Saturday, May 29, 2010

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR.....TUMPANG LALU!

Selepas siap segala tugasan pada hari Khamis tu saya bersama suami dan Nabeela bertolak ke KL. Kali ni ada pelbagai tujuan suami ada tugas nya saya ada tugas dan agenda tersendiri....tujuan asal memang mengambil barang2 anak saya Danizad yang baru saja tamat praktikal nya disalah sebuat syarikat audit di Wangsa Maju. Yang lain2 tu maklumlah beli barang untuk keperluan oven saya..... kek ......chocolate.....dan ribbons.
Tempat bermalam di Corus KL........tempat pilihan kami sekeluarga maklumlah...senang nak shopping kat KLCC mahu pun Ampang Park....walking distance aja......shopping ke?...window shopping kot!. Kampung baru pun dekat nak cari makan pun tak susah.....lagi pun 1 hari saja kat sini tak sempat nak bersantai maklumlah kad jemputan perkhawinan berlambak menunggu.
On the way back singgah Puchung Perdana jumpa Chef Asmah itu pun tak sempat berbual panjang Chef tengah sibuk dengan kelas talam.Singgah Bake With Yen Puchung....saya pernah tinggal di Taman Puteri Puchung ni semasa my hubby kerja di Pulau Indah so tak susah nak cari tempat ni....barangan nya jauh lebih murah dari di JB. Cari kotak chocolate dan sebelum balik singgah Nilai 9 cari ribbon.......memang penat tapi puas hati dapat barang murah.
RNR Yong Peng destanasi seterusnya untuk basahkan tekak dan menjamu selera....kesian my hubby kepenatan memandu.....berpeluh dan berminyak muka dia.

YESMIN DAPAT TEMPHAN UNTUH HANTARAN LAGI

Kali ni kes tumpang post lagi......Yesmin menerima tempah 2 set 35 pcs Macoona untuk hadiah dan juga hantaran perkhawinan kawan2 office nya. 1 tempahan tu thema nya hitam putih dan lagi satu tu pelbagai warna menggunakan white chocolate. Memang nampak mengancam dan sememangnya sedapppp..........nak cuba rasa call Yesmin 0137252445.

CUPCAKE HANTARAN DARI WATI

Cupcake nilah yang ditempah wati.....tercicir pula gambarnya sewaktu nak publish tadi sori Wati. Wati minat sangat cc saya buat untuk oder lepas....lupa pula nama coustamer tu. Wati nak warna putih merah dan hitam.




CHOCOLATE CHEESE CAKE TEMPAHAN DARI WATI

Wati dah lama oder birthday cake untuk anaknya dan cupcake untuk hantaran abangnya kalau tak silap saya......walaupun penat sebab banyak tempahan tapi saya seronok laksanakan tugasan ini.Komen yang saya terima tersangat memuaskan terasa hilang segala penat lelah..Walau pun saya tak pernah jumpa Wati lagi.....tapi terasa macam dah kenal lama dia seorang yang peramah dan berbudi bahasa. Tq Wati!

Ini pula kek yang di tempah Halilah untuk rakan2nya yang lahir pada bulan May. Halilah nak kek serupa macam kek birthday Nabeela. Kek ni untuk kakitangan Takaful Ikhlas yang menyambut hari lahir pada bulan May 2010. Tq Halilah dan Takaful Ikhlas.
Kek ni pula ditempah olih Cik Killa untuk keluarga nya yang menyambut hari lahir dan juga hari ibu. Kila juga nak yang serupa yang dia tempah minggu lepas untuk bakal keluarga barunya tempoh hari. Agak2 tak lah keluarg sendiri kecil hati ya tak!.......anyway tq kila.

CUPCAKE UNTUK HARI GURU

Cupcake ni ditempah olih Puan Su (kakak Akbar) untuk hari guru di sekolah Agama anak2nya. Su minta saya buatkan 25 pcs vanilla cc dgn buttercream dan 25 pcs chocolate chip dengan chocolate ganache. Sememang hari ini saya sangat sibuk sehinggakan tak ada ruang untuk menghantar cc kepada tuan punya....maaf Su nasib baik Yesmin anak saya sudi menjadi pengganti nya. Terima kasih Su.....kerana sudi mencuba perkhidmatan saya.Feedback yang saya terima sangat2 memuaskan hati saya.

CHOCOLATE BUAT IBU DARI YUSOF KAMAL

Chocolate 35 pcs tempahan dari En Yusof Kamal dari MMHE untuk ibu tersayang.....walau pun hari ibu dah berlalu namun Yusof baru ada kesempatan bercuti untuk mengziarahi ibu nya.So dengan kesempatan ini juga dia menempah chocolate untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang. Sudah pasti tersentuh hati seorang ibu bila menerimanya.....sejuk perut si ibu ketika mengandungkanya. Terima kasih Yusof. Dan kalau tak silap saya ada 2 tempahan chocolate dari regular coustamer saya Zura dan Huda yang tak sempat diambil gambarnya. Pada mereka berdua saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong saya.......

Sunday, May 23, 2010

MARCONNA UNTUK HADIAH HARI LAHIR

Dan ini pula tumpang post kat sini.....ha ha gurau aja...Marconna dapat tempahan lagi kali ni untuk hadiah hari jadi. Kali ni Yesmin letak white chocolate diatas biskut ni dan dihias manik2 untuk nampak biskut nya lagi cantik.
Marconna ni didatangkan dalam pelbagai rasa saperti rasa origanal, badam dan juga oreo.
Di letak kedalam kotak khas bergantung diatas permintaan pelanggan.Bentuk juga bolih dipelbagaikan mengikut citarasa juga......kalau nak rasa leh lah tempah pada Yesmin 0137252445

CHOCOLATE BANANA CAKE DAN STRAWBERRY CHEESE CAKE

Petang ni saya cuba buat 2 kek iaitu Chocolate Banana Cake dan Strawberry Cheese Cake....emmm....yummy sedap nya
Kalau ada sesiapa yang berkenan leh lah call saya buat tempahan.......gambar kat atas ni design nya simple but the tast.. eem...susah nak cakap ....cuba lah sendiri. Oh ya masih ada 2 cake yang lupa nak di pose iaitu Taiwan Cheese Cake dan Tramisu Cake....next akan di edit untuk siaran tercicir....

TEMPAHAN CAKE DARI KAWAN ANNA

Inilah masalah saya selalu lupa tanya pada Anna siapa yang menempah kek ni.... chocolate cheese cake ni untuk birthday ayah dan kakak juga untuk hari ibunya yang akan disambut bersama petang ni. Mohon maaf ya akan datang saya akan lebih peka lagi dan harap2 tak lupa lagi nak tulis nama orang yang menempah.
Olih kerana tulisan tu terlampau penuh so strawberry tu dapat di susun separuh aja...tu lah Nabeela cari peluang makan strawberry dengan chocolate.

STRAWBERRY CHOCOLATE

Strawberry ni untuk hiasan kek chocolate saya ni mesti kerja Nabeela.....dia suka makan strawberry dengan chocolate....aha! cilok mama punya strawberry kan. Ni cuti sebulan kalau tak jaga makan gemuk susah nanti!

TEMPAHAN FANCY COOKIES PUAN VANITHA

Last week Puan Vanitha call saya nak tempah 60 keping Fancy Cookies untuk birthday party anak nya pada 23 mei 2010.
Puan Vanitah ni kenalan Puan Annie......so Annie lah kenalkan atau lebih elok lagi dia yang recommend Puan Vanith dengan kerjatanagan saya. Mungkin Puan Annie berpuas hati dengan tempahan yang lepas....thanks Annie.
Kali ni Nabeela balek cuti semesternya hari Jummat lepas selepas berhempas pulas menghadapi final exam. Rezeki saya lah nampaknya dia ni pelukis handalan didalam rumah ni so saya lepas tangan kepada dia ,Yesmin dan juga Anna menantu saya.

Idea orang muda sesuai dengan citarasa kanak2 kan elok benor lah mereka yang lakukan.
Terima kasih kepada anak2 mama lain kali u all aja yang lukis .....!

Cuma ada 2, 3 gambar yang kurang jelas.... apa2 pun layan aja lah........kasut tumit tinggi yang kuning dan merah tu kerja tangan Nabeela....gambarnya blur aja.Dan yang kat bawah tu Anna yang buat......pun sama blur juga.

Friday, May 21, 2010

CLASS CUPCAKE

Hari ini saya didatangi penuntut yang sangat saya sayangi iaitu kakak saya Moreen.....apa lagi peluang untuk saya buli dia habis2 .....ooop sori. Maklum lah hari ini saya jadi cik gu dia kan kena lah dia dengar apa yang saya cakap..... patuh betul anak murid saya ni.Mak Een di temanai kakak saya Nahariah, kedua2 mereka ni memang meminati seni menghias kek dan cupake.Tapi sayangnya banyak gambar2 yang diambil kebanyakan tak berapa jelas so.....adalah sikit yang jadi cukuplah ya jangan tak jadi semua.

CUPCAKE UNTUK NAIM

Chocolate cupcake ini ditempah olih Ilah kawan menantu saya untuk office mate nya. Naim ni peminat club bola sepak Manchester United....pening juga kepala nak lukis logo nya. Mula2 saya cari edible imej di semua premis menjual bahan2 kek di JB puas saya jelajahi tak ada pelik betul...nak tempah pada Hannah Edible Imej buat masa sekarang stop operasi.
Tak ada jalan lain saya terpaksa surf internet malang sekali lagi letrik terputus akibat penyelangaran olih TNB.Terpaksalah gunakan idea dan kebolihan sendiri nasib baik ada asas2 melukis maka terlahirlah saperti diatas ......bolihalh jadi juga kan....layan ajalah. Untuk Naim selamat hari lahir....jersey yang tertulis nama Naim itulah jersey pemain simpanan MU.

Monday, May 17, 2010

TEMPAHAN CHOCOLATE SEMPENA HARI GURU DARI PUAN NORHAYATI

Selepas siap dua kek yang Puan Normah tempah saya bercadang untuk berehat sepanjang petang ni....tiba2 tel berbunyi dah dapat rasa pasti ada tempahan tapi tak jangka nak petang ni juga.Tempahan chocolate untuk hari guru juga.....tempahan ni dari Puan Norhayati dari Kulaijaya juga....elok lah tu senag sikit nak hantar.
Sebanyak 10 kotak tiap2 satu mengandungi 4 biji chocolate.....saya berjanji dengan Yati nak menghantarnya..tak jauh jiran setaman rupanya.Terima kasih Yati. Oh ya saya masih ada 2 kek yang terlupa nak post.....InshALLAH next saya akan post gambar2 kek tu....1 dari Puan Ezzatul dan satu lagi dari persatuan penduduk Diamond Residency.

KEK KEDUA TEMPAHAN DARI PUAN NORMAH

First of all saya mohon maaf banyak2 pada Puan Normah sebabnya kek ni saya terlupa menulis nama diatasnya.....terlampau kalut sangat. Kakak harap Nomah dapat memaafkan ya!.Selamat Ulang Tahun buat Normah ,Azami ,Kent dan juga Fuad.

2 CAKE BIRTHDAY DARI PUAN NORMAH DARI PRODUA LARKIN

Memandangkan tempahan untuk hari guru banyak saya cuba menolak tempahan dari Puan Normah.....tapi tak terdaya ....maklumlah jika saya menolaknya ini kali kedua saya lakukanya kesian dia!. Saya terpaksa adjust masa untuk melaksanakan tugas ini.

200 CUPCAKE TEMPAHAN DARI PUAN EZZATUL

200 biji cupcake ditempah olih Puan Ezzatul......untuk hari guru. Chocolate cupcake dan topping chocolate ganache.

FANCY COOKIES UNTUK HARI GURU

Sekali lagi aku menerim tempahan fancy cookies untuk perayaan hari guru.Kali ini sebanyak 220 keping tempahan yang aku terima 100 keping ditempah olih Puan Ezzatul dari Sek Men Kebangsaan Dato Osman Taman Perling dan 120 keping dari Tabika Kemas Indahpura Kulaijaya.Saya dengan rasa bebesar hati mengucapkan berbanyak2 terima kasih Puan Ezzatul kerana tak putus2 memberi sokongan kepada saya.
Kepada Puan penyelia Tabika Kemas Kulaijaya saya juga mengucapkan ribuan teriama kasih yang tak terhingga kerana memberi saya peluang ini.Syukur Alhamdulilah kehadrat Ilahi memberi saya kekuatan kesihatan untuk melaksanakan tugas ini dan memberi saya peluang berkongsi rezki yang ada bersama2 anak Tabika......Amin!
Bentuk2 yang saya pilih bersesuaian mengikut jiwa remaja dan kanak2.....kasih sayang kepada keluarga dan guru yang banyak berjasa dalam proses pembelajaran dan pembesaran dialam persekolahann dan kehidupan seharian.
Layan ajalah gambar .......lihat lah kerjatangan saya dan ahli keluarga yang datang membantu.
Terima kasih saya ucapkan kepada kakak2 saya yang datang membantu secara sukarela,Nahariah Ami, Dinarad Ami dan adik bungsu saya Khairiah Ami. Tidak lupa anak saudara saya Ateh .Begitu juga sifu saya Puan Sharifah Fathlon yang banyak membantu dan membimbing saya serta tidak lokek memberi pertolongan



Dress ni dilukis olih Yesmin....kan dah saya nyatakan dia ni kalau pasal berangan nak jadi puteri kasi kat dia.......

Untuk kanak2 perempuan dan remaja kami ciptakan dress yang nampak elegen lagi bergaya.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya tenguklah kanak2 tadika ni beratur penuh displin ketika menerima fancy cookies dari gurunya.Tugas guru ternyata amat berat seawal kanak2 hingga lah remaja tak putus2 memberi tunjuk ajar dan bimbingan darinya.