Friday, March 9, 2012

RUMAH ITU SYURGA KU..........


Selepas pulang dari Kuala Lumpur En Suami berkerja dua hari saja lepas tu dapat cuti empat hari lagi......En Suami tanya empat hari cuti ni nak ke mana....pantas saya menjawab balek Indahpura. Walau pun cuti pendek rindu pada anak dan cucu punya pasal jauh pun jauhlah kami akan redah lebuhraya lebih daripada 700 km ke selatan.


Ramai kawan2 saya tanya Indahpura tu kat mana ya?...Indahpura tu terletak di Majlis Daerah Kulaijaya Johor. Untuk lebih senang kepada yang telah pergi melawat ke JPO .....JPO  ni terletak di Indahpura, sebelum masuk ke persimpangan JPO anda akan nampak bangunan diatas disebelah kiri jalan...nak tahu bangunan apa yang tersergam indah tu...itulah  Sekolah Menengah Foo Yew ( sek cina) dan jalan terus ke Indahpura....macam duduk kat kayangan lah pulak!


Dan kalau terus kedepan akan jumpa round about pertama....dan disebelah kiri akan nampak balai pengawal tu lah tempat tinggal saya, walaumacamana pun kena buat pusingan ke bulatan kedua baru dapat arah kerumah saya.Kalau dikira jarak rumah saya ke JPO adalah dalam lebihkurang lima minit....itu kalau en suami yang pandu.....kalau yesmin tak sampai 3 minit dia dah sampai.


Inilah rumah saya....jom kita singgah sini kena kopi secawan.


Budak kecik ni yang buat saya rindu nak balek Indahpura....Izz Qeestina Balqees, pantang kalau saya nak keluar dia lah orang pertama yang siap dulu.Biasanya dia bangun pukul 11 pagi, ibu nya terpaksa angkat dia tengah tidur kerana nak hantar abang dan kakak nya ke sekolah. Tapi kalau saya ada dia pasti bangun pagi


En Suami terpaksa melayan kerenah cucu2 bermain bola.....nasib baik ada tanah sekangkang kera untuk mereka bermain......apa hal si kecik ni berpayung!



Wednesday, March 7, 2012

GRAND MILLENNIUM KUALA LUMPUR


Walaupun cuti en suami berbaki satu hari lagi dan lusanya dia ada program di Kuala Lumpur so kami ambil keputusan dari Cameron Highlands terus saja ke Kuala Lumpur bagi menjimatkan masa dan tenaga  tak perlu nak berpatah balek lagi.Ada masa satu hari lagi nak jalan jalan dan shopping di Bukit Bintang.....hotel yang en suami booking Hotel Grand Millennium yang mana program  tu berlangsung disini.


Bilek kami di tingkat 16.......






Pemandang dari tingkap bilek penginapan kami dikelililngi bangunan bangunan pencakar langit.


Hari kedua jalan jalan ke Pavilion, Lot 10 dan sekitar Hotel saja....untung juga menginap di sini sebab dikelilingi shopping complex. Dapatlah sambar satu dua barang......kalau tak beli tak sah lah kan, perempuan!!


Penat bershopping terasa lapar pulak ke food court cari makananlah nampaknya...pilihan selamat nasi ayam. Mudah, cepat dan selamat.........selamat dari perut meragam.


Ayam steam


Taugeh Goreng




Siap ada pencuci mulut lagi


Inilah hasil kami bershopping


Selalu saya tayang kasut saya saja kali ni tayang kasut en suami pulak.

Tuesday, March 6, 2012

SUKA BUNGA


Saya suka bunga terutama bunga Ros dan Lili........disini ( Cameron Highlands ) tempat saya rakam wajah bunga kesayang untuk saya simpan dalam blog dijadikan sebagai kenangan. Apa pun layan gambar saja ya......kebanyakan nama bunga ni memang saya kurang arif....hahaha!!!


Kalau saya dihadiahkan sebakul bunga Ros atau Lili sudah cukup buat saya bahagia.....!!!!


"

"


"

"

"

"

"


"


"

"

"


"


"

 "

"

 "

Laaaaaa yang ni bukan bunga...........macamana tomato ni tersesat ke sini, tapi tak apalah dia pun nak tumpang posing juga ya....

KE GALERI TIME TUNNEL,STEAMBOATS DAN CENDERHATI


Hari kedua di Cameron Highlands lepas breakfast kami pergi jalan2 ke Brinchang sekali lagi, kononny nak ke Taman Rama2....apa pun tempat yang kami singgah hanya ke Galeri Time Tunnel.......nak masuk kena bayar ya...... tiket RM 5.00 seorang. Hanya kami berdua saja yang masuk...en suami kata dia malas nak masuk, Danee temankan saya masuk tenguk barang2 lama yang  ada era saya dilahirkan.....satu pelajaran buat Danee.


Piring hitam lama.......remaja sekarang  mungkin ada yang tak pernah tenguk benda alah ni kan......


Pintu masuk Galeri ni.......


Kalau tak silap saya ni rokok.....samada dalam tin mahu pun dalam kotak.


Zaman dulu dulu punya tin susu, milo dll


Lepas ronda2 dekat Galeri tu kami naik semula ke Tanah Rata nak cari tempat makan....sebelum samapai ke atas kami jumpa sebuah restoran steamboats. Malas nak jalan jauh kami makan disini saja......lagi pun tempat ni makanannya Halal.


Steamboats ni kira RM 23.00 seorang.......kami tak salah pilih memang terbaik!


Udang, ikan semuanya fresh belaka


Jus strawberry pilihan en suami


Teh O Ice Limau


En suami dan Danee ....tunggu tuan punya blog siap ambil gambar


En Suami kesejukan.....kabus tebal dibelakang, cuaca petang ni memang sejuk.


Cenderahati untuk anak anak