Friday, February 10, 2012

CARI JERSY TEAM FUTSAL


Bukan senang nak cari jersy untuk team Futsal KPOC kat Lumut ni maklumlah pekan kecil kedai alat sukan pun kecil lah juga. Cuma ada sebuah kedai Al Ikhsan kat pekan Seri Manjung, boleh tahan besar juga,  terpaksa saya ikut en Hubby ronda2 kesini untuk cari mana yang sesuai untuk team mereka....en Hubby ni tak main pun cuma dia jadi pengurus pasukan.


Untuk menghilangkan keboringan saya snap beberapa gambar untuk masukan kedalam blog...maklumlah sejak balek dari bercuti ni mood kemalasan melanda diri tu yang menyebabkan blog ni tak ada N3 lansgung.


Oh ya baru saya ingat masa Malaysia menjadi juara bola sepak sewaktu Sukan SEA tahun lalu ......Nabeela pujuk saya untuk belikan jersy Harimau Malaya untuknya....disini .Terbang juga hampir RM 200....untuk sehelai jersy....nak buat macaman dia saja yang masih belum berkerja dan masih menuntut.....lebih2 lagi dia yang bongsu .

2 comments:

  1. Now anak2 saya tengah suka pakai jersey.

    Beli kan selai di Phuket, RM30. Tiba rumah, Abang 'Imran tak nak pakai. Ada lambang cross kan crown. then katanya tulisan kat belakang tu syarikat judi di Italy..aduiii.. Mana lah i tua..heee

    ReplyDelete
  2. Bagus juga diaorang peka bab2 berpakaian...kadang2 kita tak perasan lambang cross dan crown ada pd jersey....terutama club2 bolasepak terkenal kebanyakan lambang cross tu mesti ada.Alhamdulilah muda2 lagi dah dapat menilai mana yang baik mahupun yang buruk.

    ReplyDelete