Chocolate Mascarpone cake, hari ni terlebih rajin buat kek ni.....terpaksa buat kerana mascarpone chees tu lagi dua minggu tarikh luputnya.Lagi pun minggu depan saya akan pulang bercuti ke Johor Baharu, so tak mahu simpan barang dlm peti sejuk lama lama.
Kek ni memang sedap dan dapat pujian dari semua orang yang telah merasanya. Lebih lebih lagi pakai mascrpone memang rasanya hebat sekali. Chocolat Ganache tu saya gunakanchocolate compoun dari brand SICAO........tu yang warnanya cerahkan.
Pengsan juga nak habiskan cake ni kalau berdua saja yang makan so terpaksa lah en suami bawa ke pejabat supaya teman teman dipejabatnya untuk bersama sama menghabiskan cake ni.
Terlupa pula nak beli Cheese untuk dihias ditepi cake tu jadi saya gunakan badam hiris yang telah dibakar .
Apa pun comel dan sedap.
No comments:
Post a Comment