Sunday, October 16, 2011

MISI YANG TERLAKSANA JEJAK KASIH 2


Pekan Kati , pekan kecil ni lah tempat Pak Lang tinggal tidak ada perubahan langsung dari segi pembangunan
rata2 orang yang tinggal disini saling mengenali satu sama lain. Tak susah nak jejak Pak Lang sebut saja namanya pasti orang mengenalinya, sementara menunggu adik ipar saya sampai kami berdua berlegar2 di Pekan untuk mencari mana2 kedai yang menjual barang2 peralatan rumah yang dibuka manalah tahu kami
memerlukan barang2 tersebut utuk keperluan Pak Lang nanti.


Inilah pondok tempat Pak Lang tinggal....sedih luluh hati melihatnya, maaf saya pohon cerita Pak Lang ni bukan untuk menagih simpati atau lebih kepada membuka pekong didada tapi ianya sebagai pengajaran kepada kami sekeluarga betapa pentingnya institusi kekeluargaan jangan sisih hidup sehingga keluarga tak dapat menjejakinya. Berat mata memandaang berat lagi bahu yang memikul....sekecil  dan seburuk mana pun ia tetap rumah kita dan harta kita........jelas Pak Lang terkedu saya mendengarnya.Walaupun Pak Lang bapa saudara Hubby saya, saya turut perhatin nasibnya  ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa.


Inilah keadaan rumah Pak Lang segala2nya dalam keadaan keuzuran....lantai dipenuhi tanah akibat banjir semua peralatan memasak pun tersangatlah daif.Kami memulakan gotong royong dengan membersihkan lantai yang penuh dengan tanah......membuang segala sampah sarap, tin2 kosong.dsbgnya.Apa yang saya tahu rumah ni dibina atas projek PPRT....masalahnya tidak mempunyi bilek mahupun paip air.Apa pun dia tetap bersyukur diatas pemberian ihsan keatasnya.....dan tak lama lagi Pak Lang akan dapat letrik.


Bila kami suarakan untuk membeli kati baru Pak Lang kata tunggu dulu....kalau air betul2 tak naik lagi nanti barulah dibeli, dia takut semua peralatan baru yang kami beli akan rosak. Sempat juga kami belikan meja makan untuk kegunaan beliau, kipas angin pun kena tunggu letrik masuk nanti.....kami juga mengajar cara2 masak nasi menggunakan periuk letrik.


Sempat saya rakamkan gambar Pak Lang bersama anak2 saudaranya......hubby dan dua adik perempuan beliau yang datang membantu membersihkan rumah Pak Lang.


Pokok buah putat ini  terdapat disekeliling rumah Pak Lang dan apa yang saya tahu kegunaan buah putat ini untuk di buat ulam, baik untuk pesakit kencing manis kerana rasanya agak pahit.Misi kami berakhir jam 3 petang......kami berjanji pada Pak Lang jika ada kelapangan kami akan menjenguk beliau nanti, maklum saja lah kerja hubby saya tak tetap pada satu tempat mahu pun pada satu negeri saja, kami sering berpindah2 mengikut tuntutan kerja.Pada adik2 kami sudah pun merintis jalan so akak harap u all dapat menjenguk beliau  jangan sampai kita hilang jejaknya lagi. 'kalau ada sumur diladang bolih kita menumpag mandi...jika ada umur yang panjang InshALLAH kita pasti berjumpa lagi'.

3 comments:

  1. sedihnya tgok rmh paklang....PPRT mcm tu je?insyaalah blk sempenamjlis tahlil nnti ingat nk ambik paklang ....

    ReplyDelete
  2. sedih sgt...tgk gmbr n baca tulisan akak pun sy meitis air mata...

    ReplyDelete
  3. Elok lah Na.......kita jumpa dimajlis tahlil nanti sampaikan salam akak n abang pd Shah n anak2

    ReplyDelete