Friday, March 9, 2012

RUMAH ITU SYURGA KU..........


Selepas pulang dari Kuala Lumpur En Suami berkerja dua hari saja lepas tu dapat cuti empat hari lagi......En Suami tanya empat hari cuti ni nak ke mana....pantas saya menjawab balek Indahpura. Walau pun cuti pendek rindu pada anak dan cucu punya pasal jauh pun jauhlah kami akan redah lebuhraya lebih daripada 700 km ke selatan.


Ramai kawan2 saya tanya Indahpura tu kat mana ya?...Indahpura tu terletak di Majlis Daerah Kulaijaya Johor. Untuk lebih senang kepada yang telah pergi melawat ke JPO .....JPO  ni terletak di Indahpura, sebelum masuk ke persimpangan JPO anda akan nampak bangunan diatas disebelah kiri jalan...nak tahu bangunan apa yang tersergam indah tu...itulah  Sekolah Menengah Foo Yew ( sek cina) dan jalan terus ke Indahpura....macam duduk kat kayangan lah pulak!


Dan kalau terus kedepan akan jumpa round about pertama....dan disebelah kiri akan nampak balai pengawal tu lah tempat tinggal saya, walaumacamana pun kena buat pusingan ke bulatan kedua baru dapat arah kerumah saya.Kalau dikira jarak rumah saya ke JPO adalah dalam lebihkurang lima minit....itu kalau en suami yang pandu.....kalau yesmin tak sampai 3 minit dia dah sampai.


Inilah rumah saya....jom kita singgah sini kena kopi secawan.


Budak kecik ni yang buat saya rindu nak balek Indahpura....Izz Qeestina Balqees, pantang kalau saya nak keluar dia lah orang pertama yang siap dulu.Biasanya dia bangun pukul 11 pagi, ibu nya terpaksa angkat dia tengah tidur kerana nak hantar abang dan kakak nya ke sekolah. Tapi kalau saya ada dia pasti bangun pagi


En Suami terpaksa melayan kerenah cucu2 bermain bola.....nasib baik ada tanah sekangkang kera untuk mereka bermain......apa hal si kecik ni berpayung!



2 comments:

  1. as-salam sis..dah dekat dgn rumah i nihh hehehhe..salam kenal yaa..

    ReplyDelete
  2. ya ke kat mana rumah u, salam perkenalan buat u juga.I baru 5 tahun duduk kat kulai

    ReplyDelete