Friday, September 24, 2010

CHOCOLATE BUAT KEKASIH


Chocolate ni ditempah olih Wan Ahmad Faris buat kekasihnya ....kalau ikut kan hati memang tak nak terima tempahan disaat2 akhir tapi kesian pulak kecewakan hari orang. Manalah tahu dengan terima chocolat ni mereka berdua dapat disatukan....aku pun dapat tempias pahala tolong2 mendirikan mesjid.....tak gitu! harap2 masin2 mulut aku  jadilah kan.

LONTONG HIDANGAN TENGAHARI .........SEDAP!


Walaupun dah nak masuk 15 syawal tapi bahang hari raya masih terasa....terutama warga Johor faham sajalah kalau puasa sebulan raya pun sambut sebulan gak....rumah terbuka sana sini esuk saja aku dan famili mendapat empat jemputan....buat setakat ari ni aja esuk lum tahu lagi berapa undangan yang bakal aku terima...Alhamdulilah rezki terima kasih kepada yang sudi mengundang inshALLAH jika tiada aral kami akan sampai. Layan gambar kat atas tu...itulah menu tengahari kami nampak hebat yang makan cuma 2 orang yang  yang lain2 berkerja.Ketupat segera aja, kuah lontong, ayam masak merah,telur rebus dan rendang siat....minuman raibena......ada kelas gitu!.

CHOCOLATE HANTARAN DARI EKIN BUAT BARD



Esuk adalah hari bersejarah bagi Ekin....anak kepada sahabat dan jiran saya sewaktu kami tinggal  di Taman Pasir Putih ..... En Jaafar Ujud dan Puan Fauziah. Tanggal 25 September 2010 adalah hari pernikhan puteri mereka.Ini adalah salah satu hantaran yang bakal pengantin lelaki terima...white chocolate lambang cinta suci Ekin untuk suami tersayang.

Chocolate yang akan Ekin gubah semula ikut citarasanya, Ekin ni seorang yang kreatif dan kebanyakan hantaran dan segala persiapan perkhawinan ada lah dari ideanya sendiri.

Sunday, September 19, 2010

ESOK ULANGTAHUN KU NAMUN ANAK2 SAMBUT 2 HARI LEBIH AWAL KENAPA YA..


Kenapa ni?....ada kek, ada pizza dan ada hadiah......ala2 bifthday party gitu, ahhh..kejutan! hey 2 hari lagi lah birthday mama . Ini ada yang tak betul ni......Ini kerja 3 anak gadis saya,kata nya kalau tunggu esok kami semua dah balek belajar tak dapat nak sambut birthday mama so buat juga malam ni.....(semalam).terima kasih anak2 mama buat mama terharu aja...  cheese kek (slice) tu dari Starbuck aja .....


Hadiah set penjagaan muka......katanya mama mesti pakai....maklumlah kalau mama dah penat selalu lupa jaga muka.


Sepotong cheese cake dari Starbuck.....cukup buat saya sorang . kalau beli 1 biji kek nanti tak ada siapa nak makan.....lagi pun semua orang kat rumah dah jemu makan kek....anak2.

Saturday, September 18, 2010

KEK PERTUNANGAN FARHAN UNTUK NURUL AIN


Kek ni untuk Nurul Ain dari Farhan.........from Kulaijaya with love.....tahniah Farhan semuga kekal hingga ke hari yang bersejarah.

CUPCAKE PERTUNANGAN DAN CUPCAKE UNTUK YANG TERSAYANG


Cupcake untuk yang tersayang.........cc ni ditempah olih kawan Anna untuk dihadiahkan kepada rakan istemewanya kot!....bermulanya bunga2 cinta ya....semuga penerima memahami maksud yang tersirat so jangan tunggu lama2 ya.

 Dan yang ni untuk dihadiahkan kepada sahabatnya yang akan melangsungkan pertunangan...tahniah diucapkan semuga kekal hingga kejinjang pelamin.

DAH MULA MENERIMA TEMPAHAN CAKE DAN CUPCAKE


Walaupun kenghatan Aidilfitri masih terasa tapi tak lupa hari lahir anak2 ...kek ni ditempah olih seorang ayah untuk anak gadis kesayanganya Rafidah ......Selamat Hari Lahir semuga ceria dan di rahmati olih Allah.Sori lupa nak tanya nama abahnya,....semuga detik manis ni jadi kenangan yang terindah untuk anak gadisnnya.

Sunday, September 12, 2010

PERSIAPAN DAN TETAMU DI PAGI HARI RAYA


Salam lebaran jenuh juga mengemas rumah untuk menerima teamu dikalangan adik beradik ku dipagi hari raya maklumlah aku menjadi tuan rumah pada tahun ini. Perasaan seronok bercampur baur dengan kepenatan yang sedia ada maklumlah sebulan berpuasa dan menerima tempahan membuat kuih raya walaupun tak banyak tapi cukup buat aku penat.Harapan menjadi host beraya bersama keluarga Hj Ami Mohd Salleh  berjalan dengan lancar dan berjaya.Menu pagi raya ketupat ,rendang,lodeh kari ayam, rendang siat, serunding sambal kacang ,sate mahupun kuih muih.


Inilah gambar famili aku yang sempat dirakamkam bersama cucu dan anak2.....keluarga Mohd Yusof dan Balqees Hj Ami.Anak2 terdiri dari Mohd Idham Khaleed, Yesmin Ami, Danizad Ami dan yang bongsu Nabeela Ami.Dan menantu saya Azliyana Akman dan cucu2 saya Mohd Is'ad, Natasha Balqees dan Izz Qeestina Balqees.
Keluarga Mohd Yusof Uda Ahmad dan Balqees Ami Hj Ami
Keluarga Puan Khalidah Adibah Haji Ami bersama anak2nya terdiri daripada Khairul Anuar Khairil Azhar , Nurul Wahidah Ashikin dan Khairul Nazrin.

Keluarga abang saya Haji Ahmad Murad dan Hajjah Jameah dan anaknya Khairil Azhar


Dan ini pula keluarga kakak saya yang sulung Puan Shahrizad dan Mohd Shokri dan anak2nya terdiri daripada Shaqrina Shasha, Mohd Adi, Camellia dan cucu Qaisara.


Dan ini anak2 Allahyarham Haji Ami Mohd Salleh terdiri dari Puan Shahrizad Ami, Dinarad Ami(tiada dalam gambar) Haji Ahmad Murad Ami, Nahariah Ami, Moreen Ami, Khalidah Adibah Ami,Mas Ami,Balqees Ami dan Khairiah Haji Ami.



Dan ini lah anak2 Allahyarham Haji Ami bergambar beramai2 sebagai kenangan yang akan kami abadikan dalam album untuk selama2nya. Hari ini dalam sejarah yang akan sukar kami lupakan buat selama2nya....agak susah juga untuk berkumpul beramai2......itupun masih ada satu keluarga yang lambat sampai.....tersesat kot!.....

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA


Salam Aidilfitri kepada semua sahabat andai rakan taulan yang mengenali kami sekeluarga pohon kemaafan lahir dan batin.Rancangan tahun ni memang berhari raya di Kulaijaya saja.....dan pada tahun ni juga saya menjadi host menyambut hari raya bagi keluarga Hj Ami Mohd Salleh.Pasti gamat dengan adik beradik mahu pun anak2 saudara yang ramai.yang datang dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur mahupun dari Johor.

Saturday, September 11, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga.....Raya datang lagi...............saya menyusun sepuluh jari mohon keampunan jika ada tersalah silap mahu pun dengan kata2 atau perbuatan samada saya sedari atau pun tidak jutaan kemaafan dipinta.Kepada rakan blogger dan follower mahupun silent readers terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya yang tak seberapa ini....SELAMAT HARI RAYA .

Sunday, September 5, 2010

TEMPAHAN HAMPER RAYA


Alhamdulilah dapat juga up date blog sejak sekian lama menyepi di sebabkan tugas harian dan juga
tempahan yang sedia ada kuih raya mahu pun hamper raya. Olih kerana pelanggan tetap dah ada saya
tak buka tempahan kepada umum.....maklumlah tak mampu buat banyak2 tenaga dah tak sekuat waktu
muda2 dulu. Lagipun yang dah ada pun tak terlarat nak menyudahkan tugasan....namun dengan izin ALLAH
ianya berjalan lancar dan sudah pun diagihkan pada tuan punya dengan selamat.



Layan ajalah gambar2 hamper yang dapat disiapkan tepat pada masanya............



''

'


'


'



'

Taraaa........................inilah sebahgian dari hamper yang mampu aku siapkan kepada insan yang menempah jutaan terima kasih yang mampu saya ucapkan...............semuga berpuas hati pada JULIE terima kasih saya ucapkan.