Thursday, April 29, 2010

CHOCOLATE MARBLE CHEESE CAKE


TEMPAHAN KEK DARI SURAYA
Kek ini ditempah olih Suraya dari MMHE unuk di bawa sebagai buah tangan kepada bakal keluarga..............! Mudahan2 jadi lah ya....kami mendoa agar semuanya berjalan lancar ya.
Saya rasa kek ni memang paling laris di pasaran..........eeemmmm memang sedap yummmy!
kalau nak cuba jom singgah rumah. Ada berani!......jom oder.

CHOCOLATE CAKE WHITE CHOCOLATE GANACHE

TEMPAHAN KEK HARIJADI DARI AIN UNTUK RAKAN2 SEPEJABAT

Kek chocolate ni di tempah olih Ain dari UTM Skudai untuk meraikan harijadi rakan2 di jabatan nya yang lahir pada bulan Febuari, Mac dan April.......kalau tak silap saya ya. Kek ini berat nya hampir 3 kilo disaluti choc ganache dan dihiasi buah2an peach, kiwi dan strawberry. Tq Ain.

PURE CHOCOLATE

TEMPAHAN DARI ANDI DAN RAISYA

Chocolate ini ditempah olih Andi dan Raisya.....maaf ya saya lambat up date kan blog ni...2 ke 3 hari ni sibuk sangat dengan tempahan nak tenguk blog pun tak sempat. Terutama pada Andi maaf ya saya silap tulis nama en abag awak sepatutnya ACEED...saya tulis lain pulak.. pada ACEED saya mohon maaf jua. Andi suka sangat white chocolate manakala Risya ofcourse! suka chocolate....betul Risya tq for both of u for your support.

POP CAKE


TEMPAHAN POP CAKE PUAN NORAZURA

Pop Cake ini ditempah olih Puan Norazura dari MMHE untuk hantaran perkhawinan adiknya. Simple deco tapi mahukan pelbagai warna ,macam bulan citawarna aja nampaknya.....ooh meriah dan comel2 belaka.
Untuk hantaran satu kotak yang selebihnya untuk diberi kepada anak2 saudaranya. Azura ni dah macam pelanggan tetap saya.........paling diminati chocolate! betul tak Zura?
Pop cake ni memang sedap.......kaya dengan chocolate kalau di mekup sikit lagi lah cantik. Cantik sedap memang padan dahhhhh..
Tq Zura memberi auntie peluang untuk mengasah bakat yang ada .Harap Zura berpuas hati dengan Pop Cake ni

Tuesday, April 27, 2010

RIBBONS

Minggu lepas dpt sms dari SSF saya dapat vocher RM 148.....untung juga berbelanja di SSF ni,apa yang saya ingat adalah menambahkan koleksi ribbon yang ada dirumah....seronok berbelanja tanpa mengeluarkan wang ya! tak banyak tapi cukup puas hati dapat barang free. Inilah antara ribbon yang dapat saya pilih ikutkan hati nak borong semua........geram tenguk riboon yang cantik2! Nampaknya berbelanja di SFF ni berbaloi juga ya.

Monday, April 26, 2010

FANCY COOKIES LAGI

Terlupa pula Puan Neeta juga minta saya buat fancy cookies unuk diberi pada kanak2 dimajlis itu nanti. Inilah yang dapat saya dan Yesmin lakukan jika ada kekurangan maaf ya Neeta.
Sempat juga saya lukis Elmo bentuk kek dan berbagai2 bentuk lagi.
Antara cookies yang siap dihias........Yesmin kekurangan idea!......anak saya ni jurutera ....seni ni ada kurang sikit! walaubagaimana pun masih nak membantu thanks Meen..
Cookies siap dihias, dipacking dan dihiasi dgn ribbon.

CHOCOLATE CHEESE CAKE

Chocolate cheese cake ni ditempah oleh Puan Neeta untuk harijadi Hakim, Shafiq dan Ain.... simple deko aja kata nya. .Harap Puan Neeta berpuashati dengan kek ni...rasalah kek tu dulu kalau berpuas hati beritahu kawan2 jika tidak beritahu saya supaya saya bolih perbaiki kekurangan diri.

VANILLA CUPCAKE WITH STRAWBERRY AND FRESH CREAM

Cupcake ni ditempah oleh cik gu KEMAS maaf lupa nak tanya nama....Anna promo bakat saya pada guru anak nya tapi saya lupa nak tanya nama...sori cik gu ! Cupcake ni hadiah hari jadi suaminya......selamat harijadi . Harap cik gu berpuas hati ya......kalau suka leh tempah lagi .

DADIH KELAPA

Sejak 2 dan 3 hari ni cuaca tak menentu aja...... kadangkala panas sampai kepetang dan ada tu hujan sebelah petang dan sepanjang pagi panas terik. Untuk mengelakkan rasa yang kurang selesa dan tekak yang kering Anna menantu saya buat dadih untuk kami sekeluarga...dadih kelapa memang sedap dan nyaman rasanya. Anna menambah isi kelapa muda dan juga air kelapa memanglah sedap!

FANCY COOKIES ANNIE HORIZON HILL BUKIT INDAH

Annie menempah 80 keping fancy cookies untuk birthday anak perempuan nya pada 24 April lalu. Fancy cookies ni untuk di beri kepada kanak2 yang hadir pada party tu nanti so saya buat pelbagai bentuk tetapi sesuai untuk kkanak2 lelaki dan juga perempuan.
Ada bentuk gaun, kek dan juga elmo pening juga kepala nak mendeko nya ....maklum lah terpaksa menyelami citarasa kanak2.
Nasib baik Nabeela balik kalau tidak susah sikit saya nak melaksanakan nya. Anak saya ni memang seni sikit pelbagai bentuk yang dihasilkan dan warna2 yang digunakan juga menarik minat kanak2.
Saya rasa teruja melihat biskut yang telah diwarnakan dan corak yang sangat menarik hati.....saya yang rasa orang lain tak tahu pula.......!
Fancy cookies selamat diserahkan kepada tuan punya tepat jam 5 petang saperti yang dijanjikan wala pun hujan sangat lebat dan kebanyakan jalan dinaiki air . Annie sangat berpuas hati sewaktu saya menyerahkan cookies tersebut..... cantik.....sayang nak makan . Terima kasih Annie....janji Annie awal June nak tempah lagi.....untuk birthday boy pulak.

Saturday, April 24, 2010

BLUEBERRY CHEESE TARTS

Oh hampir terlupa pula saya cheese tarts ni pun tempahan dari Khadijah untuk dibawa ke Alor Star Kedah . Khadijah menempah 50 biji berserta dengan cupcake untuk brother nya. Terima kasih Khadijah.........terima kasih daun keladi...

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Blueberry cheese cake ni ditempah olih Aini dari UTM Skudai, Aini dan rakan2nya adalah pelanggan tetap saya ewah! macam bagus aja ya. Apa2 pun mereka kerap menempah pada saya dah serasi lah tu ya.....tq Aini. Aini minta saya buat cheese cake ni kurang manis .

SECOND ORDER FROM KHADIJAH TAMAN PUTERI KULAIJAYA

Tempahan ke dua dari Khadijah untuk dihadiahkan kepada brother nya yang ditauliahkan sayap penerbangan TUDM sebagai Kepten. Tahniah Kapt Nazir!.......
Saya pun kurang pasti tentang logo TUDM cuba juga search dalam internet tapi masih juga blur so cari jalan selamat ambil logo dan gambar2 yang simple aja. Dulu saya berkhidmat dalam Tentera Darat senang sikit.....maklumlah line kita.Apa2 pun harap maaf ya Kapt, jika ada kekurangan dan kesilapan dalam gambar tersebut.

Cupcake siap di packing dan selamat dihantar kepada Khadijah dipejabatnya. Terima kasih diucapkan kerana memberi kepercayaan pada saya dan jika ada salah dan silap mohon maaf ya.


Wednesday, April 21, 2010

CHOCOLATE BROWNIES WITH CHOCOLATE FROSTING

Bagi melengkapkan hari ni saya merajinkan tangan membuat chocolate brownies untuk minum petang hari ini.....buat lebih leh lah bagi jiran sikit kesian tak kan dapat hidu aroma aja kan. Saja seronok2 barang2 dah ada maka rajinlah nak buat....

PLAIN BUTTER CAKE

Cake ini ditempah olih Wan Muhammad Azwan dari MMHE Pasir Gudang, dia berminat sungguh dengan cake ni.......sedap kot.....ha ha ha. Wan kata saja nak buat makan bersama kawan2nya oh ya Wan kalau sedap leh lah rekomen kat kawan2. Cake ni kalau makan panas2
fuhhhh sedap tapi kalau simpan 1 hari lagiiiii.......sedap.

ULANGTAHUN ANNA YANG KE 27 TAHUN

Tanggal 20 April, semalam hari ulang tahun menantu saya yang ke 27 tahun, tanya apa cek kegemaran nya.....jawab Anna sama dengan citarasa hubby saya iaitu butter cake so saya pun buat butter cake tapi saya tambah cheese untuk lebih sedap dan menambahkan berat badan kami sekeluarga ha ha ha.
Hari ni baru lah kami dapat berkumpul itu pun tak cukup korum, dua lagi anak saya tiada, satu latihan amali di KL ambil ijazah dalam perakuanan dan yang bungsu ambil diploma dalam kejuruteraan mekinakal di politeknik. Juadah sampingan kami mee bandung sate dan sirap limau. seronok juga dapat makan bersama2.....berselera nampaknya masing2.
Ini lah gambar anak lelaki tunggal saya bersama familinya.

Monday, April 19, 2010

TEMPAHAN CHOCOLATE LAGI

Tempahan chocolate ini dari rakan suami saya, terlupa pula nak tanya namanya maaf ya nanti akan di publish kemudian. Katanya nak buat makan2 dan sample untuk majlis perkhawinan anaknya sebagai doorgift untuk tetamu. Yang tengah tu [gambar bawah] untuk VVIP kot agak2 saya aja. Apa2 pun terima kasih kepada my hubby kerana membantu mempromosikan bakat saya.
Inilah tiga contoh yang diminta,maaf gambar kurang memuaskan bukan pro yang ambil inilah akibat nya blur .......

CC UNTUK AGM DIAMOND RESIDENCY KULAIJAYA

Vanilla cupcake , chocolate chip muffin dan bluberry muffin jamuan pagi untuk AGM kali pertama bagi penghuni Diamond Residency. Mesyuarat berjalan dengan lancarnya my hubby selaku setiausaha penaja berbesar hati menaja cc dan muffin ni. Semuga segala yang diberi mendapat keberkatan dan rezeki yang murah untuk kami sekeluarga.....Amin!
Vanilla Cupcake dihias dgn freshcream dan strawberry
Chocolate Chip Muffin
Blueberry Muffin

CHOCOLATE CHEESE CAKE DARI LEA UTK AZIM

Maaf Lea siaran tertunda maklumlah banyak tugasan dan kesihatan saya terganggu akibat
cuaca yang tidak menentu. Lea minta saya buat kan chocolate cheese cake untuk Azim sempena
persahabatannya yang ketiga tahun....orang muda sekarang! untung nya Azim.
Seawal jam 7.00 pagi kek ini sampai kepada tuan yang menempah nya di Politeknik JB, nasib baik my hubby sanggup menghantarnya sebelum ke tempat kerja. Kek sampai dengan selamat, terima kasih Lea.

Wednesday, April 14, 2010

BUTTER CAKE

Butter cake ni jadi juadah minum petang kami hari ini, kek ini kegemaran hubby saya dah lama
sangat saya tak buat al maklumlah butter nya agak mahal. Kek ni mengingatkan saya pada cik gu yang mengajar , waktu tu aktif dlm BAKAT tentera darat kek ni memang sedap!
Kek ini jadi kegemaran keluarga kami, terlampau banyak sangat kenangan bila makan kek ni.
Aruah ibu saya seorang guru masak yang tidak kurang handalnya pada zaman nya dia sangat aktif dalam WI , UMNO dan lain2 persatuan yang disertainya. Saya sangat kagum dengan semangat dan kebolihannya. ALFATIHAH.....semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan
bersama2 orang yang beriman....amin.....

Tuesday, April 13, 2010

NASI AYAM DAN NASI AYAM GORENG

Ini juadah makan tengahari kami nasi ayam dan nasi ayam goreng, selalu Mat Gebu posing masakan nya ari ni saya pula berangan......tak kena bayar ya Mat! hari ni my hubby lupa nak beli salad so kurang mengancamlah menu saya hari ini. Apa2 pun terpaksa buat 2 menu sbb anak lelaki saya suka makan nasi ayam goreng dan my hubby suka makan ayam steam......so layan ajalah.

MINUM PETANG

Semalam memang hari yang betul2 terasa malas, tak tahu nak buat juadah apa untuk minum petang. Kemarin pi rumah Puan Shariffah di Pulai Indah dia jamu pudding roti puh.!...memang
best! teringat saya masa muda2 dulu emak selalu buat pudding roti ni bila minum petang. Arwah Ibu saya seorag tukang masak yang handal zaman dia dulu.....specially nasi beryani gam, orang MUAR katakan. Munkin saya dapat tempias dia kot ha.ha.....ha...joke aja. Tapi pudding saya
kurang menjadi ari ni tu lah kalau dah malas....anyway rasa pasti sedap. Bak kata pepatah biar buruk rupa tapi hati mesti mau baik.

Friday, April 9, 2010

POPCAKE DAN FANCY COOKIES

Inilah Popcake dan fancy cookies cantik kan! ianya bukan saja cantik malah rasanya emmm.....
sedapnya. kalau tak percaya jom rasa atau belajar cara membuatnya.Apa2 leh lah contact
saya ya.
Fancy cookies ni bukan saja cantik tapi sedap dimakan. Ia sesuai juga dibuat sebagai door gift
untuk berbagai2 majlis yang diadakan.
Popcake ni pun cantik juga, kek yang bersalut choklat dan dihias dengan gula yang berwarna warni
ia juga sesuai dibuat sebagai hantaran perkhawinan, pertunangan, hadiah harijadi dsbnya.
Inilah model dan tester bagi fancy cookies yang aku buat. Memang best katanya tak lama
dipinggan sekejap saja dah selesai.