Monday, January 2, 2012

CUTI CUTI LANGKAWI PART 1


Percutian yang tak dirancang.......kalau merancang pasti tak jadi so buat keputusan redah aja.....maklum saja tiada pilihan yang pasti  kami nekad menggunakan ajen untuk menguruskan feri, kereta sewa dan penginapan kami sewaktu di sana nanti. Inilah pertama kali kami menjejaki ke Pulau Langkawi ni......maklumlah waktu muda2 anak2 masih belajar  dan terikat dengan kerja.....masa ni adalah peluang yang terbaik untuk kami bercuti disini.


Bertolak dari Lumut pukul 630 pagi.....terus ke Kuala Perlis.....Alhamdulilah perjalanan kami lancar tidak mengalami kesesakan lalu lintas.....sampai di Jetty Kuala Perlis dalam pukul 10.30 pagi. Agent yang kami guna telah sedia menanti....tiket ferry dan parking kereta semua diuruskan dan sempat bersarapan di kedai berdekatan saja.


Minggu ni Dani dah janji nak balek ke Venice so dapat lah dia mengikuti kami bercuti di Langkawi peluang keemasan dan percutian percuma katanya....


Ferry kami bertolak dalam pukul 12 lebih tapi ia mengalami kerosakan dan sampai di jetty Kuah dalam pukul 2 petang....kecoh lah juga penumpang2 yang berada didalam ferry.


Tempat penginapan kami di Awana Porto Malai......pemandangan disini sememangnya cantik walau pun hotel nya dah agak lama.InshALLAH jika diberi peluang lagi kami akan ke Langkawi bersama2 anak dan cucu untuk bercuti disini.

  
Boat persendirian mahupun boat sewa berlabuh disini......cantikkan pemandangan bilek pilihan kita mengadap laut.


Rumah api


Bilek kami...sederhana saja.....


Plan saya nak buat manicure dan Dani nak buat SPA......nasib kami kurang baik terpaksa buat temujanji dahulu.....so tukar rancangan jalan2 di sepanjang jalan Pantai Tengah terdapat deretan kedai2 menjual barang2 cenderahati, makanan dan berbagai lagi.


Pemandangan diwaktu senja.........indahkan!


Kami plan nak makan diluar tapi malam tu malam tahun baru semua guest dimestikan makan malam dihotel  ( BBQ ) kerana semuanya telah termasuk dalam bill kami.En Hubby minta pendapat saya......layan ajalah ...so malam tu kami berdua pun turun untuk makan malam bersama semua hotel guests. Terjumpalah saya dengan salah seorang artis tempatan bersama keluarganya....tak tegur susah juga sebabnya tak ramai guest melayu yang menginap disini. Alhamdulilah salam saya disambut mesra.......pelakon Mertua V Menantu.( Mertua)..orangnya peramah.


Selamat Tahun Baru 2012


Sebahagian makanan yang dihidangkan.....tak sempat nak snap gambar, sibuk makan!!!!!!!!!!!makanan malam tu memang terbaikkkkk....kambing golek pun ada.


InshALLAH akan saya sambung cerita percutian saya di Langkawi di N3 akan datang.....Sayonara!!!!!!

2 comments:

  1. Cantiknya kak.. Saya memang teringin nak stay kat sini.. Maybe next time boleh lah.. Suka tgk scenery kat sini..

    ReplyDelete
  2. betul tu walau pun hotel lama tapi scenery memang cantik....pilih bilek mengadap laut memang best.

    ReplyDelete