Minggu lepas saya tak berapa sihat selepas cucu2 pulang ke Indahpura, saya di serang demam ,batuk dan selsema.Alhamdulilah dah makan bermacam2 ubat kesihatan saya pulih seperti biasa.Kalau dah sehat....memang tak boleh duduk diam nampaknya ada saja yang saya akan lakukan.Semalam saya buat sauce butterscotch.....buat lebih sikit simpan didalam peti sejuk bila2 nak digunakan ianya dah tersedia.
Bila dah ada sauce butterscotch mulalah tangan ni gatal nak buat cookies pulak.Nasib semua bahan dah ada kat rumah...kecuali ada sedikit saja chocolate chips,namun ia tak membantutkan niat saya, saya lebihkan kekacang pulak!Oh! ya! sauce butterscotch tu saya ambil dari blog Zack....Zack akak nak minta kebenaran untuk ulang tayang resepi ni dan halakan ya! semuga Zack dilimpahi dengan rezeki yang berlipat ganda...Amin.
RESEPI SOS BUTTERSCOTCH
2/3 cawan krim susu sejat/evaporated creamer
3/4 cawan gula perang (dipadatkan)
2 tbsp + 1/3 tbsp butter
2 tbsp esen vanilla
(disatukan dalam satu bekas)
1. Kacau atas api kecil.dalam 5 minit
2. Kuatkan api biar adunan mendidih sebentar padam api. Angkat periuk dan terus dikacau 5 - 10 minit/ untuk mendapat kepekatan yang dikehendaki.
Biskut chocolate chips yang siap dibakar......memang sedap! terima kasih Zack! kerana resepi sauce tu memang terbaik.
Wah! siap dengan cookies monster.....yang ni putri bongsu saya yang buat dia ni memang minat melukis ...sementara menunggu keputusan universiti ni dia duduk dengan saya disini.Rasa2nya dia pun boring tak ada kawan tak ada kerja......aktiviti untuk menghilangkan boring dia melukis!.
No comments:
Post a Comment