Monday, December 26, 2011

KEINDAHAN ALAM......RONDA RONDA TASIK RABAN


Sempena cuti tiga hari yang lalu memang tak ada rancangan nak jalan2....disebabkan anak saudara dari Kuala Lumpur nak bertandang ke rumah.Tunggu juga tak ada call nak comfirmkan kehadiran nya....so suruh en Hubby call tanya jadi datang atau tidak....kalau tak jadi datang rasa2nya nak balek rumah adik ipar di Kemunting.Apa pun en Hubby kata pack barang dan pakaian kalau tak sempat balek kita cari resort atau hotel untuk bermalam.


Balek ke Taiping sekejap, lepas makan tengahari kami bertolak ke Kuala Kangsar saja jalan2 nak tenguk Tasik Raban dan kawasan sekitarnya. Sepanjang jalan dari Kemunting, Taiping, Cangkat Jering samapi ke Kuala Kangsar menghala ke Gerik ada saja orang menjual buah2an......musim buah2an katakan.


Pemandangan Tasik Raban indah dan nyaman.... air tasik yang tenang membuat kita rasa segar dan jauh dari kesibukan . Saya suka disini jika dapat bawa anak2 tentu mereka rasa teruja dan seronok.


Air Tasik yang tenag dan keindahan pemandangan berlatar belakangkan bukit ....memang cantik. Cuma diharap pihak2 tertentu dapat mengekakalkan kecantikan dan tahap kebersihan yang  tinggi akan membuat ramai lagi pengunjung datang kesini. Kepada pengunjung2 juga jadikan kebersihan budaya kita.


Pemandangan di RnR Jambatan Raja Nazrin.....memang cantik sayangnya...tahap kebersihan sungguh menyedihkan.Tempat makan dibina dengan cantik tapi  tiada seorang pun yang berniaga...entah apa silapnya mungkin tiada penggunjung. Jika nak kata tiada penggunjung tapi bekas makanan dan sampah sarap bersepah2 walapun pihak berwajib telah menyediakan tong sampah dimereta2 tempat. Mungkin juga segelintir masyarakat kita memang bersikap sedemikian rupa.........sedihkan!!!!.


indahkan............




Dari Tasik Raban kami terus ke Lenggong saja nak tenguk pekan Lenggung.........sampai Lenggong kami berpatah balek ke Kuala Kngsar ikut jalan lama . Sepanjang jalan ada saja orang jual durian, rambutan ,manggis dan juga ikan pekasam.Tapi yang agak anehnya tempat menunggu bas dijadikan gerai menjual buah2an...........salah satu sikap orang kita salah guna pasarana yang ada.


Durian disini dijual longgok tidak pakai timbang......durian kampung memang terbaik.

  
Terpaksa pasang kemah sementara untuk melindungi dari panas.....tersenyum pakcik tu apabila lenser kemera  saya merakam gerainya.


Salah satu cara menarik pengunjung ......menjual rambutan diatas penghadang jalan.Olih kerana masa masih awal lagi kami rancang untuk terus pulang ke Lumut...maka berakhirlah misi jelajah Tasik Raban  semuga ianya jadi kenangan indah kami berdua.

2 comments:

  1. akak, saya pernah stayed kat resort di tasik raban ni.. best sangat but the resort just simple lah..the view mmg cantikk nak naik boat menyusur sungai perak pun boleh.. rumah my pet sister kena merentas/boating ke rumah dia dr tasik tu.. tapi leh jalan darat gak..

    ReplyDelete
  2. tentu seronok kan...tapi my hubby saja ajak jalan2 aja .....kami dah cuba booking bilek tapi dah penuh ...hari cuti!. Suami akak memang orang perak ....kalau u ke Lumut jom lah singgah rumah akak ya......venice of perak

    ReplyDelete