Rumah berwajah baru.....sempat juga membetulkan rumah apa yang patut maklum lah dah hampir dua tahun kami merantau mencari rezeki.Bila pulang bercuti pasti mencari peluang membersihkan rumah walaupun tanah yang ada hanya sekangkang kera.
Saya beruntung kerana besan saya yang mengecat rumah kami.......taklah terlalu mahal kalau mengupah kontraktor cina.Dari segi warna saya yang pilih...tapi yang keluarkan ongkosnya pastilah en suami.
Pandangan hadapan rumah yang masih belum dicat sepenuhnya.
Pandangan sisi rumah.....lot tepi tapi tanah tak lah luas cukup untuk anak cucu berlari2.
Sempat juga saya membersihkan rumput yang dah agak panjang....walau pun hujan semangat berkobar2 untuk menyiapkan kerja.Maklumlah keesokan harinya kami akan pulang ke Lumut, sebelum pulang kami akan pastikan kerja2 siap sepenuhnya.
Rumput siap dicabut barulah nampak batu2 hiasan ni, kalau tidak batu2 habis ditutupi dengan rumput.Ini lah kerja2 yang akan saya lakukan.....maklumlah tak ada gardener.Banyak pokok2 bunga saya habis mati tak terjaga.....tuan rumah dah duduk jauh katakan.
Pokok yang masih ada ibarat hidup segan mati tak mahu kata orang.......alahai kesianya pokok2 ni, sempat juga saya tabur baja.Moga bila pulang nanti ianya hidup subur......Amin.
No comments:
Post a Comment