Monday, August 23, 2010

SEPULUH CHOCOLATE CHEESE CAKE WITH CHOCOLATE GANACHE





Syarikat Elektro Serve Sdn Bhd dan anak syarikatnya telah menempah sebanyak 10 biji chocolate cheeae cake untuk para pelanggan nya ....terima kasih diucapkan. Sempena hari raya yang milia ini banyak syarikat mengucapkan penghargaan nya pada para pelanggan dengan memberi sedikit buah tangan.....Alhamdulilah sama2 kita kongsi kebahagian dan kegembiran semuga rezki yang diberi ALLAH dapat dirasai bersama...Amin!




Jenuh jua duduk depan oven panas dengan puasa lagi walaubagaimana pun segala urusan berjalan lancar dan siap pada masanya. Yesmin dengan secara sukarelanya membantu saya membakar kek2 tersebut....bila dah cuba buat satu...berjaya pula tu maka dengan seeronoknya dia meneruskan hingga selesai. Kata Yesmin ada tempahan nanti biar Meen yang buat ya!......disinilah saya tanam semangat dia....Yahooooo! dah berjaya ..
Saya selalu cakap pada Yesmin...tak salah engineer jadi baker....cuma minat apa pun perempuan macamana pun duk dapur nak!


Dan tulisan2 di atas kek pula Aanna yang lakukan.......ini memang tugas Anna kalau dia tak ada terpaksalah saya menggunakan kepakaran saya pula.InshALLAH jika tak ada aral melintang lepas raya saya berhijrah ke Kuala Lumpur ikut suami.........itu sebabnya saya terpaksa latih mereka berdua......



"



"




"


"


"



"



"



"



Kek yang telah siap di packing untuk diambil olih En Rashid.....waktu kehadiranya hujan turun dengan lebat takut juga saya... apa akan jadi pada kek2 ni .Kek selamat dihantar pada pelangganya......katanya masih ada 23 biji kek lagi.......aduh!....bolih ke..ok Ma.....Meen tolong.....!

BERBUKA PUASA DENGAN MEE KARI DAGING


Berbuka puasa ada saja menu special yang dibuat cuma ini saja kesempatan yang dapat dirakamkan maklumlah sibut dengan biskut raya pula. Apa pun layan gambar ajalah ya!........lepas2 raya nanti teringin lah pulak nak wat resipi masak2lah pulak.....tunggulah ya!

Saturday, August 21, 2010

CHOCOLATE CAKE TEMPAHAN DARI JOYCE MISC PASIR GUDANG


Kek ni ditempah olih Joyce......entah kenapa susah nak tolak permintaanya maklumlah sebenarnya saya dah tak terima tempahan kek ,cupcake dll selain tempahan biskut raya.Alhamdulilah dapat juga saya cari masa untuk menyiapkan permintaan nya...harap Joyce berpuas hati dengan kek ni ya.Oh........ya lup nak cakap kek ni di snap mengunakan camera baru Nabeela hadiah dari hubby untuk nya...nanti saya n3 dilain siaran apa jenis camera ni kalau nampak kecacatan pada kek ni sori....ianya terlalu sharp jerawat pun leh nampak apa lagi kalau ada kawah gunung berapi.

TEMPAHAN TART NENAS UNTUK HARI RAYA


Tart nenas yang siap di packing dan ditampal dengan stiker........trade mark konon!...siap dengan water mark lagi.....tq Jiya...auntie suka sangat.


Alhamdulilah dikesempatan ini dapat juga postkan gambar2 tart yang dapat saya siapkan untuk pelanggan tetap yang sentiasa menyokong saya sehingga kini......terima kasih semua.Amboil lihat tu....ada jempol dan stiker diatas bekas kuih.....dengan bacaan Bismillah saya dengan resminya melancarkan logo ni.Terima kasih Jiya dari Little Colour Shop dapat memberi kepuasan diatas hasil kerjasama bagi merialisasikan impian saya.Lakaran kartun tu ilham saya dan tulisan atas idea Yesmin secara keseluruhan nya diatas persetujuan kami berdua. 


Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA TEMAN TEMAN


Salam Ramadhan saya serta seluruh keluarga mengucapkan kepada semua teman2, adik2 serta anak2 jua follower yang disayangi semuga dibulan yangm mulia ni kita mendapat keberkatan dan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa dengan sempurna.Jika ada kesempatan InshALLAH kita berjumpa dilain siaran maklumlah tempahan kuih2 raya dah menunggu,takut tiada kesempatan nak update blog...,Kepada semua pelanggan saya salam Ramadhan jua terima kasih diucapkan diatas sokongan dan dorongan anda semua jika ada kekurangan saya mohon maaf dan halalkan segala2nya.


VANILLA CAKE ODER FROM MR GREG SMITH - SHELL


Mr Greg Smith from SHELL Malaysia meminta saya buat kek Vanila coting with icing....biar manis katanya....icing warna putih nak buat makan2 bersama keluarga katanya..Mr Greg ni seorang yang pemanis.........biar manis katanya lagi manis lagi sedappp...........

STEAMED FRUIT CAKE TEMPAHAN EN ZAHRIN MMHE



En Zahrin dari MMHE menempah kek kukus ni untuk isterinya,katanya isterinya memang suka makan kek kukus dan baru hari Ahad lepas saya berkesempatan membuatnya. Ni kira2 n3 tertangguh maklumlah sibut dengan tempahan2 lain buat jem nenas dan ke KL menemani suami temuduga disana.Kalaulah suami berpindah kerja di KL nampaknya terpaksa gantung apron ..........ish! ish!...ish!

Sunday, August 8, 2010

CAKE BALL PUAN MIRDA UNTUK SUAMI TERSAYANG


Cake ball atau pop cake ni tempahan dari Puan Mirda untuk dihadiahkan kepada suami nya yang akan menyambut hari lahirnya......yang ke berapa?...hanya Puan Mirda dan keluarganya saja yang tahu.......oooop sori gurau saja.Terima kasih Mirda.

BENJIE ROLL TEMPAHAN YENNY YESMIN


Yenny dari Kuala Lumpur minta saya membuatkannya Benjie Roll sebanyak 3 buku.....dah agak lama tak membuatnya namun tak sampai hati menghampakanya ......nak tahu harga pasaran pun terpaksa tanya kawan2 yang sama2 dalam line ni.....ha ha ha terukkan saya ni.Apa2pun layan aja gambar yang kurang kemas kerjatanga nya sori....Yenny.

STEAMED FRUIT CAKE MENYAMBUAT RAMADHAN AL MUBARAK


Lima buku kek kukus tempahan dari kawan2 my Hubby bagi menyambut awal Ramadhan yang bakal menjelma. Empat daripadanya ditempah olih En Din dan satu lagi dari En Zaharin dari MMHE. Terima kasih saya ucapkan dan terima kasih yang tak terhingga diucapkan pd Hubby kerana memberi sokongan dan galakan kepada saya.

CUPCAKE UNTUK KELUARGA TERSAYANG... ANUAR MMHE


Cupcake ni ditempah olih Auar untuk dibawa pulang ke kampung untuk keluarga tersayang.Di penghujung bulan Syaban ni ada lagi tempahan yang di terima dan tak putus2 ....tak sampai hati nak menolaknya maklumlah mereka terdiri dari pelanggan tetap saya. Rezeki dari ALLAH untuk kami sekeluarga........Amin!

Saturday, August 7, 2010

IZZ QEESTINA BALQEES SUDAH 2 TAHUN

Pada 4 Ogos lalu genaplah sikecil (cucu) saya menyambut ulagtahun yang ke 2 tahun. Mula2 tu agak payah juga dia nak menerima hakikat yang dia sudah 2 tahun maklumlan kami semua memanggilnya dengan gelaran 'BABY' so dia perasan kot yang dia masih baby lagi.


Apabila saya siapkan kek dan dibantu olih kedua2 puteri saya dengan tema ala2 safari juga......sori Fain kali ni Auntie import banyak sikit binatang2 kat Zoo ...Qeestina punya happy sampai pose maut kat kek birthday dia......tenguk tu telatah dia......

Qeestina disamping kakak dan Babah dia....seronok dapat hadiah.Malam ni kami buat jamuan makan2 bersama2 keluarga saja.

Wednesday, August 4, 2010

SOFT COTTON CHEESE CAKE PUAN HAYATI


Kek ni ditempah olih Puan Hayati untuk sahabatnya......soft cotton cheese cake dan fresh cream..minta saya hantar ke UTM Skudai. Ini lah sedikit gambar kek untuk tatapan Puan harap berpuas hati hendaknya.....untuk makluman Puan penerima blur......dan pelik....rasa2nya kek ni di ketogerikan kejutan ya.Terima kasih daun keladi kalau berminat leh call saya lagi.

MARBLE CHOCOLATE CAKE PUAN LIZA


Puan Liza ni jiran sebelah rumah saya.....seorang guru yang mengajar di Sek Men Kebangsaan Indahpura dah minta saya buat kan kek ni lagi minggu lepas tapi saya tak dapat membuatnya kerana sibuk dengan tugas harian dan majlis tahlil dirumah. Puan Liza kata saja nak buat makan2.....terutamanya yang masih panas lagi..so......lepas keluar dari oven saya terus hantar.Terima kasih Cik Gu harap berpuas hati ya!

CUPCAKE UNTUK ULANGTAHUN PERKHAWINAN ZURA YANG KE 3


Nurulhuda dari MMHE menyambut ulangtahun perkhawinan nya yang ke tiga tahun pada 4 ogos
lepas meminta saya buat cupcake chocolate dan topping nyapun chocolate......romantik betul Puan Azura ni ya.Sudah pasti suami nya happyyyy  sangat kan........happy wedding anniversary .

Tuesday, August 3, 2010

MENGHADIRI MAJLIS PERKHAWINAN DI PERSADA JOHOR


Menghadiri majlis persandingan anak sahabat saya Puan Zaharah Rejab dan En Azaz di PESADA Johor. Pada 31 July lalu.Tahniah kepada kedua2 pasangan ini kerana mendapat menantu..dan pada kedua2 pengantin doa kami semuga bahagia dan berkekalan hingga keanak cucu.



Sedikit photo2 yang sempat saya rakam sewaktu berlangsung nya majlis persandingan anak Puan Zaharah. Tema yang dipilih pink dan putih....majlis yang penuh dengan warna warni  dan diserikan dengan kehadiran sanak saudara dan para tetamu.

Monday, August 2, 2010

TEMPAHAN DARI PUAN HAYATI TAMAN PUTERI KULAIJAYA


Alhamdulilah sekali lagi saya menerima tempahan dari puan Hayati, ni dah kira pelanggan tetap saya juga. Cupcake sebanyak 16 pcs dan tema pink kuning dan purple. Terima kasih Puan ......sewaktu mengambil cupcake ni Puan Hayati sekali lagi menempah cheese cake pula.

KEK BIRTHDAY IRFAN IHABI MOHD AZLAN


Alhamdulilah terlaksana sudah majlis Tahlil, Doa Selamat dan Yasin dirumah, dah shopping dan dah rehat maka mula lah kembali tugas baking membaking semula.Tempahan diterima dari Encik Azlan untuk majlis harijadi anaknya Irfan Ihabi yang ke lima tahun.  Selamat hari lahir Irfan.....ayah Irfan berkenan kek yang saya buat untuk anak  Puan Fain.Terima kasih kepada Encik Azlan memberi kepercayaan kepada saya kalau ada kekurangan mohon maaf ya.

SHOPPING TIME BERSAMA ANAK2 DAN CUCU

Cuti hujung minggu gi jalan2 sambil shopping barang2 keperluan rumah....maklumlah bukan senag nak cari masa free masa saya penuh dengan aktiviti memasak dan menghadiri class masakan....dah minat.
Masing2 dengan gaya tersendiri....tengah makan pun sempat posing, ada tu tersenyum puas apa yang dihajati tercapai sudah......

MAJLIS TAHLIL, YASIN DAN DOA SELAMAT ULANGTAHUN PERKHAWINAN YANG KE 29 TAHUN


Tanggal 29 July lepas kami sekeluarga mengadakan majlis Yasin,tahlil dan juga doa selamat sempena menyambut
ulangtahun perkhawinan saya dan hubby yang ke 29 tahun.Alhamdulilah majlis sempurna dengan jayanya dibantu olih semua keluarga Allahyarham Hj Ami Mohd Salleh dan Uda Ahmad .


Doorgift kurma bersalut chocolate, cupcake, jelly kelapa dan senaskah surah yasin setiap tetamu yang hadir.
Jamuan secara buffet saja yang terdaya kami buat, maklumlah rumah kecil......kenduri ni selepas waktu isyak so saya masak nasi ayam dan nasi ayam goreng saja. ..sedikit kuih dan buah2an.
Ini sebahgian dari tetamu cilik saya.......comelkan.
Aksi dang gelagt mereka selepas makan.....
Masing2 dengan gaya tersendiri.......nama masing2 tak sempat nak tanya maklumlah sibuk sangat...terima kasih sayang kerana sudi datang meraikannya bersama2.