Sunday, May 13, 2012

PERCUTIAN KELUARGA DI GRAAND LEXIS PERT DICKSON


Pada 29 Mei lepas ada lah hari percutian kami sekeluarga, dah lama kami rancang untuk bersama sama bercuti dan juga sempena menyambut hari kelahiran ketiga2 putri kami yang lahir pada bulan Mei.Namun kami merancang tapi Allah yang tentukan semuanya, putri bongsu saya tak dapa menyertainya kerana sedang menghadapi peperiksaan akhir .Alhamdulilah dia lebih pentingkan peperiksaan daripada percutian...ni bagi menentukan untuk dia melangkan ke peringkat Ijazah.Tarikh lahir putri bungsu saya betul2 pada 01 Mei.....sempena cuti hari buruh.....apa pun selamat ulang tahun sayang.


Lokasi percutian kami ada lah di hotel Grand Lexis Port Dickson Negeri Sembilan.....memang seronok sangat2 rasa2 pasti akan kesini lagi jika ada rezeki ...Inshallah.


Disetiap bilek terdapat sebuah swimming pool walau pun kecil cukup puas.....tanpa ada gangguan mata dari khalayak ramai..hehehe.Walau pun ada swimming pool untuk tetamu hotel tapi kami sekeluarga lebih selesa guna pool yang dalam bilek saja.


Persekitaran hotel ni memang bersih..........layanan pun memang terbaiklah! cukup puas hati.


Swimming pool yang setinggi 4 kaki saya...............apa pun ok lah senang nak urus anak2 kecil bermandi manda dengan diawasi ahli keluarga.Bagi keluarga besar kami.....2 bilek sangat selesa.


Pemandangan dari dalam bilek tidur.


Qeestina ni suka sangat lepak dibilek kami.......lama tak jumpa rindu katanya!


Kalau pasal posing pastinya bagi kat budak berdua ni......


Qeestina dilobby hotel


Shasha....pun dah terikut gaya adiknya.

CHOCOLATE CHIPS DAN KEK LAPIS UNTUK MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT


Selepas bercuti di Port Dickson kami memang rancang nak buat tahlil untuk kedua ibu bapa saya dan juga kedua ibu bapa mertua saya di Indahpura Kulaijaya. Saya buat door gifts untuk para tetamu saya lakukan sebelum pulang bercuti ke Indahpura, maklumlah anak2 semua berkerja jadi tak mahu menganggu tugas mereka.


Chocolate chips biskut dan beberapa kek lapis untuk tetamu selain sepasang kain pelikat dan kain batek dan senaskah surah Yassin. Kerana terlalu sibuk sampaikan tak sempat merakamkan acara malam tu.......masing2 lupa terkilan rasanya.Apa pun Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancarnya.


Biskut Coklat Chip


Kek Lapis choklat cheese


Kek Lapis Pandan


Kek Lapis Prune


Kek Lapis Coklat Cadbury

Tak tahu pula sekarang ni musim durian di Perak ni sepanjang tahun agaknya ada saja durian dijual disana sini. Kalau dah memang hantu durian pantang jumpa pasti nak beli......kalau dah beli pasti lah nak makan dan kalau dah makan tak ingat dunia....apa lagi berat badan pun bertambah.....nasib badan!.


Kalau dah buahnya memang cantik begina siapa yang sanggup tenguk saja kan!.....tak banyak pun en suami beli adalah 2 biji untuk saya makan.Apa pun terima kasihlah bila nampak durian nampak saya.



Entahlah dah agak lama tak up date blog saya ni.....sibuk tugas harian , bercuti dan juga kemalasan melanda diri. Hari ni kiranya marathon nak up date semua aktivit saya yang saya tak sempat masukkan kedalam blog  ni untuk di simpan sebagai kenangan. Dalam sibuk2 nak bercuti ada pula sahabat yang tempah buat cheese brownies, mula2 saya tolak maklumlah esuknya nak pergi bercuti sibuk menyiapkan makanan untuk dibawa sebagai bekalan.Tapi tak sampai hati pula.......nak menghampakan harapan orang, siap juga brownies ni apa pun feedback yang saya terima memang sedap katanya.....terima kasih Nor.


Cheese Browbies yang siap untuk diambil.


Dalam sibuk2 tu dapat juga buat chiffon cupcake untuk diberi pada anak2 teman2 saya......akibat terlalu sibuk dan tak perasaan cupcake ni terlebih masa membakarnya......nampak garing sikit dibahagian atasnya....apa pun setiap pemberian mestinya ikhlas.


Siap cupcake ni saya terus masak rendag ayam Perak dan sambil tumis ikan bilis untuk dibawa sewaktu bercuti di Grand Lexis Port Dickson.Percutian ni dah lama kami rancang bersama untuk menyambut hari lahir ketiga2 putri kami yang jatuh pada bulan Mei.


Rendang Ayam Perak.......menjadi kegemaran anak2 saya menu wajib untuk dibawa sewaktu bercuti.


Sambal tumis ikan bilis salah satu menu wajib juga......berseleran lah nampaknya makan nanti,bertambah2 berat badan masing2 .


Saturday, April 21, 2012

BUTTERSCOTH SAUCE


Wow! siap sudah sos butterscotch saya, plan nak buat biskut choklat chip......biskut ni saya nak buat sebagai door gifts untuk Majlis Tahlil dan doa selamat yang akan saya adakan di rumah saya di Johor Baharu.


Resepi ni saya dapat daripada blog Zack......akak mohon Zack halalkan ya!Saya dah rasa sos ni memang sedap dan terbaik.Sebenarnya dah goggle resepi ni tapi malas nak susah2kan diri cari jalan mudah pergi ke blog Zack...terima kasih banyak2 .


Saya rasa kalau nak buat Butterscotch Cheesecake pun memang rasanya pasti terbaik!....Satu idea yang bagus bolih RND nampaknya.

COCO CHEESE LAYERED CAKE


Buat kek lapis ni bukan lah susah sangat cuma nak melapis tu aja yang lambat sikit, rasa memang sedap. Ataupun siapa yang membuat kek lapis ni kira nya orang tu memanglah rajin!!....sanggup tunggu berjam2 lah juga.Maklumlah pakai oven biasa aja...kalau buat berniaga tu memanglah guna oven yang special kan dua tiga biji kek bolih masuk dalam satu masa.


Kek ni dari segi rasanya memang sedap....adunan yang bersertakan cheese pulak tu susah mahu cerita.Dulu2 saya memang buat berniaga kek lapis....mungkin ada diantara rakan2 blogger yang belum lahir lagi masa tu.Kek lapis saya yang famous sekali pada masa tu Kek Lapis Betawi dan Kek Lapis Surabaya tak menang tangan lah, maklumlah pada masa tu tak ramai yang buak biz kek lapis dan tak ada oven yang canggih macam sekarang ni.


Bila dah duduk berdua saja dengan en suami di sini......banyak masa lapang yang terluang so saya buat balek hobis masa muda2 dulu.Tapi bukanlah nak buat biz ianya lebih kepada suka2 saja daripada tak buat apa2 lebih baik saya sibuk kan diri.Inshallah jika ada masa dan terlebih rajin nanti saya akan tulis resepinya.

GAYA DAN CARA SAYA


Cara dan gaya saya buat mee sup yang simple2 aja......daun sup pun tak ada, tapi rasanya memang terbaik! itu kata suami saya.Siapa lagi nak puji kan kalau bukan en suami....kalau tak sedap pasti mogok seminggu tak masak, mahu dia makan kat luar seminggu...sanggup!!! hahaha .


Walau pun simple aja rasa tetap sedap.....saya hanya guna halia, bawang putih dan bawang merah sedikit aja dan titik2 aja tumis dengan sedikit minyak (saya guna minyak jagung)....lepas tu masukkan air rebusan daging.


Bahan hiasan saya gunakan hirisan lada merah dan cili padi dan bawang goreng saja.....terkilan sedikit tak ada daun sadri hiris.....so kuranggg mengancam.