Monday, October 3, 2011

JEJAK KASIH 1


Assalamulaikum kepada semua keluarga mahu pun sahabat handai .....terima kasih diucapkan kerana masih sudi membaca blog saya yang ala2 rojak ni. Tapi kali ni edisi keluarga sebelah suami saya, mengambil tempat untuk saya coretkan kisah mereka.....bukan untuk mengaibkan sesiapa pun sekadar mengingatkan kami bahawa kami masih ada saudara mara yang hidupnya susah dan hampir dilupakan akibat terlepas pandang.. Jutaan ampun dan maaf kami pohon daripada En Abu Bakar bin Othman ( adik kembar ibu mertua saya ) selama ni dia suka hidup menyendiri.....seingat saya kali terakhir saya jumpa beliau sewaktu ibu mertua saya meninggal dunia beberapa tahun dahulu. Setiap kali kami pulang ke Taiping saya bersama suami berazam akan mencari beliau itu pun jika kami mempunyai cuti yang panjang... Kali ni bila berpindah balek kesini sekali lagi kami bertekad untuk mencari beliau.


Misi kami bermula minggu lepas pada pagi sabtu tanggal 1 Oktober 2011........mudah2an segala2nya berjalan lancar. Lepas sarapan pagi di Sri Manjung kami bergerak ke Kuala Kangsar mennuju ke Kati.....Alhamdulilah cuaca sangat cerah memudahkan segala yang dirancang....kali ni hanya kami berdua merintis jalan bagi memudahkan adik2 untuk menjejaki Pak Lang ( nama pendeknya )


Tak rugi rasanya menyusuri jalan kampung selain jalan yang elok pemandangannya pula indah............tak sibuk dengan kenderaan dan dapat menghirup udara segar. Jalan2 yang kami lalui ialah dari Parit, Manong , Jeliang , Ulu Kernas dan Kuala Kangsar. Wah seingat saya disini ( Ulu Kernas ) tempat saya menjalani latihan Hutan sewaktu menjadi tentera dulu........seronok sangat rasanya, mengimbau kenangan lama.

Berhenti rehat di Kuala Kangsar kalau tak silap saya di Talang untuk membasahkan tekak......actully my Hubby teringin sangat nak makan laksa Talang, info yang diterima laksa Talang memang best. Jujur saya katakan saya memang tak gemar makan laksa yang dijual digerai2 saya tahu tahap keenakkan nya kurangggg sikit, namun untuk tidak mengecilkan hati Hubby saya dengan relanya menganggukkan kepala tanda setuju. Lihatlah air teh o yang saya pesan.......jarang u........anyway oklah mana nak cari teh yang special diwarung2 tepi jalan,............jelas en Hubby bersyukur dengan apa yang ada.

Ini lah laksa yang kami pesan ......apa pun terima kasih en Hubby sudi belanja walau pun Mem u ni banyak kerenah.

Menu yang terdapat di gerai tepi jalan yang kami singgah....ada set lagi, hebatkan!.


Meneruskan perjalanan untuk mencapai misi mencari Pak Lang.......menuju ke pekan Kati, sekali lagi kami di hidangkan dengan panorama yang indah.........saya sangat2 teruja melihatnya.....anugerah ciptaan Tuhan. Kalau tak silap menuju ke utara....Grik, Hubby sangat teruja menceritakan zama kanak2nya yang bersekolah disini dulu....Sek Cliffot dan sek Men Temenggung Kati. Walaupun banyak kesedihan namun cerita2 tu menjadi lagenda hidup......... tiada kesenanga tanpa melalui kesusahan.....Hidup!!!!!


Doa' kami perjalan dan pencarian ini menuju kepada kejayaan hendaknya...Amin.....Pak Lang ni adik kembar kepada ibu mertua saya...beliau suka hidup menyendiri tiada tel rumah mahu tel bimbit. Beliau juga terkenal dengan ' Bakar yang panjat pokok kelapa' sewaktu muda muda dia sangat mahir memanjat pokok kelapa dan mengambil upah bagi menyara hidupnya.......bujang katakan. Sampai saat ni dia masih hidup membujang tiada teman hidup....tak tahu kenapa Pak Lang suka hidup menyendiri. Info yang kami dapat Pak Lang masih tinggal menumpang tanah Cik Gu Shukur.........Alhamdulilah masih ada insan yang perhatin dan menjaga kebajikan orang lain . Disini juga saya ,suami dan semua adik beradik belah suami mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga Cik Gu Shukur diatas jasa baik beliau dan hanya Allah yang akan membalas segala budi baik Cik Gu........Amin.


Sampai ke destinasi yang kami tuju...pekan Kati, pekan lama ala ala antik gitu, en Hubby turun bertanyakan arah rumah Cik Gu Shukur dan Pak Lang yang selalu berlegar2 di pekan ni jika ada masa terluang. Tak susah nak cari sebab pekan kecil orang2 disini saling kenal mengenali satu sama lain......selepas mendapat sedikit maklumat dari tuan kedai tu kami menuju ke rumah Cik Gu Shukur yang terletak diseberang sungai. Melepasi jambatan yang merintangi sungai ada deretan rumah kampung.....ingat2 lupa kami melepasi rumah tersebut jauh kedepan bertanya lagi pada orang2 yang lalu lang disitu agar tak sesat lebih jauh. Alhamdulilah jumpa juga akhirnya walaupun terpaksa berpatah balik kebelakang. En Hubby memberi salam dan salam disambut dengan suara sayu dibelakang......Ya Allah!!....susuk tubuh kecil menatang sepinggan nasi berlaukan seekor ikan....betapa luluhnya hati ini melihat betapa daif nya hidup Pak Lang...tak tergamak nak menitiskan air mata dihadapanya. Jika Yesmin (anak perempuan saya )
 yang melihat tak tahulah macam mana agaknya...pasti bercucuran air matanya tak dapat menyembunyikan kesedihan.Tak dapat saya rakamkan kedaifan hidup Pak Lang tak tergamak rasanya, cukuplah dengan kata kata. sudah pasti adik2 kami dapat membayangkanya..akibat terlepas pandang hidup Pak Lang tersisih dari keluarga. Puas saya dan Hubby ajak beliau duduk dirumah keluarga  tapi katanya dah ada rumah sendiri ( org tua buruk2 pun rumah sendiri)  janji kami akan datang lagi kali dengan adik beradik yang lain. Tunggu cerita Pak Lang dalam Jejak Kasih ke 2 nanti...akan saya abadikan memori ini dalam blog saya. Sebelum meninggalkan Pak Lang kami menghulurkan sedikit bantuan untuknya walau pun tak seberapa tapi cukup dibalas dengan sebuah senyuman yang sangat manis.

5 comments:

  1. Jazakallahul khair..beliau pasti amat berbangga.

    ReplyDelete
  2. mmg sgt terlepas pndg...hrpnya dpt jmpa dgn pak lang...next visit...msti ke cari pak lang..rindu..pgganti arwah mak

    ReplyDelete
  3. kak..kalau jd buat knduri nnti...kita jmput pak lang ye

    ReplyDelete
  4. Tq Yan yang jauh kami dekatkan yang dekat kami mesrakan.....Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  5. Betul dik Pak Lang sebijik rupa arwah mak u...kembarkan. Kami dah pun jemput beliau tak tahulah dia nak ikut atau pun tidak. Tak tahulah Ali n Lehah bolih ambil dia nanti.

    ReplyDelete