Hari ini hari akhir kami di Langkawi.............tak banyak tempat yang dapat kami lawati, maklumlah dah ambil tekit feri jam 1 tengahari, pesan Hubby biarlah perjalanan pulang kami cuaca masih cerah lagi. Tempat pertama pilihan kami ialah Pusat kraft Langkawi terletak di jalan Teluk Yu.
Alhamdulilah.....kat sini dibenarkan mengambil gambar, kalau di Pusat Kraft di Kuala Lumpur kamera tidak dibenarkan langsung. Dapatlah saya merakam beberapa gambar didalam Pusat Kraft ni........terasa masa terlalu singkat disini, janji saya jika datang ke Langkawi lagi pasti ini lah salah satu tempat yang akan saya kunjungi lagi InshALLAH!.
Salah satu sudut yang dapat saya rakamkan.....cantikkan.
Sudut menjual barangan batik.......cantik2 belaka dapat juga saya sambar sehelai kaftan disini.
Dani juga membeli sepasang baju kurung dan sehelai scarft batik.....murah katanya....ada potongan harga lagi. Mamat yang melayan ni memang sangat peramah....bila ditanya namanya kata dia lagi ' Effa'......biar betul dia ni!..........apa pun terima kasih Effa!!!...
Gambar diatas ni salah seorang gadis yang melayan saya digerai barangan perhiasan diri kalau tak salah saya namanya Ju......dek kelembutan dan sikap peramah dia maka saya TERbeli lah benda2 yang sangat saya minati......faham2lah kalau dah perempuan kat mana lagi yang nak dituju kalau dah sampai ditempat sebegini.
Cincin dan gelang yang sangat2 saya suka
Reka bentuk yang sangat unik buat hati terpaut.
Salah satu barangan yang akan menjadi koleksi saya.
Pemandangan di terminal feri yang sempat saya rakam sebelum pulang.
Cuaca yang sangat baik.....terkilan juga sepanjang di Langkawi hujan saja.......ini yang membataskan kami daripada melakukan aktiviti luar.
Ewah minah ni sempat melaram diterminal feri sebelum pulang....... bertambah beg nampak, sewaktu pergi tak bawa beg merah balek ada beg warna merah pulak!!!!
Pemandangan ni dirakam sewaktu didalam feri...........suka sangat!
Pemandangan sepanjang jalan pulang......Kedah negeri jelapang padi...
Sampai di Venice of Perak waktu dah nak senja......Alhamdululah selamat sampai ke rumah dan percutian yang sangat saya nanti2kan selama ni......Langkawi kami akan datang lagi bersama anak2 yang lain pula....InshALLAH.
No comments:
Post a Comment