Sunday, October 30, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN DI SAUK KUALA KANGSAR PERAK


Pada 29 October lepas saya dan Hubby dijemput untuk majlis pertunangan  anak sahabat baik kami di Sauk, Alhamduliha cuaca pada hari tu sangat baik kalau hujan tak tahulah macamana jadinya maklumlah kampung tu terletak jauh kedalam jalan kesana hanya mampu memuatkan hanya sebuah kereta saja. Peluang ini memang saya tunggu2 bolih juga saya mengetahui adat meminang orang Perak.


Sireh pinangan diletak didalam tepak sireh.....walaupun nampak moden namun masih mengekalkan ciri2 tradisional, kemudian diletak diatas Cemerik........cemerik! sesuatu yang baru dapat saya pelajari.......nak tahu apa itu Cemerik? Cemerik adalah Pahar bagi orang2 sebelah Selatan , biasanya pahar ni diperbuat daripada tembanga untuk diletakkan barang2 hantaran.


Satu cincin merisik dan satu lagi cincin pertunagan.


Sebahagian daripada barang2 hantaran kebanyakan mereka disini hanya menghantar buah2an, kuih2 dan juga  pulaut kuning.


Yang ni paling saya minat tilam  bertekad benang emas selalunya digunakan untuk alas duduk pengantin lelaki ketika menikah. Walaubagaimana pun sekarang ni telah di gunakan dalam pelbagai cara.


Sebahagian wakil meminang dari sebelah lelaki yang bersedia untuk membawa barang hantaran.


Satu lagi yang baru.....sigadis memakai pakaian ala2 pengantin....didudukkan dihadapan tetamu menunggu untuk disarungkan cincin pertunangan.


Selesai majlis meminag kami dijemput kekemah untuk jamuan makan tengahari.......saya diperkenalkan olih En Hubby dengan sahabat lama beliau yang sudah bertahun2 tak berjumpa...En Omar Baki. Sememangnya saat inilah ditunggu2 olih nya untuk berjumpa kawan2 lama.....bukan  En Omar Baki saja yang jumpa malah ramai lagi kawan2 lama beliau yang hadir sama dimajlis tersebut.Nombor tel bertukar ganti.....pasti akan ada susulan dikemudian hari....dan akan ada lebih ramai sahabat handai yang dapat ditemui.

No comments:

Post a Comment