Wahh......lama sungguh tak up date blog saya ini, maklumlah lepas balek daripada Cameron Highlands tempohari lepas dua hari bekerja en suami dah cuti 4 hari lagi.Apa lagi saya pun pujuk ajak balek ke Indahpura, rindu sangat dengan anak anak dan cucu cucu, tu yang blog saya berabuk tak terurus. Sewaktu bercuti di Cameron Highlands tempuh hari kami menginap di hotel Casa dela Rosa.....Alhamdulilah pilihan kami tepat kerana hotel ni terletak betul2 di antara Tanah Rata dan Brinchang.
Wah!!!!! bukan main lagi en suami bergaya berlatar belakangkan hotel penginapan kami ni.
Selepas check in kami pun berehat sekejap sebelum ronda2 pergi cari tempat nak petik strawberri, nak rasa pengalaman petik buah strawberri kononnya. Satu bekas pelastik ni RM 25........mahal tuuuu!!!!!!! nak rasa punya pasal mahal pun mahallah, next time tak payah petik lagikan.
Inilah hasil petikan saya............boleh tahan besarkan!
Lepas petik buah strawberri penat dan berehat sambil makan icecream strawberri.....RM 5.00 kongsi dengan en suami.
Lepas tu kami teruskan jalan jalan ke pasar malam di pekan Brinchang pada hari Sabtu dan Ahad memang ramai orang dan ada menjual pelbagai sayur2an, buah2an, cenderhati dll.....boleh dikatakan murah lah juga. Memandangkan kami akan pulang pada hari Isnin dan akan terus ke Kuala Lumpur 3 hari lagi so tak banyak barang yang kami dapat beli.
Jagung rebus.....
Danizad suka sangat dapat makan strawberri celup coklat.....best katanya!!! masam masam manis.
Fridge magnet pun banyak di jual di sini... untuk cenderhati .
Kaktus........he geramnya!!...saya memang tak boleh menanam pokok bunga alamat pasti mati tak berjirus....apa tak nya tuan rumah selalu tak ada kat rumah
Sayuran segar.....terbaik dari ladang.
Starbucks pun ada kat sini...kira ok lah juga !!!!... Lumut pun tak ada Starbuck!!!...
YA ALLAHH. suka nya kat fruit tu kak.. segarrrr..saya pun tgh plan nak bawak mak abah ke sana.. tgk hotel akak ni macam best je..
ReplyDeleteHotel yg akak duduk ni biasa aja....ada lagi yg terbaik, betul sayur2 n buah2an tu memang segar sayang akak tak dapat nak beli sbb terpaksa ke KL selama 3 hari.
ReplyDelete