak meriah sikit......selalunya kami makan bertiga saja, tapi semalam seorang lagi anak saya pulang bercuti hujung minggu...ramai lah sikit.Dari awal puasa dia selalu sebut nak makan murtabak sardin, saya buat tak dengar saja malas nak layan.Tapi semalam tak sampai hati pula bila dia sebut lagi pasal murtabak sardin, teringat jauh2 dia dtg kesini memandu seorang2.... tak sanggup nak menghampakanya.Hati seorang ibu.....saya pun uli empat ketul roti canai......cukup untuk dua keping murtabak sardin.Tersentuh hati saya bila dia kata puas dapat makan murtabak ni.....rindu sangat2.


Murtabak sardin


Sambal tumis udang, sayur pucuk paku masak lemak dan ikan kembong goreng


Pudding caramel


Sirap longan........yang kurang warna merah

Saturday, July 28, 2012

NASI TOMATO


Semalam kami berbuka puasa dengan nasi tomato.....menu pilihan ni memang kesukaan dan kegilaan anak bongsu saya.Kita layan gambar saja lah.......dah penat masukkan N3 yang dah lama tertangguh.


Nasi tomato


Ayam masak merah


Acar darat

KELAS TALAM DENGAN ANNA


Bila bercuti saya akan cari peluang mengahdiri kelas membuat kek dan sewaktu denganya.Kali ni saya berpeluang menimba ilmu dengan Anna yang memang pakar membuat talam di Johor.Anna seorang yang tidak lokek ilmu, senag belajar denganya.Rata2 kelas hari ni ramai terdiri dari warga pendidik....cikgu pun dah pandai cari duit sampingan.Selain dapat ilmu mereka pun dapat pendapatan sampingan dengan menjual kuih .


Yang berbaju biru tu cik gu talam kami....saya kenal Anna dah lama juga sewaktu sama2 pergi belajar buat kek fondant.Baru sekarang berkesempatan menimba ilmu dengannya.Terima kasih Anna menurunkan segala ilmu yang ada pada kami.


Koleh Kacang......memang umphhh!


Talam Marmar


Seri Muka


Talam Keladi


Talam Daging Berlauk


Bingka Jagung

YANG SAKIT DAN YANG SIHAT


Siapa yang sakit ni?


Tak tahu lah siapa yang sakit.....en suami sepatutnya membuat pemeriksaan di hospital Pantai Ipoh.Tapi memandangkan saya hanya tinggal berdua saja dengan Putri bongsu saya di sini ,dia membuat keputusan untuk ke Hospital Sri Manjung.Jangkaan en suami dia pasti ditahan di wad tepat sekali....bersyukur juga saya kerana mudah untuk kami berulang ke hospital utk melawat.Kalau lah dia membuat rawatan di  Pantai Medical Center Ipoh...manalah saya nak cari tempat penginapan.


Baru satu hari  En Suami ditahan diwad dah macam orang sakit teruk.....dan yang bongsu ni dia pulak macam dia yang sakit pulak.....kita bawa makan untuk papa ,dia yang makan lebih2. Siapa yang sakit ni?....papa or adik.

WAJAH BARU


Rumah berwajah baru.....sempat juga membetulkan rumah apa yang patut maklum lah dah hampir dua tahun kami merantau mencari rezeki.Bila pulang bercuti pasti mencari peluang membersihkan rumah walaupun tanah yang ada hanya sekangkang kera.


Saya beruntung kerana besan saya yang mengecat rumah kami.......taklah terlalu mahal kalau mengupah kontraktor cina.Dari segi warna saya yang pilih...tapi yang keluarkan ongkosnya pastilah en suami.


Pandangan hadapan rumah yang masih belum dicat sepenuhnya.


Pandangan sisi rumah.....lot tepi tapi tanah tak lah luas cukup untuk anak cucu berlari2.


Sempat juga saya membersihkan rumput yang dah agak panjang....walau pun hujan semangat berkobar2 untuk menyiapkan kerja.Maklumlah keesokan harinya kami akan pulang ke Lumut, sebelum pulang kami akan pastikan kerja2 siap sepenuhnya.


Rumput siap dicabut barulah nampak batu2 hiasan ni, kalau tidak batu2 habis ditutupi dengan rumput.Ini lah kerja2 yang akan saya lakukan.....maklumlah tak ada gardener.Banyak pokok2 bunga saya  habis mati tak terjaga.....tuan rumah dah duduk jauh katakan.


Pokok yang masih ada ibarat hidup segan mati tak mahu kata orang.......alahai kesianya pokok2 ni, sempat juga saya tabur baja.Moga bila pulang nanti ianya hidup subur......Amin.

ILMU YANG SEMPAT DITIMBA


Sewaktu balek bercuti tempoh hari saya sempat menimba ilmu, mempelajari beberapa kek terkini.Apa pun layang gambar saja k, tuan rumah tak sanggup berceloteh panjang dibulan puasa ni...tak larat!


Royal Caramel


Double Indulgence Chocolate Cake


White Chocolate Macadamia


Pecan Heavan

HARI KELUARGA KPOC


N3 yang lama tertangguh, hari keluarga KPOC di Sunway Lagoon....sebelum pulang bercuti ke Johor Baharu kami sempat menyertai hari keluarga yang diadakan olih syarikat tempat en suami berkerja.Hari keluarga yang betul2 happening...apa pun layang gambar aja lah malas nak cerita panjang2.

 Muka Qeestina yang telah disolek




En suami berkaraoke




Qeestina 

MEE HOON SOTO


Kebiasannya kalau buat soto mesti pakai nasi empit tapi sejak kebelakangan ni rata2 orang makan soto dengan mee kuning dan mee hoon saja.Bagi kami sekeluarga mee dan mee hoon adalah pilihan yang paling sesuai dan mudah untuk menyediakan.


Bergedil daging sebelum digoreng.


Mee hoon pilihan saya dan mee pilihan en suami


Bergedil daging yang siap digoreng

JUADAH BERBUKA PUASA


Wah! memang dah berserawang blog saya ni maklumlah saya masih belum betul2 sihat .Apa pun saya akan cuba untuk memasukan beberapa aktiviti cuti yang saya penuhi dengan menghadiri kelas membuat kek dan talam.N3 kali nak saya akan penuhi dengan menu juadah berbuka puasa kami bertiga, tidaklah istimewa cuma makanan biasa2 saja.


Sejak kebelakangan ni saya masak lauk yang bening2 aja (sop) maklumlah tak sihat tapi tak sampai hati nak heret en suami dan puteri bongsu saya makan makanan orang sakit....kesiankan. Sejak duduk disini (perak)
susah nak cari orang jual roti jala dan kari ayam yang sedap!. Walaupun tak sihat saya sempat masakkan mereka roti jala dan kari ayam.


Roti jalan yang tak berapa nak comel.........tapi tetap sedap dihati mereka berdua,atau nak jaga hati saya kot!.Manalah tahu kalau cakap tak sedap nanti saya tak nak masak pula.


Kali ni buat tak banyak dua cawan saja...cukuplah untuk kami bertiga.


Menu untuk orang sakit.....sayur campur aja, makan dengan nasi panas memang menyelerakan.Makanan yang pedas2 perut saya dah tak bolih nak terima....berguling2 tak bolih tidur.... sakit perut.


Air sirap bandung dan puding kastard.Minumam wajib untuk saya sejak sakit ni Yakult....sekurang2nya tiga botol satu hari .

Wednesday, July 18, 2012

MOUSSAKA




Salam bersiaran semula setelah agak lama menyepi diri......masalah kesihatan dan dilanda kemalasan yang menebal.N3 kali ni sebenarnya dah agak lama saya buat cuma tak sempat nak masukkan kedalam blog ni.Sewaktu jalan2 ke blog mengunyah milek Yesmin Sanusi saya terpikat dengan Moussaka lantas minta kebenaran dengan tuan punya blog nak kongsi resepi ni di sini.Alhamdulilah saya dah pun dapat kebenaran dari nya....terima kasih daun keladi .


Kali pertama saya buat En Suami suka sangat katanya Moussaka ni memang sedap!......tak pernah saya tengok dia makan berulang kali.Dan sekarang dah jadi favourite kami sekeluarga......Inshallah bulan puasa ni pasti jadi salah satu menu untuk kami berbuka puasa nanti.




Isi daging yang siap dimasak


Kentang yang telah direbus dan dihiris bulat bulat.......tebal lah pulak!


Sos Putih

  
Cheddar cheese yang siap diparut


Terung dihiris bulat2 dan digoreng

MOUSSAKA

Bahan2nya:
Minyak untuk menumis
2 biji terung dipotong bulat
600 gm kentang dikupas

Untuk Isi Daging

1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih
600 daging kisar 
herbs, thyme marjoram atau guna italian herbs
400 gm tomato hiris dalam tin atau tomato segar dicincang
2 sudu tomato puree atau tomato sos
1 sudu oyster sos
gula,garam dan lada putih secukup rasa

Untuk Sos

600 ml susu segar 
60 m butter
50 gm tepung gandum
150 gm cheese cheddar atau yang sesuai untuk ditabur

Cara- caranya

1. Goreng terung dengan minyak sedikit sampai separuh masak.Kentang direbus sebiji-sebiji dan apabila masak angkat dan dihiris bulat-bulat.
2.Tumis bawang puti dan bawang besar dan masukkan daging dan kacau sebentar, masukkan tomato hiris, puri herbs dan sos tiram.Kacau lagi dan sekirannya agak kering tambah sedikit air, masak hingga daging agak lembut.Masukkan garam, gula dan lada putih ikut rasa.

Cara penyedian sos putih

Panaskan susu sebentar, dalam kuali lain cairkan butter dan masukkan tepung gandum kacau selama 2 minit dan masukkan susu sedikit-sedikit kacau hingga pekat saperti whipped cream. Tambah garam dan lada putih.

Panaskan oven pada suhu 180C, sapu butter pada permukaan loyang pembakar.Tuang isi daging, kemudian lapis dengan kentang, diikuti terung dan ulang hingga habis.Lapisan akhir tuang soso putih diatasnya.Kemudian taburkan dengan cheese yang telah diparut tadi.Bakar selama 40 minit dan untuk 5 minit terakhir naikkan suhu kepada 200C untuk menggaringkan cheese diatasnya.


Walaupun proses nya agak rumit tapi hasilnya memang terbaik!....sedap!