Sunday, October 30, 2011

BARANGAN ANTIK



 

Saya sungguh rasa bertuah kerana dapat melihat barangan antik di rumah Kak Mek di jalan Dato' Sagor Kuala Kangsar. Tujuan asalnya bukan nak tenguk barangan ni tapi kalau dah rezeki katakan tak kemana dari jalan2 kepada  satu pengalaman yang indah yang sukar digambarkan. Jutaan terima kasih kepada Kak Mek yang sudi membenarkan saya merakamkan gambar2 untuk tatapan jenarasi akan datang am nya dan khasnya untuk anak2 saya.

Satu ketika dulu sterika ni lah kita gunakan sebelum ada peralatan yang canggih masa kini.....Kak Mek kata pada saya ramai orang yang berkenan untuk memilikinya namun ditolak dengan baik.....sayang katanya....
ini lah khazanan yang paling berharga bagi dirinya.


Kak Mek tak dapat berbual panjang dengan saya disebabkan ramai tetamu yang datang bertandang kerumahnya. kalau tak silap saya ni adalah pedang samurai peninggalan pemerintahan Jepun masih tersimpan rapi.

.

Barangan tembaga pun banyak tersusun didalam almari, jelas Kak Mek setiap hari raya pasti dia dan anak2nya membersihkan dan menggosok supaya semua barangan tembaga nampak berkilat.


Jam ini pun sudah bertahun2 terletak disudut rumahnya masih gah berdiri dan masih berfungsi....betapa Kak Mek menghargai semua barangan didalam rumahnya.


Lihat saja masih banyak lagi yang belum dapat saya teroka dalam rumah Kak Mek ni.....masa yang tidak mengizinkan dan bukan tujuan asal saya kesini InshALLAH  saya akan datang lagi jika Kak Mek sudi menerima kunjungan saya nanti.

Barangan kaca menjadi koleksi beliau tersusun didalam almari cermin yang juga salah satu barangan antik kesayangan Kak Mek.


Tempayan gambar kepala naga juga menjadi koleksi beliau seingat saya sewaktu kecil2 dulu arwah Ayahnda saya mengisi air mandian untuk kami sekeluarga.....sejuk dan nyaman air mandian tu.....best kan.


Tanduk Rusa yang terletak diatas kepala pintu menjadi hiasan yang unik........


Lampu cemeni ni digunakan pada zaman dulu sewaktu belum ada letrik......lampu minyak tanah ni banyak tergantung didinding dapur rumah Kek Mek. Saya sangat teruja dan seronok dapat pengalaman yang sangat berharga  yang sukar dilupakan Terima Kasih Kak Mek memberi pengalam ni pada saya....sebenarnya rumah Kak Mek sendiri adalah rumah lama yang masih kukuh dan teguh berdiri.....mungkin kayu yang digunakan adalah dari kayu yang baik yang sukar dimakan anai2.

MAJLIS PERTUNANGAN DI SAUK KUALA KANGSAR PERAK


Pada 29 October lepas saya dan Hubby dijemput untuk majlis pertunangan  anak sahabat baik kami di Sauk, Alhamduliha cuaca pada hari tu sangat baik kalau hujan tak tahulah macamana jadinya maklumlah kampung tu terletak jauh kedalam jalan kesana hanya mampu memuatkan hanya sebuah kereta saja. Peluang ini memang saya tunggu2 bolih juga saya mengetahui adat meminang orang Perak.


Sireh pinangan diletak didalam tepak sireh.....walaupun nampak moden namun masih mengekalkan ciri2 tradisional, kemudian diletak diatas Cemerik........cemerik! sesuatu yang baru dapat saya pelajari.......nak tahu apa itu Cemerik? Cemerik adalah Pahar bagi orang2 sebelah Selatan , biasanya pahar ni diperbuat daripada tembanga untuk diletakkan barang2 hantaran.


Satu cincin merisik dan satu lagi cincin pertunagan.


Sebahagian daripada barang2 hantaran kebanyakan mereka disini hanya menghantar buah2an, kuih2 dan juga  pulaut kuning.


Yang ni paling saya minat tilam  bertekad benang emas selalunya digunakan untuk alas duduk pengantin lelaki ketika menikah. Walaubagaimana pun sekarang ni telah di gunakan dalam pelbagai cara.


Sebahagian wakil meminang dari sebelah lelaki yang bersedia untuk membawa barang hantaran.


Satu lagi yang baru.....sigadis memakai pakaian ala2 pengantin....didudukkan dihadapan tetamu menunggu untuk disarungkan cincin pertunangan.


Selesai majlis meminag kami dijemput kekemah untuk jamuan makan tengahari.......saya diperkenalkan olih En Hubby dengan sahabat lama beliau yang sudah bertahun2 tak berjumpa...En Omar Baki. Sememangnya saat inilah ditunggu2 olih nya untuk berjumpa kawan2 lama.....bukan  En Omar Baki saja yang jumpa malah ramai lagi kawan2 lama beliau yang hadir sama dimajlis tersebut.Nombor tel bertukar ganti.....pasti akan ada susulan dikemudian hari....dan akan ada lebih ramai sahabat handai yang dapat ditemui.

CHOCOLATE UNTUK HANTARAN PRTUNANGAN


Hari ini kurang nak berbicara layan gambar saja ya........










Bingkisan ni untuk di hadiahkan kepada anak sahabat baik Hubby saya En Azhar Md Said dan Puan Abidah binti Hashim, sempena pertunangan anak lelaki beliau...tahniah diucapkan.

CHOCOLATE CAKE DEEPAVALI



Chocolate Cake Deepavali......penghargaan saya untuk Mr Sammy yang banyak membantu saya sewaktu mencari rumah sewa di Venice. Sebenarnya Mr Sammy ni bapa kepada tuan rumah yang saya sewa, seorang yang sangat baik dan ringgan tulang...walaupun usianya mencecah 75 tahun tapi masih kuat melakukan tugas2 berat .




Yang ni untuk Mr Bala  assistant kepada Mr Sammy dia turut banyak membantu kami sewaktu kami berpindah disini ......'happy deepavali'

Friday, October 28, 2011

MAJLIS TAHLIL DAN YASIN DI TAIPING


Majlis Tahlil dan Yasin ni dibuat pada minggu lepas.....sayangnya tak dapat nak up date lebih awal akibat internet buat hal ....kena petir tempuh hari..............lambat pulak en TM nak datang betulkan, rupa2nya modem kaput terpaksalah diganti baru. Majlis tahlil tu diadakan di Taiping, kampung Hubby so layan gambar sajalah ya.................serba sedikit tentang door gift , rendang daging  dan sambal tumis ikan bilis yang ditugaskan saya untuk melaksanakanya.


Surah Yasin yang terdapat didalam goodies bags yang diberi pada setiap tetamu  .....dan surah Yasin ini juga dibaca olih setiap jemaah yang hadir.


Kerepek, muruku dan love latters


Marble Kek



Marble Kek yang telah dipacking


Vanilla cup cake dan chocolate cup cake


Goodies bags


Rendang Daging


Aantara tetamu yang hadir


Majlis Tahlil ni dipimpin olih Tuan Imam Kampung Kurnia Jaya


Jemputan wanita terpaksa duduk dibawah kemah.....rumah tak muat tuuuu!

Thursday, October 20, 2011

ANTARA KOLEKSI BUKU BUKU MASAKAN BARU DAN LAMA DALAM SIMPANAN








  
Buku kegemaran saya............ bagi mengisi masa lapang.