Cameron Highland.....kali pertama saya menjejaki kesana lebih kurang 24 tahun yang lalu, bila en suami mengajak kesana tempoh hari saya terus menjawab ya tanpa teragak2 lagi.Maklumlah kalau dah balek ke Johor nanti pasti susah nak kesini lagi maklumlah faktor perjalanan yang jauh dan memakan masa yang panjang. Kami memulakan perjalanan dari stesyen keretapi Ipoh untuk menjemput anak perempuan saya dari Kuala Lumpur yang akan menyertai percutian kami.
Sebelum berangkat kami berhenti untuk mencari tempat makan bagi mengalas perut terutama Danee yang masih belum bersarapan lagi.
Teh O Ais Limau dan Jus Orange
Mee Kicap
Kami mengikuti jalan Simpang Pulai untuk ke Cameron Highland, jalan yang selesa walau pun banyak selekoh bahaya namun ia masih selamat untuk dilalui.Pemandangan indah disepanjang jalan memang buat kita rasa seronok dengan kehijauan dan bunga2 orkid hutan ditepi2 jalan raya.
Salah satu selekoh bahaya yang memerlukan pemandu berhati2 sewaktu memandu.
Hotel Penginapan kami di Casa dela Rosa.......salah satu hotel yang sangat saya suka, landscape yang sangat mendamaikan hati saya.
Bilek kami untuk 3 orang menginap....satu kati single dan satu kati kelamin.
Next N3 akan saya ceritakan aktiviti saya disana......jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment