Sunday, May 13, 2012


Tak tahu pula sekarang ni musim durian di Perak ni sepanjang tahun agaknya ada saja durian dijual disana sini. Kalau dah memang hantu durian pantang jumpa pasti nak beli......kalau dah beli pasti lah nak makan dan kalau dah makan tak ingat dunia....apa lagi berat badan pun bertambah.....nasib badan!.


Kalau dah buahnya memang cantik begina siapa yang sanggup tenguk saja kan!.....tak banyak pun en suami beli adalah 2 biji untuk saya makan.Apa pun terima kasihlah bila nampak durian nampak saya.



Entahlah dah agak lama tak up date blog saya ni.....sibuk tugas harian , bercuti dan juga kemalasan melanda diri. Hari ni kiranya marathon nak up date semua aktivit saya yang saya tak sempat masukkan kedalam blog  ni untuk di simpan sebagai kenangan. Dalam sibuk2 nak bercuti ada pula sahabat yang tempah buat cheese brownies, mula2 saya tolak maklumlah esuknya nak pergi bercuti sibuk menyiapkan makanan untuk dibawa sebagai bekalan.Tapi tak sampai hati pula.......nak menghampakan harapan orang, siap juga brownies ni apa pun feedback yang saya terima memang sedap katanya.....terima kasih Nor.


Cheese Browbies yang siap untuk diambil.


Dalam sibuk2 tu dapat juga buat chiffon cupcake untuk diberi pada anak2 teman2 saya......akibat terlalu sibuk dan tak perasaan cupcake ni terlebih masa membakarnya......nampak garing sikit dibahagian atasnya....apa pun setiap pemberian mestinya ikhlas.


Siap cupcake ni saya terus masak rendag ayam Perak dan sambil tumis ikan bilis untuk dibawa sewaktu bercuti di Grand Lexis Port Dickson.Percutian ni dah lama kami rancang bersama untuk menyambut hari lahir ketiga2 putri kami yang jatuh pada bulan Mei.


Rendang Ayam Perak.......menjadi kegemaran anak2 saya menu wajib untuk dibawa sewaktu bercuti.


Sambal tumis ikan bilis salah satu menu wajib juga......berseleran lah nampaknya makan nanti,bertambah2 berat badan masing2 .


Saturday, April 21, 2012

BUTTERSCOTH SAUCE


Wow! siap sudah sos butterscotch saya, plan nak buat biskut choklat chip......biskut ni saya nak buat sebagai door gifts untuk Majlis Tahlil dan doa selamat yang akan saya adakan di rumah saya di Johor Baharu.


Resepi ni saya dapat daripada blog Zack......akak mohon Zack halalkan ya!Saya dah rasa sos ni memang sedap dan terbaik.Sebenarnya dah goggle resepi ni tapi malas nak susah2kan diri cari jalan mudah pergi ke blog Zack...terima kasih banyak2 .


Saya rasa kalau nak buat Butterscotch Cheesecake pun memang rasanya pasti terbaik!....Satu idea yang bagus bolih RND nampaknya.

COCO CHEESE LAYERED CAKE


Buat kek lapis ni bukan lah susah sangat cuma nak melapis tu aja yang lambat sikit, rasa memang sedap. Ataupun siapa yang membuat kek lapis ni kira nya orang tu memanglah rajin!!....sanggup tunggu berjam2 lah juga.Maklumlah pakai oven biasa aja...kalau buat berniaga tu memanglah guna oven yang special kan dua tiga biji kek bolih masuk dalam satu masa.


Kek ni dari segi rasanya memang sedap....adunan yang bersertakan cheese pulak tu susah mahu cerita.Dulu2 saya memang buat berniaga kek lapis....mungkin ada diantara rakan2 blogger yang belum lahir lagi masa tu.Kek lapis saya yang famous sekali pada masa tu Kek Lapis Betawi dan Kek Lapis Surabaya tak menang tangan lah, maklumlah pada masa tu tak ramai yang buak biz kek lapis dan tak ada oven yang canggih macam sekarang ni.


Bila dah duduk berdua saja dengan en suami di sini......banyak masa lapang yang terluang so saya buat balek hobis masa muda2 dulu.Tapi bukanlah nak buat biz ianya lebih kepada suka2 saja daripada tak buat apa2 lebih baik saya sibuk kan diri.Inshallah jika ada masa dan terlebih rajin nanti saya akan tulis resepinya.

GAYA DAN CARA SAYA


Cara dan gaya saya buat mee sup yang simple2 aja......daun sup pun tak ada, tapi rasanya memang terbaik! itu kata suami saya.Siapa lagi nak puji kan kalau bukan en suami....kalau tak sedap pasti mogok seminggu tak masak, mahu dia makan kat luar seminggu...sanggup!!! hahaha .


Walau pun simple aja rasa tetap sedap.....saya hanya guna halia, bawang putih dan bawang merah sedikit aja dan titik2 aja tumis dengan sedikit minyak (saya guna minyak jagung)....lepas tu masukkan air rebusan daging.


Bahan hiasan saya gunakan hirisan lada merah dan cili padi dan bawang goreng saja.....terkilan sedikit tak ada daun sadri hiris.....so kuranggg mengancam.

PAVLOVA LAGI DAN LAGI


Kali ni buat Pavlova kerana tak mahu membazirkan putih telor dan buah2an yang tersimpan dalam peti sejuk.Daripada membazir lebih baik saya buat sesuatu untuk dimakan dan yang terlintas dikepala hanya Pavlova . Saya buat pun bukan kami nak makan buat untuk diberi pada budak budak dipejabat en suami.


Hari ni kurang mengancam sikit kerada ketiadaan buah markisa dan buah kiwi.......saya suka buah2an yang berwarna warni.


Walau pun kurang mengancam tapi tetap habis.

Thursday, April 19, 2012

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE


Ini kali kedua saya buat cupcake ni....yang kali pertama tak sempat nak tangkap gambar....... bendanya dah habis dimakan. Hokkaido Chiffon cupcake ni saya ambil rasepinya dari rakan blogger yang pernah buat , memang sedap ,gebu dan tidak terlalu manis.Kepada yang sudi kongsi rasepi ni saya mohon halalkan ya dan yang belum pernah buat dan teringin membuatnya saya akan cuba menulis resepi dibawah nanti.


Tapi kali ni saya buat kastard nya sekali untuk di paipkan ditengah2 gunung berapi yang hampir merekah tu.Sebagai hiasan saya letakkan chocolate saja.....kalau nak letak buah2an pun ok juga, ikut kesukaan masing masing.


Kalau tak silap saya resepi ni saya ambil dari blog Yummy Bakes dan Nasi Lemak Lover......terima kasih banyak banyak. Dan tiga perempat daripada cupcake ni saya sedekahkan ke pejabat en suami...jangan membazirkan.


Ini yang belum di make up kan.

Hokkaido Chiffon Cupcake
A
4 biji kuning telor
70 gm gula kastor
1 tsp essence vanilla
80 ml susu segar
60 ml minyak jagung
135 gm tepung cake
4 gm baking powder
B
6 aputih telor
50 gm gula kastor

1. Panaskan oven 180 C
2. Atur acuan cupcake
3.Pukul kning telor dan gula hingga pucat warnanya dgn menggunakan senduk kayu saja.
4.Masukkan essence vanilla
5.Masukkan susu kacau lagi dan masukkan minyak jagung dan terus dikacau hingga sebati.
6. Masukkan tepung dan kacau sebati
7. Dalam manggkuk berasingan pukul putih telur dan gula hingga sederhana kental.
8.Ambil 1/3 bahagian putih telur kedalam adunan kuning telur tadi kacau rata.
9. Terus kacau selebihnya adunan putih telur kedalam adunan tadi.
10. Masukkan adunan kedalam acuan cupcake 3/4 penuh.
11.Bakar selama 20 - 25 minit hingga masak.

*Masukkan adunan Kastard kedalam piping bag dan pancit kastard kedalam cupcake dan hias ikut suka.