Tuesday, March 6, 2012

KE GALERI TIME TUNNEL,STEAMBOATS DAN CENDERHATI


Hari kedua di Cameron Highlands lepas breakfast kami pergi jalan2 ke Brinchang sekali lagi, kononny nak ke Taman Rama2....apa pun tempat yang kami singgah hanya ke Galeri Time Tunnel.......nak masuk kena bayar ya...... tiket RM 5.00 seorang. Hanya kami berdua saja yang masuk...en suami kata dia malas nak masuk, Danee temankan saya masuk tenguk barang2 lama yang  ada era saya dilahirkan.....satu pelajaran buat Danee.


Piring hitam lama.......remaja sekarang  mungkin ada yang tak pernah tenguk benda alah ni kan......


Pintu masuk Galeri ni.......


Kalau tak silap saya ni rokok.....samada dalam tin mahu pun dalam kotak.


Zaman dulu dulu punya tin susu, milo dll


Lepas ronda2 dekat Galeri tu kami naik semula ke Tanah Rata nak cari tempat makan....sebelum samapai ke atas kami jumpa sebuah restoran steamboats. Malas nak jalan jauh kami makan disini saja......lagi pun tempat ni makanannya Halal.


Steamboats ni kira RM 23.00 seorang.......kami tak salah pilih memang terbaik!


Udang, ikan semuanya fresh belaka


Jus strawberry pilihan en suami


Teh O Ice Limau


En suami dan Danee ....tunggu tuan punya blog siap ambil gambar


En Suami kesejukan.....kabus tebal dibelakang, cuaca petang ni memang sejuk.


Cenderahati untuk anak anak

No comments:

Post a Comment