Lepas chek out dari G Tower Hubby ke Port Dikson dengan menaiki bus atas urusan kerja, dan saya bermalam di rumah anak saudara di Kampung Baru. Selepas pulang dari team bulding di PD dia menjemput saya balek dan menginap di Prince Hotel kerana keesukannya dia ada meeting di KLCC.
Layan gambar ........view dari bilek....................... pemandanga pada waktu senja.
Ruang legar Hotel Prince and residence
Reception
Makan malam ditaja sepenuhnya olih Mr Hubby.......kali ni bukan berdua tapi bertiga bersama anak perempuan saya Danizad. Restoren Sri Melayu menjadi pilihan.....sebab utama restoren ni menjadi pilihan kerana ia terletak betul2 diseberang jalan mengadap hotel penginapan kami...so jalan sikit dah sampai.
Waktu kami sampai persembahan dah pun berakhir.....sempat juga ambil gambar acara penutup persembahan....malam ni ramai betul pelancung disini.....takut juga tak ada tempat kosong.
Kalau dah melayu makanan pun ala2 kampung juga menjadi pilihan Dani.......... lapar! katanya....lagi pun restoren Sri Melayu hidangan pun pastilah masakan melayu.....apa pun memang terbaikkkkkkk.
Ini makanan saya
Yang hebatnya ubi kayu, pisang dan keledek rebus pun ada teringat zaman kanak2 saya, ini lah makan kami
yang membuat kami besar dan sihat.
Lepat Labu kegemaran Hubby saya pun ada.....seronoknya dia.
Kuih Bakar...............sedappp
selain makanan buah2an pun ada.........tak larat nak makan.....kekenyangan
No comments:
Post a Comment