Wednesday, August 29, 2012

PAVLOVA UNTUK TETAMU DI HARI RAYA.......


 Yang ringkas dan mudah!........ada tetamu yang akan datang kerumah selain nasi tomato yang dimasak Pavlova juga menjadi  hidang penyeri pada hari tu.

ADIK BERADIK SAYA.......BERRAYA




Tahun ini saya dan keluarga berhari raya dirumah kami di Indahpura......tahun lepas kami beraya di Venice, hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri...baiklah diiii....oopss! maaf ya En Suami terlupa pula awak orang Perak!.Kami berkumpul adik beradik selepas sembahyang hari raya, adik beradik saya terdiri daripada 9 orang perempuan dan seorang lelaki.Gambar atas ni group yang pertama yang datang kerumah.....gamat dengan anak cucu!!!


Gambar ni  kekuarga saya bersama keluarga Abang dan kak yang keenam bersama keluarga masing2.
Yang tak bolih tahan masing2 posing dengan gaya tersendiri.......


Bergambar bersama adik2 perempuan dengan kakak sulung dan abang ipar.


Keluarga anak sulung saya dengan gaya tersendiri...

     
      

Monday, August 27, 2012

EID MUBARAK 2012 DI INDAHPURA


Tuan rumah bergaya di hari raya........bersama En Suami


Gambar bersama anak2 kami....Mohd Idham Khaleed, Yesmin Ami, Danizad Ami dan Nabeela Ami


Bersama cucu2 tersayang........gembira di pagi raya.


Gambar kami sekeluarga termasuk menantu dan cucu2


Bersama cucu Muhamad Isa'd, Natasha Balqees dan Izz Qeestina Balqees


Qeestina seronok dapat duit raya dari Yesmin.......muka happy!


Hai! tuan rumah pun dapat duit raya juga ke?....duit raya dari anak2 yang dah berkerja.




Anak lelaki saya bersama keluarganya.

MAKEOVER UNTUK HARI RAYA!







HADIAH ULANGTAHUN PERKHAWINAN YG KE 31 TAHUN


Masa ulang tahun perkhawinan yang ke 31 tahun bulan lepas En Suami betul2 membuat kejutan dengan memberi hadiah yang pastinnya tidak saya sangka.Hadiah yang paling berharga........maklumlah saya bukan orang yang suka pada barang kemas.Apa pun terima kasih banyak2 .......usia emas perkhawinan kami pasti hadiahnya emas juga nilainya.


Didalamnya biarlah rahsia!

BERBUKA PUASA DI FULLHOUSE JLN YAP KWAN SENG


N3 tertangguh lagi........ apa pun kita layan gambar ajalah sewaktu berbuka di Fullhouse












LAGI LAGI ENTRY TERTANGGUH......ROTI JALA


Roti Jala


Kari Ayam


NASI LEMAK JUADAH BERBUKA PUASA


Nasi Lemak


Sambal Tumis Ikan Bilis


Udang Goreng Butter


Timun


Nasi Lemak bersama kangkong goreng


ENTRY YANG TERTANGGUH.........JUADAH BERBUKA PUASA


Mee Rebus Johor........kuahnya tak sempat nak dipotretkan


Kari Ikan, sotong sambal dan ikan goreng

Wednesday, August 1, 2012

TART NENAS VERSI SEPIT


Tart Nenas....versi sepit gitu, dah lama hampir 2 tahun tak menerima tempahan, maklumlah berpindah ikut en suami bertugas di Lumut Perak.Rata2 rakan pelanggan tetap saya terkilan tak dapat menempah dari saya, maaf sangat2 saya terpaksa menolaknya kerana kesihatan saya tak membenarkan saya berbuat demikian.Namun saya terpaksa menerima tempahan seorang daripada rakan en suami.....seawal tahun sudah membuat tempahan satu ribu keping.Sejak dulu lagi dah jadi pelanggan tetap tak kira hari raya mahu pun hari biasa.


Tart Nenas