Inilah barang2 yang akan kami bawa untuk keperluan harian Pak Lang.....semuga niat suci ini tidak disalah ertikan olih mana pihak2 . Barang2 asas ini ikhlas dari kami sekeluarga.mudah2an ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang Pak Lang tanggung.
Kami bergerak dari Sri Manjung jam 7.45 pagi, cuaca agak mendung ,ini yang membuat kami resah........ sepanjang jalan kami berdua berdoa' agar tidak hujan di rumah Pak Lang nanti. Maklum sajalah kawasan rumah Pak Lang agak rendah dan air mudah naik,air akan naik separas lutut, terbayang wajah tua dalam kesedihan.............kesian Pak Lang!
Sepanjang perjalanan kami banyak kampung2 mahu pun pekan2 kecil yang kami tempuhi pemandangan yang indah dan alam semulajadi masih terpelihara.Salah satu kawasan ini membuat saya teruja untuk mengambil gambar tanpa memikirkan keselamatan kami berdua ........ memberhentikan kereta betul2 ditengah2 jalan
raya yang berada diatas bukit yang curam semata2 untuk merakamkan keindahan alam semulajadi.
Cantikan pemandangan diatas bukit ni.......walaupun hanya menggunakan kamera digital sudah cukup buat saya puas hati.....amatur cukup dgn kamera kecil saja......!!!!
Setelah beberapa pekan dan kampung kami tempuhi ..... akhirnya kami sampai ke Pekan Kuala Kangsar
Di sini banyak mercu tanda yang melambangkan Kuala Kangsar......salah satu nya MCKK.
Snap gambar dari dalam kereta saja........kejar masa takut adik2 menunggu lama. Kali ini misi kami
bukan berdua tapi dengan dua adik perempuan hubby dan suami masing2 semuga misi kali terlaksan
dengan jayanya
Ini salah satu mercu tanda Pekan Kuala Kangsar
Pintu Gerbang....tertera gambar kebawah Duli Sultan dan Sultanah Perak
Berhenti sarapan di Kampung Talang......pekena Laksam , Ayam Goreng dan Teh O Panas........
memang terbaik!!!!.....terlupa nak tangkap gambar kedai ni.....apa pun cuba2lah ronda2 kat kampung Talang
pasti jumpa kedai ni tepi jalan aja. Tunggu cerita selanjutnya nanti.
last few months baru je ke Kuala Kangsar..best sangat. Tidur kat Resort Tasik Raban. How nice..
ReplyDeletesemoga niat dan usaha murni diberrkati ALLAH..
ya ke....sejak duk kat Lumut ni baru 2 kali ke sana.InshALLAH nak juga ronda2 ke Tasik Raban, mana tahu leh tidur kat sana...good idea.
ReplyDeleteTq Yan.....AMIN