Thursday, November 24, 2011

TETAMU........... SEPUPU HB


Sehari sebelum hari Raya Haji kami menerima tetamu iaitu sepupu HB saya....mereka ni membesar bersama2 tetapi berpisah dan bertemu kembali selepas masing2 punya keluarga dan anak2 yang sudah besar2 belaka.
Sepupu HB ni kira pangkat abang sepupu HB ......masing2 berasal dari Perak tapi berjumpa di Johor Baharu setelah berpisah sekian lama.


Ini macam jejak kasih aja............pertemuan ni untuk kami eratkan lagi tali silatulrahim antara kami dan anak2, sempena cuti hari raya haji ni dapat lah kami pertemukan anak2 agar masing2 kenal dengan saudara mereka.Alhamdulilah terlaksana segala niat tertunai segala janji, seronok berbual dan banyak cerita yang dikongsi maklumlah sudah 33 tahun lebih tidak berjumpa.


Mereka sempat kami jamu makan tengahari dan minum petang, sebelum mereka bertolak ke Muar untuk menyambut hari raya haji disana.


Happy family..............bersama empat daripada lima anak2 beliau.


Sepatutnya gambar ni untuk famili sepupu HB saja tapi maklumlah Qeestin pasti akan menyelit untuk bergambar bersama2 mereka.


Gambar kami berduaa bersama sepupu HB dan isterinya tak ketinggalan Qeestina dan Natasha.

No comments:

Post a Comment