Friday, February 10, 2012

BERCUTI DI PANGKOR ISLAND BEACH RESORT


Kalau dah duduk di Lumut ni tak sampai ke Pangkor....rugi besarlah nampaknya.......so bila en Hubby kata nak bawa saya ke Pangkor hati ni berbunga2 gembira...seronok!. Sehari sebelum bertolak kami dah beli tiket di Jetty Merina Island ini saja nak memudahkan supaya tak kalut bila sampai waktu nya.Sebenarnya tak beli awal2 pun tak apa feri sentiasa ada setiap 1 jam sekali. Kami pilih naik daripada Jetty Merina ni kerana nak letak kereta di Hotel Merina Island Resort.....dimana semua staff KPOC tinggal disini.....kira2 tumpang parking....free u......


Betu juga saya beli tiket awal......tinggal 1 minit berlepas kami baru naik ferry, apa orang kata ngam2 gitu.Waktu perjalanan hanya 10 minit sahaja sampai dan kos tambang perjalanan pergi dan balek RM 10 setiap seorang......tapi kalau dari pekan Lumut memang 30 minit.Apa pun tiket jangan dihilangkan atau dibuang kerana nak balek nanti tiket tu perlu dikembalikan........ open tiket laku sah hingga 3 bulan.

Hotel pilihan kami Pangkor Islan Beach Resort......selesa , kemas dan pemandangan memang best.....pantainya hanya untuk hotel guest saja.....kira2 private beach.


Walau pun binaan hotel ni nampak dah lama tapi masih ok lagi.....bilek kami sea view, so memanglah pemandangannya cantik..terutama sewaktu senja dan pagi.


Bilek mandi...ok bersih dan selesa.


Pemandangan dari atas bilek kami...terdapat beberapa gazebo......dan disebelah pula ada SPA....memang seronok lah.


Dihujung bilek pula terdapat beberapa buah Villa.....




Kalau tak suka mandi laut disini terdapat beberapa buah kolam renang untuk penghuni hotel.


En Hubby lebih suka mandi laut .....saya hanya jadi penaman dan pemerhati dari jauh.


Pemandangan waktu pagi masih pantai masih tiada orang yang lagi maklumlah masing2 lebih seronok berjogging diwakyu pagi.


Pemandangan dari satu sudut di dewan makan......cantikkan.....tempat makan pun mengadap laut memang best.


Aktiviti pantai.....mandi manda.....banyak juga sotong bersidai di pantai....proses pengeringan.....mostly penghuni hotel ni adalah terdiri daripada pelancong dari luar negara.Oh ya terlupa saya kebanyakan pengunjung hotel ni bolih naik ferry dari pekan Lumut terus ke Jetty Hotel , hanya penghuni hotel ni saja ya.Tapi kami naik dari Jetty Merina Island terus ke pekan Pangkor dan ke hotel terpaksa naik teksi dengan tambang RM 20 sehala sejauh 9 km.


Dalam perjalanan pulang saya sempat ambil beberapa gambar, tidak begitu fokus sangat kerana ambil gambar dari dalam teksi saja.


Disalah satu tempat yang sempat saya rakamkan....pantainya memang cantik di sepanjang perjalanan......cuma dapat tangkap yang ni aja...hahaha.


Damaikan.....

No comments:

Post a Comment