Wednesday, June 15, 2011

MACAROON


Assalamualaikum kepada semua followers dan silent readers yang masih drop by kat blog saya mohon maaf
kerana dah agak lama tak up date blog saya ni. Terlalau banyak peristiwa yang saya alami samada suka mahu pun duka. Dengan perpindahan saya ke Lumut uruskan rumah sewa dan berbagi2 lagi peristiwa yang menguji kesabaran dan keimanan saya. Saya kehilangan 2 cucu kembar pra matang berusia 6 bulan dlm kandungan, yg anehnya kedua2nya dikebumikan di sini [Desa Manjung Raya]. Menantu saya mengalami komplikasi kandungan kembar dipindahkan dari Hospitan Sultanah Aminah JB ke Hospital Besar Ipoh, hanya Hospital Ipoh saja ada Pakar kembar bermasalah selain HUKM KL.Mungkin sudah tertulis disini dia disemadikan.....Alfatihah.Terima kasih kepada Puan Nor merupakan follower saya diatas sokongan dan bantuan yang dihulur hanya ALLAH saja dapat membalasnya.

Sewaktu suami ada tugas sementara di JB tempuh hari dapat saya menimba ilmu membuat macaroon. Macaroon ni diatas permintaan anak2 suruh saya gi belajar, walau pun penat treval dari Lumut ke KL naik kereta dan dari KL ke JB naik Flight......demi anak2 saya turutkan. Walaubagaimana pun bila lihat hasilnya sangat berpuas hati.
   

Comelkan......bukan saja comel malah sedap
 

No comments:

Post a Comment