Sunday, December 18, 2011

JALAN JALAN KE KARYANEKA


Bila balek bercuti ke Johor Baharu pasti saya tak berpeluang untuk up date blog ni maklumlah rutin harian semasa cuti pasti padat dan melayan kerenah anak2 dan cucu2 sudah cukup memenatkan. Minggu lepas kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur......cuti untuk mengiringi suami kemajlis convocation di Palace Of The Golden Horses. Sementara menunggu anak2 yang datang dari Johor Baharu kami meronda2 ke Karyaneka unuk melihat barang2 kraft......lagi pun ianya terletak bersebelahan dengan hotel penginapan kami.....Royale Chulan


Sebahagian bangunan Karyaneka yang dapat saya rakam melalui bilek hotel penginapan kami.


Salah satu wakaf yang terdapat disini.......teringin nak bina disalah satu sudu di rumah kami di Indahpura.


Sempat posing....merpati dua sejoli katakan.......hahahah.


Disalah satu sudut dibangunan Karyaneka


Comelkan tempat rehat ni........


Salah satu pemandangan yang sangat2 mendamaikan jiwa..........sampai sini saja yang mampu kami rakamkan yang dibahagian dalam adalah kawasan larangan......kalau nak tahu jom kita pergi sama2 lihat macam2 barangan kraft seperti lukisan, batek,anyaman rotan, mengkuang dan berbagai barangan lagi  yang dapat kita lihat.


Bila dah tengahari terasa lapar ronda2 kat bangunan tu ada kantin.....apa lagi kami pun menjamu selera hanya saya dan HB saja yang makan.Walau pun tak banyak stall yang buka.... kerana hari sabtu namun cukup untuk kami mengisi perut yang kosong.

No comments:

Post a Comment